Sakit Sendi Tak Boleh Dibuat Main, ELAK 10 Makanan Ini Dalam Diet Di Rumah Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 21/12/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Sakit sendi adalah keadaan di mana terdapat keradangan pada kawasan sendi. Keadaan ini sering dikaitkan dengan penyakit arthritis. Apatah lagi, ia boleh muncul sekiranya anda mengambil beberapa jenis makanan penyebab ngeri sendi seperti sayur yang berangin dan sebagainya. 

Keradangan yang menjadi punca sakit sendi boleh berlaku di sekitar sendi, tendon, ligamen, tulang rawan dan otot, dan ia boleh berlaku atas beberapa faktor termasuklah sejarah keluarga, faktor umur,  jantina, sejarah sakit sendi lampau serta masalah obesiti 3.

Selain mengurangkan beberapa jenis makanan yang boleh mencetuskan sakit sendi, sesetengah individu yang kerap mengalami sakit ini juga akan mengambil ubat tahan sakit untuk mengurangkan keadaan ini. Namun, ubat tersebut perlulah mendapat kebenaran daripada doktor atau mendapatkannya dari farmasi berdekatan.

Sememangnya, apa yang diambil oleh kita seharian boleh menyumbang kepada perkembangan tubuh badan. Sesetengah jenis makanan boleh merangsang keradangan dalam tubuh dan untuk mengurangkan keradangan tersebut, adalah penting untuk anda mengehadkan pengambilannya.

Di sini kami lampirkan beberapa cadangan bagaimana untuk mengurangkan keradangan atau sakit sendi melalui jenis makanan penyebab ngeri sendi yang perlu dielakkan, seperti di bawah 1:

10 Makanan Penyebab Ngeri Sendi Yang Perlu Dielak

1. Gluten dan gandum

makanan penyebab ngeri sendi

Kedua-dua makanan kategori ini menghasilkan tindak balas keradangan terutamanya bagi mereka yang mempunyai alahan kepada gluten atau gandum. Tahukah anda, terdapat banyak kajian yang mengaitkan keadaan usus bocor dengan sakit sendi?

Usus bocor adalah keadaan di mana aliran darah dimasuki oleh toksin dan kotoran melalui usus. Apabila tubuh memberi amaran dan memulakan tindak balas imun, ini sekaligus mencetuskan keradangan yang menjejaskan bahagian sendi.

Sesetengah pesakit yang mengalami sakit sendi lutut, malah juga alah dengan gluten menyatakan mereka kurang mengalami kesakitan apabila tidak mengambil dua jenis makanan ini dalam pemakanan seharian mereka 2.

2. Produk makanan berasaskan tenusu

Produk tenusu mengandungi sejenis protein yang dipanggil casein yang mengiritasi tisu di sekitar sendi dan menyebabkan terhasilnya keradangan.

Bagi mereka yang menderita penyakit ini, elakkan mengambil sumber protein daripada daging dan tenusu. Tapi, anda boleh mendapatkan sumber protein daripada sayur-sayuran dan produk vegan seperti kacang, tauhu dan bayam.

3. Minyak jagung juga salah satu makanan penyebab ngeri sendi 

Minyak jagung mengandungi jumlah asid lemak omega-6 yang tinggi, lantas boleh mencetuskan keradangan. Sebarang minyak lain yang diperbuat daripada biji seperti minyak bunga matahari, canola, cottonseed dan grapeseed juga harus dielak.

Ini termasuklah produk (barangan makanan yang dibakar dan makanan ringan) yang dihasilkan daripada biji atau dengan jumlah asid lemak yang tinggi.

4. Makanan diproses dan bergoreng

Terdapat pelbagai makanan diproses seperti ayam goreng, nugget, patty daging dan surimi makanan laut yang menjadi kegemaran masyakat di Malaysia. Semua produk makanan yang diproses ini mengandungi garam, lemak dan bahan pengawet yang boleh menyebabkan keradangan dan mungkin menjejaskan individu yang mengalami sakit sendi.

Kortikosteroid yang digunakan untuk merawat arthritis rheumatoid menyebabkan badan menyimpan lebih banyak garam, yang boleh didapati daripada makanan dalam tin dan makanan segera. 

Makanan penyebab ngeri sendi #5 Sayuran solanaceae

Sayuran solanaceae seperti terung, lada, tomato dan kentang mengandungi solanin; glycoalkaloid yang berkaitan dengan tumbuhan tertentu yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan semula jadi terhadap binatang herbivor, serangga dan penyakit.

Kompaun solanin ini boleh menghasilkan reaksi bagi penghidap arthritis dengan merosakkan tindak balas fisiologi mereka serta menyebabkan keradangan.

6. Gula makanan penyebab ngeri sendi 

makanan penyebab ngeri sendi

Tahukah anda, gula yang diproses menghasilkan cytokins iaitu sekumpulan glikoprotein, peptida dan protein yang berfungsi merangsang, mengawal keradangan, imuniti dan hematopoiesis badan?

Gula terdiri daripada pelbagai jenis, namun masyakat hanya tahu gula adalah istilah biasa yang sering digunakan dalam masakan sahaja. Antara pelbagai jenis bahan-bahan yang termasuk dalam kumpulan “gula” adalah seperti fruktosa, glukosa, sukrosa, laktosa, maltosa dan lain-lain.

