Rheumatoid Arthritis
Rheumatoid arthritis pula adalah penyakit autoimun kronik yang berkembang secara perlahan dalam jangka waktu beberapa minggu hingga bulan.
Apabila sendi perlahan-lahan terjejas, sendi kecil pada bahagian tubuh seperti pada jari tangan dan kaki akan cenderung terkesan terlebih dahulu. Kesannya, sendi lain contohnya pada pergelangan tangan, siku, pinggul dan tulang belakang turut akan terjejas.

Antara penyebab sakit sendi lain termasuklah 3:
- Penyakit Adult Still: Sejenis radang sendi jarang berlaku dengan gejala demam, ruam dan sakit sendi 7
- Ankylosing spondylitis: Penyakit keradangan yang dari masa ke masa boleh mengakibatkan tulang kecil pada tulang vertebra bercantum 10
- Avascular necrosis: Kematian tisu tulang kerana pengaliran darah yang terhad 8
- Kanser tulang
- Tulang patah
- Bursitis: Keradangan pelindung pelapik di sekitar sendi, dikenali sebagai bursae
- Sindrom complex regional pain: Kesakitan kronik berpunca daripada sistem saraf tidak berfungsi
- Tulang terkehel: Kecederaan pada sendi – tempat tulang bersatu – di mana hujung tulang dipaksa keluar daripada kedudukan normalnya
- Fibromyalgia: Keadaan kesakitan kronik melibatkan peningkatan kepekaan otot meluas, sakit berkaitan saraf, keletihan yang melumpuhkan dan disfungsi kognitif dirujuk sebagai “fibro fog“
- Gout: Radang sendi yang berlaku pada individu dengan kadar asid urik tinggi dalam darah
- Hipotiroidisme: Tiroid kurang aktif di mana kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon penting dalam jumlah yang mencukupi
- Arthritis idiopatik remaja: Masalah sakit sendi yang paling biasa terjadi pada kanak-kanak di bawah usia 16 tahun
- Leukemia
- Lupus: Penyakit autoimun sistemik yang berlaku apabila sistem imun menyerang tisu dan organ tubuh
- Penyakit Lyme: Berpunca daripada bakteria yang disebarkan oleh gigitan kutu hitam yang dijangkiti, dikenali sebagai ‘deer tick’
- Osteoartritis: Penyakit yang menyebabkan kerosakan sendi
- Osteomielitis: Jangkitan pada tulang
- Penyakit tulang Paget: Keadaan yang menjejaskan proses kitaran semula jadi tubuh
- Polymyalgia rheumatica: Gangguan keradangan yang menyebabkan sakit otot dan kebas, terutamanya pada bahagian bahu dan pinggul
- Pseudogout: Masalah arthritis yang dicirikan dengan simptom bengkak secara tiba-tiba dan menyakitkan pada satu atau lebih sendi
- Psoriatik arthritis: Keadaan arthritis yang menjejaskan individu dengan psoriasis
- Reaktif arthritis: Sakit sendi dan pembengkakan yang disebabkan oleh jangkitan pada bahagian lain tubuh
- Demam reumatik: Penyakit radang berkembang ketika radang tekak atau demam merah (scarlet fever) yang tidak dirawat dengan baik
- Rheumatoid arthritis: Gangguan keradangan kronik yang boleh menjejaskan fungsi tubuh lain
- Riket: Keadaan yang melembut dan melemahkan tulang kanak-kanak. Selalunya terjadi kerana kekurangan vitamin D yang melampau dan berpanjangan
- Sarcoidosis: Dicirikan oleh pertumbuhan koleksi sel-sel keradangan kecil (granuloma) pada mana-mana bahagian tubuh
- Arthritis septik: Jangkitan yang menyakitkan pada sendi. Berpunca daripada kuman yang melalui aliran darah dari bahagian tubuh lain
- Terseliuh: Regangan atau ligamen terkoyak – tali tisu berserat kuat yang menghubungkan dua tulang bersama sendi. Bahagian paling biasa untuk terseliuh adalah pada buku lali
- Tendinitis: Keradangan atau kerengsaan tendon yang menyebabkan kesakitan pada bahagian luar sendi
Pasti ada yang tidak menyangka banyak faktor yang boleh menyumbang dan menjadi punca sakit sendi. Tetapi adakah terdapat tip atau cara rawatan terbaik untuk mengatasinya? Pastinya ada!
