Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Wanita Hamil Gemar Masturbasi Sebab Takut Bersetubuh? Ini Kesan Pada Ibu & Janin
Tidak dapat dinafikan, ramai individu termasuk pakar yang mengatakan perbuatan melancap adalah satu perbuatan yang normal. Hakikatnya, ia dilakukan oleh kebanyakan lelaki atau wanita yang hidup di muka bumi ini. Persoalannya, bagaimana pula jika seorang wanita itu sedang hamil? Adakah onani ketika hamil itu adalah satu perkara yang normal?
Jom ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk tahu jawapannya!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.
Kehamilan akan mengubah segala-galanya
Buat wanita yang pernah mengandung, pasti anda akan bersetuju dengan kenyataan ini bukan?
Ini kerana memang benar kehamilan akan mengubah segala-galanya dalam kehidupan kaum Hawa.
Ketika perut sedang memboyot, kebanyakan wanita mungkin akan mengalami perubahan pada fizikal dan mental mereka.
Kondisi yang tidak menyenangkan seperti morning sickness, mood tidak menentu serta keletihan yang berlebihan adalah perkara biasa bagi ibu hamil.
Dalam pada itu, ada juga wanita yang akan mengalami peningkatan tahap libido semasa sedang hamil.
Ini berpunca daripada peningkatan hormon progesterone dan estrogen dalam tubuh badan.
Jika suami tidak larat atau tidak minat untuk melayan, maka mungkin ada yang pilih untuk beronani.
Namun, ramai yang tertanya-tanya adakah normal untuk onani semasa hamil?
Adakah onani ketika hamil itu normal?
Proses kehamilan trimester kedua.
Meskipun ia adalah perbuatan onani masa hamil ini sudah terang lagi bersuluh salah di sisi ajaran agama Islam, kita tidak boleh menafikan memang ramai individu yang melakukan perbuatan ini.
Menurut ramai pakar, beronani semasa hamil adalah perbuatan yang normal.
Bukan sahaja normal, malahan juga ia dikatakan mempunyai pelbagai manfaat lain terhadap kesihatan tubuh badan kita.
Antara kebaikan onani ketika hamil yang digembar-gemburkan adalah:
Membantu mengurangkan stres
Membantu melancarkan aliran dalam saluran darah
Membantu meningkatkan kualiti tidur
Rasa gembira ekoran pengeluaran hormon dalam tubuh badan
Pun begitu, sila berhenti daripada melakukannya jika anda mengalami perkara berikut sebagai langkah keselamatan ya?
Anda mengalami kahamilan dengan uri berada di bawah
Jadi, adakah ia adalah satu perbuatan yang selamat untuk dilakukan?
Ciri-ciri wanita yang ketagih untuk bersenggama.
Adakah perbuatan onani ketika hamil itu selamat?
Jawapannya ya, ia adalah satu perbuatan yang selamat untuk dilakukan meskipun terdapat beberapa ketika di mana anda perlu menghentikannya – seperti yang disenaraikan di atas.
Jika kalian bebas daripada keadaan yang telah dinyatakan di atas tadi, maka onani ketika hamil adalah satu perbuatan yang normal untuk anda.
Namun, kalian harus mengikut beberapa petua yang penting.
Pertama, sila pastikan kuku anda sentiasa pendek untuk mengelakkan risiko faraj tercedera semasa beronani
Kedua, pastikan jari dan tangan yang digunakan bersih. Sila cuci jari dan tangan anda menggunakan air dan sabun setiap kali sebelum atau selepas beronani
Ketiga, pastikan peralatan seks seperti dildo atau vibrator yang anda ingin gunakan adalah milik anda sendiri dan bukannya dipinjam daripada orang lain. Ini kerana perkongsian sex toy mudah menyebarkan penyakit jangkitan kelamin (STD) antara manusia
Untuk lebih kepastian, anda boleh gunakan kondom untuk disarungkan pada sex toy ini. Ia adalah satu tindakan yang sangat efektif dalam usaha mengelakkan STD. Cuma, pastikan anda membuang dan menukar kondom ini selepas digunakan walaupun baru sekali.
Hak individu
Kesimpulannya, onani ketika hamil itu adalah normal dan selamat.
Namun, ada beberapa perkara yang anda perlu ambil tahu sebelum mengambil keputusan untuk melakukannya.
Selain itu, ketahuilah ia adalah perbuatan yang sangat bertentangan dengan ajaran agama Islam!
[health_tool_article id=”78935″]
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Masturbating. https://www.plannedparenthood.org/learn/teens/ask-experts/i-was-masturbating-and-now-i-think-i-am-pregnant-is-that-possible. Accessed 8 April 2020.
There such thing good sex pregnancy. https://www.sexwise.org.uk/blog/there-such-thing-good-sex-pregnancy. Accessed 8 April 2020.
Sexual intercourse and orgasm during late pregnancy may have protective effect. https://www.guttmacher.org/journals/psrh/2001/07/sexual-intercourse-and-orgasm-during-late-pregnancy-may-have-protective-effect. Accessed 8 April 2020.
Masturbation. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/gradeschool/puberty/Pages/Masturbation.aspx. Accessed 8 April 2020.
Masturbation. https://www.plannedparenthood.org/learn/sex-pleasure-and-sexual-dysfunction/masturbation. Accessed 8 April 2020.