Pesakit lelaki. Hernia lebih lazim berlaku pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Ia mungkin berkait dengan proses penurunan testikel (telur) pada bayi lelaki, dari rongga abdomen ke kantung testikel. Sejarah keluarga. Risiko anda mengalami hernia inguina meningkat jika anda mempunyai kerabat keluarga seperti ibu/ayah atau adik beradik yang mempunyai masalah ini. Beberapa masalah kesihatan lain. Sesetengah masalah kesihatan seperti cystic fibrosis (fibrosis sista) dan cirit-birit kronik, boleh membawa kepada keadaan batuk yang kronik, akhirnya meningkatkan tekanan pada dinding abdomen. Berat berlebihan. Berat badan yang berlebihan secara sederhana mahupun teruk akan meletakkan tekanan tambahan pada dinding abdomen anda. Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Hernia Inguina (penyakit angin pasang) didiagnosis?
Doktor akan membuat diagnosis daripada riwayat perubatan dan pemeriksaan fizikal yang dilaksanakan pada posisi duduk dan berdiri sambil berbatuk.
Jika hernia anda boleh dilihat daripada luar, doktor anda akan merasai bonjolan tersebut dan bertanya jika anda merasai apa-apa kesakitan apabila ia disentuh.
Kadangkala ujian pengimejan akan digunakan bagi mengesahkan hernia inguina tersebut dan untuk mencari jika ada komplikasi lain. Beberapa contoh lazim ujian pengimejan adalah:
- X-ray barium: anda akan minum cecair yang mengandungi barium bagi membantu penggambaran usus yang lebih baik pada foto x-ray;
- Endoskopi: doktor anda akan menggunakan kamera kecil yang terpasang pada suatu tiub bagi melihat bahagian dalam usus anda.
Bagaimana pesakit Hernia Inguina (angin pasang) dirawat?
Walaupun hernia yang kecil mungkin tidak menghasilkan sebarang komplikasi, kebanyakan doktor menggalakkan supaya pembedahan dijalankan bagi mengelakkan keadaan bertambah teruk.
Pada pesakit bayi pula, adalah digalakkan untuk melaksanakan pembedahan secepat mungkin kerana ia berpotensi menjadi sakit pada bayi tersebut.
Pembedahan ini boleh dilaksanakan dengan kaedah tradisional – melalui cara pemotongan pada kulit – mahupun kaedah laparoskopik.
Dalam pembedahan laparoskopik, doktor akan membuat pemotongan kecil pada kulit.
Melalui pembukaan potongan tersebut, doktor akan memasukkan tiub yang dipasang kamera dan lampu bagi mengenalpasti hernia tersebut.
Tiub lain yang dipasangkan alatan akan memegang hernia tersebut dan menolak kembali hernia ke dalam rongga abdomen, dan seterusnya menjahit lubang pembukaan pada dinding abdomen bagi menutupinya.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Hernia Inguina (penyakit angin pasang)?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan tersebut berpotensi membantu anda mengatasi hernia inguina:

- Gunakan ubat tahan sakit selepas pembedahan seperti yang dinasihati oleh doktor anda.
- Berjalan-jalan, bahkan menaiki tangga jika doktor anda membenarkan, namun jangan terlalu berlebihan.
- Berhati-hati supaya anda tidak mengalami sembelit. Ambil makanan yang tinggi kandungan fiber dan minum lapan gelas air setiap hari. Anda mungkin memerlukan julap yang bertindak lembut (seperti susu magnesia).
- Jalani hubungan kelamin apabila dibenarkan oleh doktor anda.
- Jaga berat badan anda supaya tidak berlebihan.
- Patuhi arahan keselamatan apabila anda mengangkat barang yang berat. Sila temui doktor anda jika mempunyai batuk yang berpanjangan atau kesan alahan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen