Salah satu cara hilangkan sakit belakang bahu adalah dengan menggunakan kerusi ergonomik kerana ia boleh menyokong belakang badan anda dengan baik. Letakkan juga bantal kecil di belakang badan anda.
Pastikan lutut anda dibengkokkan pada sudut 90 darjah dan kaki anda juga menyentuh lantai.
#4. Professional help (Dapatkan bantuan profesional)
Jika anda kerap mengalami sakit tulang belakang yang kronik, anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan profesional seperti menjalani rawatan fisioterapi dan juga membuat janji temu bersama pakar kiropraktik untuk pemeriksaan lanjut.
Langkah ini merupakan cara hilangkan sakit tulang belakang yang paling cepat dan berkesan. Antara rawatan yang terlibat ialah positioning, pergerakan aktif dan pasif, dan juga rawatan haba dan ais.
Cara menghilangkan sakit belakang ketika tidur
Kadangkala, posisi tidur yang salah juga boleh menyebabkan anda sakit tulang belakang. Anda boleh cuba cara berikut untuk mendapatkan posisi tidur yang betul.
- Tidur mengiring dan letakkan bantal di antara kedua-dua lutut
- Tidur dalam keadaan baring dan letakkan bantal di bawah lutut
- Jangan tidur meniarap kerana ia akan membuatkan anda berisiko untuk mendapat skoliosis
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen