home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Meredakan Kesakitan: Terapi Sejuk atau Panas?

Meredakan Kesakitan: Terapi Sejuk atau Panas?

Terapi panas dan sejuk sering disyorkan untuk membantu melegakan kesakitan yang disebabkan oleh kerosakan otot atau sendi.

Terapi asas panas (thermotherapy) melibatkan penggunaan botol air panas, pad yang boleh dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro atau mandi panas. Manakala bagi terapi sejuk (cryotherapy), botol air dipenuhi air sejuk, pad sejuk dalam peti sejuk, atau air sejuk boleh digunakan.

Dalam sesetengah kes, alternatif panas dan sejuk ini boleh membantu kerana ia akan meningkatkan aliran darah ke tempat kecederaan.

Terapi Sejuk

Rawatan sejuk mengurangkan aliran darah ke kawasan yang cedera. Ini melambatkan kadar keradangan, mengurangkan risiko pembengkakan dan kerosakan tisu. Ia juga mengebaskan tisu sakit, bertindak sebagai anestetik tempatan, dan melambatkan mesej sakit sampai ke otak.

Ais boleh membantu merawat sendi atau otot yang bengkak dan meradang. Ia adalah paling berkesan dalam tempoh 48 jam dari kecederaan. Tenik RICE iaitu rehat (rest), ais (ice), tekanan (compress) dan mengangkat tinggi (elevation) adalah sebahagian daripada rawatan standard untuk kecederaan sukan.

Terapi Panas

Menggunakan haba ke kawasan yang meradang akan melebarkan saluran darah, menggalakkan pengaliran darah, dan membantu melegakan otot dan mengetatkan otot.

Peredaran yang lebih baik membantu menghapuskan pembentukan sisa asid laktik berlaku selepas beberapa jenis senaman. Haba juga psikologi menenangkan yang boleh meningkatkan sifat analgesiknya.

Terapi haba biasanya lebih berkesan daripada sejuk untuk merawat sakit otot kronik atau sendi sakit disebabkan oleh artritis.

Jenis Kesakitan dan Rawatan

  • Kecederaan bahagian belakang

Jika anda mengalami kecederaan atau sakit di bahagian belakang, mandi panas mungkin kedeagaran seperti penyembuhan utama. Tetapi menurut profesor klinikal pembedahan dan pengarah trauma tulang belakang Pusat Cedars-Sinai Spine, Los Angeles, California, Dr Neel Anand, ia hanya akan meningkatkan keradangan dan membuatkan kesakitan lebih teruk. Malah, doktor mengesyorkan untuk tuam ais ke kawasan yang sakit itu selama 20 minit pada satu masa dalam tempoh 2 hingga 3 hari pertama bagi mengurangkan keradangan dan kesakitan. Ubat-ubatan semulajadi untuk sakit belakang juga mungkin membantu.

  • Senggugut

Menurut profesor klinik obstetrik, ginekologi, dan sains reproduktif di Yale University School of Medicine, Dr Mary Jande Minkin, dengan kekejangan anda tidak mengalami kecederaan. Otot rahim tegang dan hanya perlu berehat serta menggunakan pad pemanasan. Ini kerana haba boleh menghentikan penghasilan bahan kimia prostagladin seperti hormon yang dihasilkan oleh lapisan rahim selepas ovoluasi. Ini merangsang kontraksi otot uterus yang lancar.

  • Sakit sendi

Pengarah perubatan sukan di St. Charles Orthopaedics di Port Jefferson, New York, Dr Luga Podesta berkata, sebagai peraturan umum, dia mencadangakan pemanasan sendi seperti lutut atau buku lali sebelum senaman, pertandingan atau terapi. Objektif utama pemanasan adalah menyiapkan tendon, ligamen, otot dan sendi untuk kekuatan letupan yang diterapkan pada tisu ini semasa aktiviti berat.

  • Buku lali terseliuh

Rawatan yang terbaik untuk seliuh serta kesakitan sendi, bengkak, atau kecederaan pada otot atau tisu lembut adalah ais dan disertakan dengan teknik RICE. Balut kawasan yang cedera dengan pembalut elastik dan letakkannya di atas bantal, tinggi daripada paras jantung anda. Sapukan ais 30 minit, 20 minit untuk 35 minit pertama hingga 48 jam selepas kecederaan. Gunakan beg ziplock yang dipenuhi dengan kiub ais yang hancur ataupek gel beku. Letakkan juga tuala di bawah ais untuk mengelakkan kerengsaan kulit.

  • Pening kepala

Ais mempunyai kesan kebas yang boleh membantu sakit kepala terutamanya migrain. Letakkan pek ais di tempat yang sakit selama 10 minit dalam tempoh 30 hingga 60 minit. Sejuk di bahagian depan leher boleh juga berfungsi, satu kajian mendapati bahawa meletakkan pek ais di leher (menyasarkan arteri karotid) pada permulaan migrain dengan ketara mengurangkan kesakitan. Walau bagaimanapun, untuk sesetengah orang, haba boleh membantu dengan menenangkan otot kepala dan ketegangan.

  • Artritis

Artritis yang kronik menyebabkan keradangan menyakitkan pada sendi dan umumnya ia bertindak balas dengan baik terhadap kehangatan. Bukan sahaja haba melegakan dan merehatkan otot dan sendi, tetapi ia juga meningkakan peredaran, penghantaran lebih banyak darah dan nutrien ke kewasan tersebut. Gunakan pad panas yang dibalut dengan tuala dan tuan semala 15 hingga 20 init semasa santai sama ada duduk atau berbaring.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Heat and cold treatment: Which is best? https://www.medicalnewstoday.com/articles/29108.php Accessed on July 24, 2018.

Heat or Ice? The Best Ways You Should Handle 8 Common Pains https://www.rd.com/health/conditions/heat-or-ice/ Accessed on July 24, 2018.

Heat or Ice? Which to Use for Back Pain, Pulled Muscles, and More https://www.health.com/pain/heat-ice-pain Accessed on July 24, 2018.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 29/11/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x