Boleh Ambil Tetapi Perlu Berhati-hati: Acetaminophen semasa Hamil

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 03/12/2019

    Boleh Ambil Tetapi Perlu Berhati-hati: Acetaminophen semasa Hamil

    Acetaminophen (atau Tylenol) ialah sejenis bentuk ubat paling lazim diambil sebagai rawatan demam, demam selesema, dan sakit oleh ibu semasa tempoh kehamilan. Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan besar mengenai keselamatan ubat ini kepada bakal ibu sejak beberapa dekad lalu.

    Acetaminophen yang diambil semasa kehamilan dikaitkan dengan masalah kelakuan dalam kalangan kanak-kanak

    Dalam tempoh tujuh tahun mulai 1996 hingga 2002, sekumpulan 64,322 kanak-kanak dan ibu yang mendaftar di Danish National Birth Cohort telah ditemuramah melalui telefon bantuan komputer. Akhirnya, kajian mencapai kesimpulan bahawa risiko mendapat HKD (gangguan Hyperkinetic) dan ADHD (Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif) nyata sekali lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak yang ibunya pernah mengambil acetaminophen semasa hamil – yang mana lebih separuh daripada jumlah ibu yang ditemuramah. Beberapa saintis menerangkan bahawa memandangkan acetaminophen paracetamol adalah sejenis hormon pengganggu, pengambilannya semasa hamil boleh menjurus kepada pertumbuhan otak yang abnormal bagi janin, kerana mereka terdedah kepada perubahan hormon. Pun begitu, dalam usaha untuk mengesahkan hubungan rasmi antara acetaminophen dan gangguan neurologi dalam kalangan kanak-kanak, kajian lanjut perlu dilakukan kerana penggunaan Tylenol dan masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak, kedua-duanya adalah fenomena yang kerap berlaku.

    Acetaminophen secara amnya selamat jika diambil mengikut dos yang disyorkan

    Malahan, penggunaan Tylenol adalah perlu dielakkan dalam kes di mana demam ibu pada suhu 38 darjah Celcius atau lebih tinggi. Ini kerana, demam semasa hamil boleh membawa risiko kesihatan seperti kecacatan jantung dan rekahan lelangit (sumbing) pada bayi. Dalam kes yang teruk, ia juga boleh membawa kepada keguguran.

    Doktor akan menganggap Tylenol sebagai ubat yang selamat untuk ibu dan bayi, jika diambil dalam had yang disyorkan dan hanya dalam situasi yang benar-benar diperlukan. Dos acetaminophen yang selalu diberikan adalah 650 mg untuk setiap 4 jam. Ibu hanya perlu mengambil ubat maksimum 4 kali sahaja dan tidak melebihi 4000 mg dalam tempoh 24 jam.

    Tanda-tanda terlebih dos acetaminophen

    Anda perlu segera mendapatkan bantuan perubatan apabila simptom pertama berlaku bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan ibu dan bayi.

    • Dalam tempoh 24 jam pertama: anda rasa letih, hilang selera makan, berpeluh
    • 24 hingga 72 jam selepas itu: urin berwarna gelap, kulit dan mata kekuningan, kekerapan membuang air kecil lebih rendah berbanding biasa
    • 72 hingga 96 jam selepas itu: kesukaran untuk bernafas, demam, penglihatan kabur, denyutan jantung laju, tidak sedarkan diri

    Acetaminophen boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati bukan hanya bagi ibu, tetapi juga bayi jika ia dialami semasa peringkat akhir kehamilan.

    Langkah pencegahan terlebih dos

    Bagi mengelakkan terlebih dos acetaminophen, anda sepatutnya:

    • Elak pengambilan alkohol semasa makan Tylenol kerana ia boleh meningkatkan kesan negatif acetaminophen.
    • Ikuti preskripsi yang doktor berikan dan baca label berhati-hati sebelum mengambilnya.
    • Jangan ambil lebih daripada satu jenis acetaminophen pada satu-satu masa.
    • Jangan ambil acetaminophen untuk lebih daripada 3 hari berturut-turut bagi meredakan demam, dan jangan lebih 10 hari berturut-turut untuk melegakan sakit. Jika demam atau sakit tidak baik atau bertambah teruk selepas tempoh yang diberikan, segera hubungi doktor anda.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 03/12/2019

    Iklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Iklan
    Iklan
    Iklan