Soalan yang selalu bermain di dalam fikiran. Mengapa saya obes?
Jumlah kalori masuk dan keluar
Keseimbangan antara input dan output bergantung kepada genetik, kadar aktiviti fizikal dan metabolisme badan anda. Sifirnya adalah jika anda membakar kalori sama banyak dengan apa yang anda ambil, maka berat badan akan kekal.
Kalori lebihan yang tidak dibakar akan disimpan di dalam bentuk lemak di seluruh badan. Ia disimpan di dalam sel lemak khusus (tisu adipos) yang akan menambah saiz atau bilangan sel. Jika kalori lebihan dibakar, sel lemak akan berkurang, seterusnya mengurangkan saiz badan.
Genetik
Tidak dinafikan bahawa genetik memainkan peranan dalam obesiti. Tapi, sejauh manakah ia menyumbang?
Ia berbeza daripada seorang ke seorang. Ada yang terkesan dengan banyak dan ada juga sebaliknya. Berat badan anda mungkin berkait dengan genetik jika:
- Anda mempunyai berat badan yang tinggi dalam kebanyakan waktu dalam hidup.
- Ibu bapa dan adik-beradik anda terlebih berat badan atau obes.
- Anda masih tidak boleh menurunkan berat selepas bersenam dan mengamalkan diet rendah kalori.
Faktor makanan
Menu dan makanan yang diambil pada hari ini tidak sama dengan 20 tahun yang lalu. Lebih-lebih lagi dengan perkembangan media sosial, bermacam-macam produk makanan baru dan hipster berada di pasaran. Mungkin baik dari sudut ekonomi, tetapi bahaya dari sudut kesihatan memandangkan kebanyakan produk ini adalah tidak sihat dengan gula dan garam yang tinggi.