backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Ibu Hamil Boleh ELAK Alami Buasir Berdarah Dengan Langkah-langkah Ini, BERKESAN!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Yusrie Sabrie · Disemak pada 14/06/2023

    Ibu Hamil Boleh ELAK Alami Buasir Berdarah Dengan Langkah-langkah Ini, BERKESAN!

    Boleh ke bakal ibu alami berak berdarah semasa hamil? Secara amnya, kehamilan boleh menjadi suatu yang membebankan bagi sebahagian wanita kerana pelbagai perubahan yang dirasai pada tubuh.

    Kadangkala, perubahan ini akan mengubah penampilan mereka dan juga mengakibatkan kesakitan.

    Buasir berdarah ketika mengandung adalah antara masalah yang menyukarkan, mengakibatkan bengkakan dan kesakitan di bahagian faraj.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Buasir berdarah ketika mengandung?

    Pendarahan adalah saluran darah yang membengkak di bahagian rektum. Ia boleh menjadi sebesar saiz kacang atau anggur.

    Pendarahan ini boleh membesar di dalam faraj atau tersembul keluar melalui dubur. Pendarahan adalah kebiasaan ketika hamil.

    berak berdarah semasa hamil

    Pembesaran saiz rahim membuatkan urat di bahagian pelvis dan vena cava inferior tertekan, mengakibatkan pengaliran kembali darah dari bahagian bawah tubuh menjadi perlahan.

    Urat-urat di bawah kawasan rahim akan tertekan dan mula membengkak. Punca berak berdarah semasa hamil.

    Tambahan pula, pertambahan progesteron ketika kehamilan menyebabkan dinding urat menjadi tenang, memudahkan ia untuk membengkak.

    Pendarahan adalah sangat biasa berlaku ketika trimester ke tiga kehamilan atau ketika bersalin pada tahap kedua. Ketulan darah akan terbentuk di dalam Pendarahan yang boleh mengakibatkan bengkakan besar.

    Pendarahan boleh menyebabkan apa pada tubuh?

    Kebiasaannya, pendarahan menyebabkan kesakitan dan pendarahan ketika hamil. Bagaimanapun, ia akan berlalu selepas anda bersalin selagi anda mengelakkan daripada masalah sembelit.

    berak berdarah semasa hamil

    Bagaimana untuk mengelakkan berak berdarah semasa hamil?

    Pertama sekali, cuba untuk mengelakkan masalah sembelit dengan cara:

    -Ambil makanan yang tinggi kandungan fiber

    -Minum banyak cecair dan jus buah prun

    -Makan buah-buahan dan sayur-sayuran

    -Jangan menahan air besar

    -Minum banyak air.

    Baca juga:

    Serta, elakkan daripada duduk terlalu lama di dalam tandas kerana kawasan rektum mungkin akan mengalami tekanan.

    Amalkan senaman kegel setiap hari. Senaman jenis ini akan membantu meningkatkan pengaliran darah ke bahagian rektum dan menguatkan otot punggung, maka mengurangkan risiko masalah buasir berdarah ketika mengandung.

    Otot-otot di bahagian faraj dan uretra juga akan menjadi semakin kuat, membantu proses pemulihan selepas bersalin.

    Elakkan berdiri atau duduk diam untuk tempoh terlalu lama. Sebaliknya, cuba untuk bergerak beberapa minit dalam setiap jam.

    Ketika tidur atau menonton TV, cuba berbaring di sisi kiri untuk mengurangkan tekanan pada urat-urat di bahagian rektum dan meningkatkan peredaran kembali darah dari bahagian bawah tubuh.

    berak berdarah semasa hamil

    Bagaimanakah untuk mengurangkan kesakitan buasir?

    Berikut beberapa langkah untuk mengurangkan kesakitan kesan berak berdarah semasa hamil:

    -Terapi sejuk: Letakkan pek ais dengan lapik yang lembut di bahagian yang sakit beberapa kali sehari.

    -Terapi panas: Rendamkan bahagian bawah tubuh dalam tab yang dipenuhi air suam selama 10 ke 15 minit, beberapa kali sehari.

    -Pastikan kawasan yang terkena pendarahan bersih selepas setiap pergerakan usus dengan menggunakan tisu tandas yang lembut dan tiada pewangi (tisu jenis ini kurang kerengsaan berbanding tisu biasa)

    -Minta daripada pakar kesihatan anda ubat anestetik topikal atau suppositori yang boleh digunakan ketika hamil.

    Sekiranya terdapat sebarang keraguan mengenai keadaan diri, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Yusrie Sabrie · Disemak pada 14/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan