Sakit Lutut? Cuba Tip Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Sakit lutut adalah hal yang sangat kerap berlaku, baik dalam kalangan orang tua, mahupun orang muda. Sendi ini adalah antara sendi yang paling penting dan paling banyak digunakan. Namun, ia tidak terlepas daripada mengalami kecederaan.

Memandangkan ia sangat penting, sakit lutut sering mengganggu pergerakan dan aktiviti harian. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, baca artikel sehingga akhir untuk mendapatkan tip mengurangkan sakit lutut.

Tentukan tahap sakit lutut anda

Sakit yang ringan hingga sederhana boleh dirawat di rumah. Sama ada terseliuh atau disebabkan artritis, ada banyak cara untuk mengatasinya.

Tetapi jika ia pada tahap yang teruk sehingga anda tidak mampu bangun, bantuan perubatan mungkin diperlukan. Sesetengah sakit lutut memerlukan ubat-ubatan tertentu atau bahkan pembedahan.

Walau bagaimanapun, jika sakit lutut tersebut adalah ringan, ada banyak pilihan yang anda boleh ambil untuk mengurangkan sakit tersebut.

Baca artikel ini sehingga akhir untuk mendapatkan tip mengatasi sakit lutut.

1. Gunakan teknik “RICE”

RICE adalah:

  • Rest. Rehatkan lutut anda dan hentikan pergerakan serta aktiviti buat sementara waktu.
  • Ice. Letakkan ais pada lutut anda untuk mengurangkan radang dan bengkak.
  • Compression. Balut lutut anda dengan pembalut. Langkah ini dapat mengurangkan bengkak dan sakit.
  • Elevation. Angkat kaki ke atas untuk mengurangkan aliran darah, seterusnya bengkak akan surut dengan lebih cepat.

2. Senaman dan kurangkan berat badan

Untuk pesakit artritis, membiarkan lutut anda tidak bergerak mungkin bukan satu idea yang baik. Ia boleh membuatkan sendi menjadi lebih kaku dan susah untuk digerakkan. Senaman berkala mungkin membantu.

Exercise-to-Lower-Cholesterol
Senaman berkala mengurangkan sakit lutut

Berat badan juga memberikan kesan terhadap lutut. Lebih tinggi berat badan, lebih banyak tekanan ke atas lutut.

3. Pad panas dan sejuk

Pad panas membantu mengelakkan sendi anda dari menjadi kaku dan keras. Pad sejuk pula boleh mengurangkan sakit dan bengkak. Cuba gunakan kedua-duanya berselang-seli tapi lebihkan pad sejuk pada 24 jam pertama selepas mengalami kecederaan pada lutut.

4. Salap herba

Dalam satu kajian yang dimuatkan di dalam Pakistan Journal of Biological Science, pengkaji membuat kajian tentang salap yang dibuat daripada kayu manis, mastic gum, halia dan minyak bijan. Kajian ini menemui bahawa salap tersebut adalah efektif sama seperti krim artritis yang mengandungi salicylate.

5. Estrak halia

Halia memang terkenal dengan khasiatnya untuk banyak penyakit. Ia merupakan herba tradisional sejak turun temurun. Ia boleh didapatkan dalam bentuknya asal, serbuk atau di dalam teh.

benefits-ginger-health
Halia membantu mengurangkan sakit lutut

Antara khasiatnya termasuk mengurangkan masalah perut, mual serta mengurangkan sakit dalam banyak keadaan. Kajian melibatkan pesakit artritis menemui bahawa halia membantu mengurangkan sakit jika digabungkan bersama ubat-ubatan.

6. Suplemen glukosamin dan kondroitin sulfat

Dua suplemen ini memang sudah sinonim dengan sakit sendi. Ia telah banyak dijual di pasaran. Kajian menunjukkan bahawa suplemen ini tidak memberikan kesan yang banyak ke atas sakit yang ringan atau sederhana. Walau bagaimanapun, ia menunjukkan kesan yang signifikan bagi mereka yang mengalami sakit teruk.

Sebelum anda menggunakan apa-apa rawatan di rumah, seeloknya untuk berbincang dengan doktor, terutamanya jika anda mengalami sakit yang teruk. Sesetengah herba atau suplemen mungkin akan bertindak balas dengan ubat yang anda ambil. Jadi, penting untuk membiarkan doktor tahu tentang hal tersebut.

Selain itu, sakit lutut yang anda alami mungkin hanya salah satu daripada simptom kepada penyakit lain. Pemeriksaan doktor adalah penting untuk mencari punca yang sebenar.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Penyakit Osgood-Schlatter: Risiko Terhadap Kanak-kanak yang Bersukan

    Kanak-kanak yang aktif dan cergas menunjukkan kesihatan yang normal dan baik, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang mempunyai penyakit osgood-schlatter?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 28/02/2019 . 2 minit bacaan

    Jangan Biar Sakit Lutut Kronik Terlalu Lama, Ini Puncanya & Cara Untuk Merawat

    Sakit lutut kronik sering mengganggu aktiviti harian. Jika anda pernah mengalaminya, anda akan tahu betapa pentingnya kesihatan sendi lutut ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 05/06/2018 . 3 minit bacaan

    Glukosamina Sulfat

    KegunaanApakah kegunaan Glukosamina Sulfat? Glukosamina Sulfat biasanya digunakan untuk: Osteoartritis, artritis reumatoid, glaukoma, gangguan rahang yang dipanggil gangguan temporomandibular (TMD), sakit sendi ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nur Bashirouh
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 18/05/2018 . 3 minit bacaan

    Ankylosing Spondylitis

    Kenali apa itu Ankylosing Spondylitis. Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 02/04/2018 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    duduk antara dua sujud

    Sakit Semasa Duduk Antara Dua Sujud? Ketahui 5 Punca Kenapa Keadaan Ini Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 19/08/2020 . 3 minit bacaan
    sakit bahu

    Sakit Bahu? Ini Penyebab Dan Cara Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 13/12/2019 . 4 minit bacaan
    amalkan-duduk-dengan-gaya-lelaki

    Ladies, Mulai Hari Ini Amalkan Duduk Dengan Gaya Lelaki!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/11/2019 . 2 minit bacaan
    usus

    Usus Sihat daripada Pilihan Pemakanan yang Baik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 27/03/2019 . 8 minit bacaan