Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Penat Bersenam TAPI Kenapa Berat Sama Saja? Jangan Risau, Ini Cara Tepat Nak Ukur
Apabila sudah rajin bersenam, rasa macam ada penurunan berat badan. Tetapi kenapa semasa timbang, kenapa berat tak turun? Bertenang, mungkin anda patut kira berat dengan cara lain.
Bagaimana? Teruskan membaca perkongsian artikel Hello Doktor ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Badan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Kenapa berat tak turun?
Apabila bercakap mengenai mengurangkan berat badan, selalunya apa yang dimaksudkan adalah anda mahu melangsingkan tubuh.
Anda mungkin mahu menurunkan berat pada bahagian sekitar pinggul, paha, perut dan lengan.
Mempunyai tubuh yang langsing tidak selalunya bermakna akan berlaku penurunan berat badan pada penimbang.
Ia bererti anda mungkin menjadi kurus tanpa dapat melihat perubahan pada berat badan.
Pelik, kan?
Keadaan ini berlaku apabila anda kehilangan lemak badan semasa menghasilkan otot.
Sekiranya berat tetap sama, walaupun ada kehilangan inci daripada segi ukuran tubuh, itu tandanya anda berada di landasan yang betul.
Mengetahui perbezaan antara penurunan berat badan dan pengurangan lemak dalam tubuh dapat mengubah cara anda melihat diri dan kemajuan yang dicapai.
Penimbang berat biasa hanya menunjukkan jumlah berat tubuh. Tetapi tidak menyatakan jumlah otot, lemak, air, tulang atau organ.
Memahami tentang komposisi tubuh adalah maklumat penting jika anda benar-benar ingin mendapatkan hasil terbaik.
Bahkan alat penimbang berat juga sering memaparkan jumlah berat yang sentiasa berubah.
Anda boleh melihat perubahan berat sepanjang hari yang bergantung kepada apa dan berapa kerap anda makan mahupun minum, pergi ke bilik air atau jumlah penyimpanan air dalam tubuh.
Jadi apakah cara terbaik kira berat yang boleh dilakukan?
Kenapa berat tak turun: Fokus pembakaran lemak badan
Penggunaan penimbang berat bukanlah alat terbaik untuk individu yang baru ingin memulakan program penurunan berat badan.
Sekiranya penggunaan alat tersebut tidak membantu anda untuk kekal di landasan dan mencapai matlamat, mungkin sudah tiba masanya untuk mengambil pendekatan lain bagi menilai tahap kemajuan diri.
Meletakkan fokus pada pembakaran lemak adalah jauh lebih penting berbanding menumpukan kepada penurunan berat badan semata-mata.
Baca juga:
Apabila kehilangan lemak badan, bermakna anda sedang melakukan perubahan kekal dalam tubuh serta mengubah komposisi badan sehingga mempunyai hanya sedikit lemak dan lebih banyak otot.
Sebaliknya jika kehilangan berat, anda mungkin bukan sahaja kehilangan air malahan juga otot.
Cara mengukur yang lebih baik
Semasa memulakan program penurunan berat badan, anda memerlukan banyak dorongan tambahan untuk meneruskannya dan memperolehi hasil yang diingini.
Alat penimbang berat mungkin tidak dapat memberikan sokongan yang anda perlukan.
Jadi anda perlu menggunakan kaedah lain bagi mengukur kemajuan untuk menjadikan diri sentiasa bermotivasi dan membantu menyedari bahawa berlakunya perubahan pada tubuh.
Perkara penting perlu anda fahami adalah pengurangan berat badan adalah berdasarkan jantina, usia, genetik dan beberapa faktor lain yang tidak boleh dikawal.
Pertimbangkan kaedah lain untuk kira berat atau perubahan diri yang berjaya dicapai, seperti:
1. Baju yang dipakai
Perhatikan pada pakaian anda. Jika berat tak turun tapi baju longgar, bermakna anda berada di landasan yang betul.
Cuba lakukannya sebulan sekali. Percayalah pakaian tidak akan menipu anda!
Sebagai contoh, catatkan berapa banyak tekan tubi yang boleh anda lakukan untuk minggu ini dan seterusnya. Bandingkan perbezaannya sama ada semakin bertambah atau tidak.
Pastinya cara ini adalah lebih mudah untuk dicapai dan dapat memberikan anda lebih kepuasan berbanding alat penimbang berat.
Percayalah, hasil kira berat yang diperolehi bukanlah satu-satunya cara untuk mengukur kejayaan anda. Jadi persoalan kenapa berat tak turun tidak harus menjadi kebimbangan.
[embed-health-tool-bmi]
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
The Real Reason You’re Not Losing Weight In spite of Exercising. https://www.medanta.org/patient-education-blog/the-real-reason-youre-not-losing-weight-after-exercising/, Accessed on Feb 9, 2021.
How to Lose Weight and Keep It Off. https://www.helpguide.org/articles/diets/how-to-lose-weight-and-keep-it-off.htm, Accessed on Feb 9, 2021.
6 Surprising Reasons You Can’t Lose Weight. https://www.aarp.org/health/healthy-living/info-2020/lose-weight.html , Accessed on Feb 9, 2021.
Why Am I Losing Inches But Not Weight. http://www.actforlibraries.org/why-am-i-losing-inches-but-not-weight/ , Accessed on Feb 9, 2021.
Waist vs. Weight: How to Lose Inches, Not Just Pounds. https://lec.org/blog/waist-vs-weight-how-to-lose-inches-not-just-pounds/ , Accessed on Feb 9, 2021.
10 Reasons You’re Not Losing Weight. https://www.denverhealthmedicalplan.org/blog/10-reasons-youre-not-losing-weight , Accessed on Feb 9, 2021.