backup og meta

Terlalu Sibuk Untuk Bersukan? Banyakkan Berjalan Kaki

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 30/11/2018

    Terlalu Sibuk Untuk Bersukan? Banyakkan Berjalan Kaki

    Berjalan kaki juga satu bentuk senaman? Ya. Menurut Panduan Aktiviti Fizikal Amerika Syarikat, berjalan kaki selama 2 minit pun memberikan manfaat besar terhadap kesihatan sama ada secara langsung atau dalam jangka masa panjang.

    Mengapa perlu menyibukkan diri dengan senaman dan aktiviti fizikal?

  • Melakukan aktiviti fizikal dalam masa yang singkat pun boleh menajamkan fikiran, mengurangkan perasaan gemuruh, merendahkan tekanan darah, memperbaiki kualiti tidur, dan meningkatkan potensi badan untuk menukarkan gula menjadi tenaga.
  • Aktiviti fizikal secara berkala boleh meningkatkan kesihatan otak, mengurangkan risiko sesetengah kanser serta mengurangkan risiko berat badan berlebihan.
  • Sesetengah keadaan kesihatan kronik boleh bertambah baik melalui senaman termasuk osteoartritis, tekanan darah tinggi, diabetes jenis 2, kegelisahan, dan kemurungan.
  • Senaman turut membantu meningkatkan fungsi otak dalam kalangan penghidap demensia (cepat lupa dalam kalangan orang berumur), multiple sclerosis, gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD), dan penyakit Parkinson.
  • Dalam kesibukan yang ada, cipta masa untuk berjalan kaki

    Sesibuk mana pun, anda perlu wujudkan masa untuk aktiviti fizikal. Tidak semua individu boleh meluangkan masa untuk ke gimnasium atau bersukan di padang. Tetapi, setiap individu pasti mampu mencari masa untuk berjalan kaki.

    Cuba lakukan langkah berikut untuk membantu anda memperbanyakkan berjalan kaki:

    1. Letakkan kenderaan jauh dari pejabat

    Jika tempat letak kenderaan di pejabat anda bertingkat, letakkan di tingkat paling atas atau paling bawah. Mahu atau tidak, anda akan terpaksa menggunakan berjalan untuk ke pejabat.

    2. Gunakan tangga selagi boleh

    Sekurang-kurangnya, gunakan tangga untuk naik ke lobi pejabat dari kawasan tempat letak kereta. Sekadar 2 atau 3 tingkat tidak akan memakan masa yang lama. Menaiki tangga merupakan senaman yang sangat baik untuk otot dan jantung.

    3. Gunakan kenderaan awam

    Andai ada peluang, gunakan kemudahan awam. Selain baik untuk kesihatan, ia lebih mesra alam sekitar. Tambahan pula, wang pun mungkin dapat dijimatkan.

    4. Keluar makan? Jalan kaki

    Jangan menjadi malas sehingga ingin mencari makan pun perlu menaiki kereta atau motosikal. Keluarkan sedikit peluh untuk membakar kalori yang ada.

    Kalau tidak gunakan kaki  anda hari ini, silap haribulan kaki tersebut terpaksa dipotong kerana kencing manis!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 30/11/2018

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan