home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

7 Jangkitan yang Anda Mungkin Dapat di Gimnasium

7 Jangkitan yang Anda Mungkin Dapat di Gimnasium

Sudah pasti sesiapa sahaja yang pergi ke gimnasium adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan diri. Walau bagaimanapun, tanpa disedari di gim itu sendiri boleh menjadi tempat penyebaran kuman atau bakteria yang boleh menjejaskan kesihatan anda.

Dalam satu kajian 2014 yang diterbitkan dalam International Journal of Environmental Research and Public Health, penyelidik mendapati bahawa shingga 25 jenis bakteria yang semakin meningkat di pusat kecergasan (gimnasium) pada setiap permukaan daripada treadmill hingga dumbbell. Malahan, penyelidik juga mendapati bahawa handheld weights adalah peralatan yang paling terdedah dengan bakteria iaitu kira-kira 48 kali lebih banyak berbanding kerusi tandas.

Hati-hati dengan bakteria gimnasium ini

1. Ringworm (Kurap)

Jangkitan umum pada kulit yang disebabkan oleh pelbagai kulat. Anda boleh mendapatnya daripada sentuhan kulit ke kulit, tuala yang kotor, lantai bilik mandi yang basah dan permukaan lain yang dijangkiti.

Simptom: Tompokan merah pada kulit dan biasanya berlaku di kawasan dada, belakang, punggung dan paha. Walau bagaimanapun, ia juga boleh muncul pada mana-mana bahagian tubuh anda.

2. Folikulitis

Ia adalah keradangan folikel rambut pada tubuh anda yang mungkin disebabkan oleh peluh dan haba (ruam panas), bakteria, dan kulat. Dalam kes ruam panas, tekanan dari pakaian anda boleh menyebabkan folikel rambut tercabut. Bakteria dan kulat folikulitis boleh tersebar melalui perkongsian tuala.

Simptom: Kelihatan merah, kadang-kadang benjolan lembut di sekeliling setiap folikel rambut. Mungkin ada atau mungkin tiada nanah.

3. Athlete’s foot (Kaki makan air)

Jangkitan kulat biasa pada kaki yang anda diperoleh daripada sentuhan kulit ke kulit, lantai bilik mandi gimnasium yang basah dan kolam renang. Pada asasnya, apa-apa persekitaran yang menggalakkan kelembapan atau berpeluh adalah sesuai untuk pertumbuhan kulat. Disebabkan itu, gimnasium adalah permukaan yang subur untuk kulat. Keadaan ini cenderung berlaku pada lelaki dan juga mereka yang kasut atau stokin yang menyekat kaki untuk bernafas mungkin berisiko tinggi.

Simptom: Tanda pertama jangkitan biasanya berwarna merah, mengelupas, kulit gatal pada tapak kaki serta kulit berwarna putih, di antara jari kaki anda.

4. Nail fungus (Kulat kuku)

Kulat sama yang menyebabkan athlete’s foot juga boleh menjangkiti kuku itu sendiri. Seperti athlete’s foot, anda terdedah kepada kuman ini dalam persekitaran panas, melekit dan lembap, malah anda juga boleh mendapat jangkitan ini daripada orang lain. Jika anda mengalami keadaan athlete’s foot, segera merawatnya kerana kulat boleh merebak ke kuku anda.

Simptom: Berlaku perubahan tekstur pada kuku anda. Ia menjadi kuning, tebal dan juga rapuh.

5. Plantar warts (Ketuat tapak)

Ketuat tapak kaki ini disebabkan oleh human papillomavirus (HPV). Anda boleh mengalami keadaan ini akibat berjalan di gimnasium tanpa memakai alas kaki, terutama di kawasan bilik mandi yang lembap.

Simptom: Periksa kaki anda sama ada terdapat benjolan yang boleh mempunyai sedikit titik hitam di dalamnya. Simptom lain adalah berbeza-beza, sesetengah orang berasa tidak selesa di kawasan yang terjejas sementara yang lain berasa sakit atau tekanan ketika berjalan.

6. Staph

Di gimnasium, bakteria staph adalah antara kuman paling biasa yang akan anda hadapi. Ia juga berpotensi yang paling berbahaya, kerana jenis tertentu boleh menyebabkan jangkitan dalam aliran darah, sendi dan tulang. Walau bagaimanapun, ia tidak mengancam nyawa tetapi menyebabkan ketidakselesaan.

Simptom: Jangkitan ini menyebabkan luka kulit berwarna kuning, jerawat merah yang menyakitkan atau abses yang lebih besar pada kulit. Kadangkala, kawasan yang dijangkiti terasa hangat untuk disentuh, dan anda mungkin mendapat demam dan menggigil.

7. Selesema dan flu

Jangkitan pernafasan mudah tersebar di mana-mana kawasan tertutup termasuk gimnasium. Biasanya virus ini tersebar melalui titisan daripada batuk dan bersin orang lain, dan kebanyakannya boleh hidup sekejap di luar badan. Jika anda mengambil dumbbell yang mempunyai virus influenza di atasnya, kemudian menyentuh mata atau mengelap mulut, secara teori anda boleh dijangkiti.

Tip mengelakkan jangkitan di gimnasium

Hadkan bersentuhan dengan seseorang, lap peralatan sebelum dan selepas digunakan, sentiasa memakai kasut atau alas kaki dan mencuci tangan atau menggunakan pensanitasi tangan (hand sanitizer) setiap kali anda ke gimnasium.

Selain itu, periksa keadaan sekeliling bagi memastikan gimnasium diselenggara dengan baik dan pastikan juga peralatan berada dalam keadaan baik. Jika anda melihat peralatan yang retak atau pecah, bakteria boleh memasuki ke dalamnya.

Bagi merawat keadaan yang dijangkiti anda boleh menggunakan ubat bukan preskripsi tertentu atau merujuk ahli farmasi dan doktor anda.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

8 Nasty Skin Infections You Can Catch at the Gym (and How to Avoid Them) https://www.livestrong.com/article/13716610-skin-infections-from-the-gym/ Accessed on Feb 14, 2019.

10 Nasty Infections You Could Catch at the Gym https://www.rd.com/health/wellness/infections-gym/ Accessed on Feb 14, 2019.

8 Gross Infections You Can Catch at the Gym–and How to Avoid Them https://www.health.com/skin-conditions/infections-germs-caught-at-gym? Accessed on Feb 14, 2019.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 14/07/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor
x