Bagaimana Sakit Sendi Dirawat?
Terdapat beberapa cara bagaimana sakit sendi ini boleh dirawat. Antara rawatan yang boleh digunapakai adalah dari segi ubat-ubatan, terapi fizikal, malah juga perubahan gaya hidup dan rawatan di rumah.
Ubat-ubatan
Seperti yang dibincangkan dalam Mayo Clinic, ubat untuk merawat arthritis adalah berbeza-beza, bergantung kepada jenis arthritis yang dihidapi anda 4. Antara ubat yang biasa digunakan untuk arthritis adalah:
- Ubat tahan sakit. Ubat-ubatan ini mengurangkan kesakitan, namun tidak memberi kesan kepada keradangan.
- Ubat anti-radang nonsteroid (NSAID). Pengambilan ubat analgesik boleh membantu mengurangkan kesakitan, bengkak dan keradangan 4. NSAID hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor. Sila dapatkan rujukan doktor sebelum mencuba sebarang ubat-ubatan.
- Sapuan di kulit 4. Beberapa jenis krim dan salap mengandungi bahan aktif yang boleh melega kesakitan. Menggosok krim mahupun salap ini pada bahagian sendi yang sakit boleh “mengganggu” isyarat kesakitan yang dihantar ke sendi.
- Ubat anti-rheumatik yang mengubahsuai penyakit (DMARD) 4. Ia selalu digunakan untuk merawat rheumatoid arthritis, dengan melambat atau menghentikan sistem imun dari menyerang sendi.
- Ubat pengubah tindak balas biologi4. Selalunya digunakan bersama-sama dengan DMARD, ubat genetik ini menyasarkan molekul protein yang terlibat dalam tindak balas imun.
Perubahan gaya hidup & rawatan di rumah
Dalam kebanyakan kes, simptom rheumatoid arthritis ataupun sakit sendi boleh dikurangkan dengan:
- Senaman. Bersenam secara teratur dapat membantu menjaga kelenturan sendi. Berenang dan aerobik air merupakan pilihan terbaik kerana daya apung air mengurangkan tekanan pada sendi yang menampung berat badan 4
- Penurunan berat badan. Sekiranya anda obes, menurunkan berat badan akan mengurangkan tekanan pada sendi yang menanggung berat badan. Ini boleh meningkatkan pergerakan dan mengehadkan kecederaan sendi pada masa hadapan 4
- Panas dan sejuk. Pad pemanas atau pek ais boleh membantu melegakan kesakitan arthritis 4
- Penggunaan alat bantuan. Menggunakan tongkat atau tempat duduk tandas yang dinaikkan, malah juga alat bantuan lain membantu anda melindungi sendi, lalu meningkatkan keupayaan untuk melakukan tugas harian.
Terapi fizikal
Terapi fizikal berkesan untuk beberapa jenis artritis. Senaman dapat meningkatkan pergerakan dan menguatkan otot-otot di sekitar sendi. Dalam beberapa kes, splint atau pendakap mungkin dibenarkan 4.
Berat yang berlebihan boleh menjadi punca kesakitan sendi. Menurut pakar, mengurangkan berat badan adalah faktor besar dalam menguruskan kesan osteroartritis pada bahagian bawah badan 9.
Selain penjagaan pemakanan, senaman air untuk mereka yang mengalami sakit sendi. Berenang, aerobik air dan berjalan kaki di dalam kolam renang adalah pilihan yang baik 9.
Jelas beliau, keadaan ini kerana di dalam air, badan akan terapung dan anda dapat mengurangkan beban pada sendi sehingga pergerakan yang dilakukan tidak begitu menyakitkan 9.
Punca sakit sendi sering berlaku akibat pergerakan harian biasa. Tetapi jika anda mengalami sebarang kesakitan sendi yang tidak dapat dijelaskan, terutamanya jika ia tidak hilang sendiri selepas beberapa hari, lakukan pemeriksaan doktor.
Ini kerana pengesanan dan diagnosis awal dapat memberikan rawatan berkesan terhadap punca ketidakselesaan yang dialami. Apa yang penting adalah jangan merana dalam diam. Dapatkan rawatan yang bersesuaian. Semoga perkongsian ini berguna!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen