Buasir berlaku apabila urat di dalam atau sekitar dubur membengkak. Situasi mengalami buasir selepas bersalin pastinya boleh menimbulkan ketidakselesaan.
Apatah lagi dalam keadaan anda perlu menjaga bayi yang baru dilahirkan.
Jangan bimbang, Hello Doktor ada cara untuk membantu!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Punca buasir selepas bersalin
Terkena buasir semasa hamil atau selepas melahirkan anak adalah perkara biasa.
Dalam kebanyakan kes, buasir atau hemorrhoid yang terjadi ketika hamil akan hilang dengan sendiri setelah bersalin.
Ini terutamanya jika anda amat menjaga kesihatan diri dengan mengelakkan daripada mengalami sembelit!
Namun kadangkala masalah itu boleh berlanjutan.
Bahkan, dianggarkan 25% wanita yang menghidap buasir selepas bersalin masih mengalaminya walaupun setelah 6 bulan melahirkan anak.
Buasir berlaku apabila terdapat tekanan pada urat di rektum atau dubur. Saluran vena mempunyai injap untuk membantu aliran darah ke jantung.
Namun jika injap ini lemah disebabkan tekanan, darah boleh berkumpul di urat. Lama-kelamaan ia boleh membengkak – keadaan yang sama dengan masalah urat simpul.
Wanita hamil mempunyai bebanan tambahan – bayi dalam kandungan – yang berada di antara perut dan pelvis.
Kesan daripada bebanan ini menyukarkan darah untuk kembali dari bahagian pelvis.
Sembelit burukkan lagi masalah buasir selepas bersalin
Ramai juga ibu mengandung turut mengalami sembelit atau kurang 3x pergerakan usus dalam seminggu.
Ia biasanya terjadi kerana:
Sembelit juga menjadi masalah biasa untuk terjadi selepas bersalin.
Antara faktor yang mungkin mendasari keadaan ini adalah:
Buasir akan semakin teruk dengan tekanan dan sembelit!
Bagi wanita yang mengalami buasir semasa hamil, anda lebih berisiko untuk mendapat masalah buasir lebih teruk selepas beranak.
Baca juga:
Gejala buasir bengkak selepas bersalin
Masalah hemorrhoid dibahagikan kepada 2:
- Dalaman – terbentuk di dalam rektum
- Luaran – terjadi di sekitar bukaan dubur
Antara gejalanya:
- Kesakitan pada bahagian dubur
- Gatal pada bahagian dubur
- Pendarahan semasa membuang air besar
- Benjolan sensitif berhampiran dubur
Cara rawatan selepas melahirkan anak
Terdapat beberapa cara menghilangkan ketidakselesaan disebabkan buasir, termasuklah:
#1. Makanan berserat tinggi
Pengambilan makanan kaya serat dapat membantu melembutkan tekstur najis.
Antaranya sayuran seperti brokoli dan kacang pis, buah-buahan seperti pir dan epal, bijirin dan roti gandum.
#2. Pengambilan cecair bantu atasi buasir selepas bersalin
Jika menyusukan bayi, pastikan anda minum air secukupnya. Jangan lupa untuk minum segelas air setiap kali menyusukan si kecil.
#3. Laksatif
Berunding dengan doktor mengenai penggunaan stool softener (ubat pelembut najis) untuk meredakan kesakitan semasa berak.
Penggunaan laksatif dianggap selamat semasa dan selepas bersalin.
#4. Elakkan duduk lama
Duduk untuk tempoh yang lama meningkatkan tekanan pada urat dubur. Sebaiknya, berbaringlah semaksimum mungkin, seperti ketika menyusukan si manja.
#5. Gunakan bantal
Gunakan bantal atau gabus berbentuk donat ketika duduk.
#6. Bersenam bantu atasi buasir
Cuba untuk bergerak lebih banyak walaupun sekadar berjalan kaki untuk tempoh sekejap. Senaman juga dapat membantu mencegah sembelit.
Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang program senaman selepas melahirkan anak.
#7. Gunakan ais
Sapukan ais yang dibalut kain lembut pada kawasan yang sakit beberapa kali sehari. Ais dapat membantu mengurangkan pembengkakan dan ketidakselesaan.
Ada sesetengah wanita mendapati mampatan sejuk tepu (cold compresses saturated) dengan witch hazel dapat memberikan kelegaan.
#8. Witch hazel
Penggunaan witch hazel dikatakan dapat mengurangkan bengkak dan memberikan rasa dingin yang melegakan.
Simpankan ia di dalam peti sejuk. Sapu di bahagian sakit menggunakan bebola atau tisu kapas.
#9. Rendaman air suam
Untuk mandian sitz bath ini, anda perlu mengisikan tab mandi dengan air suam dalam beberapa inci dan berendamlah selama kira-kira 15 minit.
Ulanginya beberapa kali sehari.
Rawat buasir selepas bersalin #10. Senaman kegel
Kegel dapat meningkatkan peredaran darah pada kawasan rektum dan menguatkan otot di sekitar dubur. Ia juga dikatakan dapat mengurangkan risiko mengalami buasir.
Melakukan senaman Kegel ini turut membantu menguat dan menegangkan otot faraj dan uretra – penting dalam proses pemulihan tubuh selepas bersalin.
#11. Wujudkan rutin ke tandas
Jangan melambatkan keinginan ke tandas apabila berasa ingin membuang air besar. Kesannya boleh menyebabkan najis lebih kering dan menyukarkan untuk dibuang.
Cuba untuk tidak meneran semasa berak dan jangan duduk di tandas lebih lama daripada sepatutnya kerana boleh menyebabkan tekanan tambahan.
[embed-health-tool-ovulation]