Baca label dengan berhati-hati sebelum anda memutuskan untuk membeli sebarang produk. Ia bagi memastikan anda mengambil produk makanan yang kurang gula supaya dapat mengurangan keradangan di bahagian sendi. 

7. Alkohol

Alkohol juga boleh menyebabkan beberapa jenis masalah kesihatan termasuk keradangan 4. Menurut Karen Costenbader, seorang pakar reumatologi di Brigham and Women’s Hospital, Boston jumlah penggunaan alkohol yang terhad dapat mengurangkan biomarker keradangan. 

Minum terlalu banyak alkohol juga boleh meningkatkan tahap protein C-reaktif (CRP) dalam badan dan CRP dikenali sebagai isyarat yang kuat bagi keradangan 4.

8. Daging merah

Daging merah mengandungi tahap lemak tepu tinggi yang jelas menyumbang kepada obesiti dan meningkatkan keradangan. Ia juga mengandungi asid lemak omega-6 yang boleh menjejaskan sendi sekiranya pengambilan daging merah tidak dikawal.

Sesetengah individu dengan arthritis rheumatoid mendakwa mereka berasa lebih baik apabila tidak memasukkan daging merah sebagai sebahagian daripada makanan mereka.

9. Lemak dan minyak

sayur yang berangin

Tidak semua lemak dikategorikan sebagai lemak yang tidak baik kerana sesetengah lemak diperlukan oleh tubuh untuk mengimbangi diet. Tetapi untuk mengurangkan keradangan dan sakit sendi, anda perlu mengehad atau mengelakkan sesetengah lemak seperti lemak tepu, asid lemak omega-6 dan lemak trans .

Lemak tepu adalah lemak yang tetap padat pada suhu bilik dan boleh didapati dalam makanan seperti mentega, keju dan daging5.

Bagi individu yang menderita sakit sendi, mereka perlu melihat tahap kolesterol dengan mengurangkan pengambilan lemak tepu kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.

10. Aspartame

Aspartame adalah pemanis tiruan yang menggantikan gula dalam kebanyakan minuman berkarbonat dan makanan ringan serta boleh didapati dalam lebih daripada 4,000 produk di seluruh dunia.

Aspartame adalah 200 kali lebih manis daripada gula halus; menjadikannya faktor utama mengapa ia digunakan secara meluas dalam industri makanan untuk menggantikan gula.

Ia diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA), tetapi jika imun anda bertindak balas terhadapnya sebagai bahan asing, sistem imun akan mencetuskan tindak balas keradangan.

Kini, anda sudah mengetahui beberapa makanan penyebab ngeri sendi, adalah disarankan untuk anda mula mengehadkan pengambilan makanan-makanan ini dalam menu seharian. Sakit sendi yang tidak terlalu kerap berlaku boleh diatasi melalui pelbagai cara.

Salah satu cara yang paling berkesan adalah dengan mengambil ubat tahan sakit (NSAID) yang boleh merawat kesakitan sendi. Akan tetapi, jika sakit sendi yang dialami anda berlanjutan dengan terlalu lama, anda digalakkan untuk mendapat nasihat dan pemeriksaan doktor.

Jangan merana dalam diam. Semoga perkongsian ini berguna buat anda!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

10 Fakta Menarik Mengenai Sistem Pencernaan Manusia Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Sistem pencernaan manusia mempunyai peranan penting dalam menguraikan makanan dan minuman yang diambil kepada khasiat nutrien.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 31/12/2020 . 4 minit bacaan

Nutrien Penting Untuk Anak 1-3 Tahun, Ini Apa Yang Si Manja Perlukan

Dalam tumbesaran kanak-kanak, nutrien makanan adalah penting. Pengambilan jenis diet yang betul akan dapat membantu perkembangan anak secara keseluruhan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 24/12/2020 . 3 minit bacaan

Penghidap Batu Karang Buah Pinggang MESTI Kurangkan Makan Makanan Ini!

Tahukah anda, ada beberapa jenis makanan tinggi oksalat yang boleh menyebabkan batu karang buah pinggang? Apakah jenis makanan tersebut?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Batu Karang, Urologi 17/12/2020 . 3 minit bacaan

Wanita Ada Fibroid Tak Boleh Makan Makanan Bersoya: Fakta @ Auta?

Apabila bercakap mengenai masalah fibroid rahim, pasti ada yang mengaitkannya dengan pemakanan, antaranya adalah makanan yang mengandungi soya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 16/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kesan tabiat buruk pada wajah

Tak Guna Membazir Beli Produk Anti Penuaan Mahal-Mahal Jika Masih Buat Tabiat Ini…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
sumber karbohidrat punca berat badan

Elak Makan Makanan Ada Karbohidrat Sebab Takut Gemuk, Efektif Ke Cara Ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
makanan tidak berkhasiat

Memori Otak Anda Akan Lebih ‘Power’ Kalau Kurang Ambil 5 Jenis Makanan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
siku dan lutut hitam

Muka Putih Tapi Siku & Lutut Hitam? Petua Semula Jadi Ini Bantu Cerahkannya Kembali

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan