Bersedia Pejuang Kanser, Ini 5 Kesan Selepas Rawatan Kanser Yang Perlu Diketahui, Anda Kuat!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kita tahu tentang rawatan barah, tapi jarang untuk kita bercakap mengenai kesan kesihatan selepas rawatan.

Sempena Hari Pejuang Barah pada 7 Jun ini, jom kita ambil tahu mengenai kesannya kepada kesihatan.

Kesan kesihatan kepada pejuang barah

Selepas menjalani rawatan barah, 1 bab baharu akan bermula. 

Sesetengah pejuang barah boleh menyingkirkan kanser daripada hidupnya dan memulakan kehidupan baharu tanpa sebarang masalah kesihatan.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah bekas pesakit barah, perlu berdepan dengan cabaran fizikal yang berterusan. 

Ia mungkin wujud disebabkan kesan lewat rawatan kanser (late effect) atau turut dikenali sebagai kesan sampingan daripada rawatan barah yang dilalui.

Tidak semua pesakit kanser akan mengalami kesan sampingan ini. Jika anda mengalaminya, ia mungkin berlaku sejurus selepas rawatan atau bertahun-tahun selepas rawatan berakhir.

Dalam kebanyakan kes, lebih awal kesan sampingan rawatan barah dapat dikenal pasti, semakin mudah untuk merawatnya. 

Impak rawatan barah terhadap kesan kesihatan

Umumnya, late effect yang mungkin berlaku kepada pejuang barah adalah berbeza-beza. Ia boleh menjadi kesan ringan sehinggalah serius.

Beberapa kesan sampingan mungkin akan pulih dan hilang seiring peredaran masa seperti anemia. Namun bagi kesan seperti kerosakan saraf tertentu, ia mungkin kekal sepanjang hayat.

Tetapi apakah antara kesan sampingan yang mungkin berlaku?

Perhatikan 5 tanda kesan sampingan rawatan barah

Lebih awal anda mengenal pasti impak rawatan barah berkaitan kesihatan, lebih awal juga untuk anda dirawat.

Berikut kesan kesihatan daripada rawatan barah yang perlu diperhatikan:

  1. Pembedahan

Kesan ini bergantung kepada bahagian badan atau kawasan tempat pembedahan dilakukan. 

Tumor boleh menjejaskan tisu sihat yang sedang berkembang jika ia merosakkan atau membunuh sel normal.

Kerosakan juga boleh berlaku jika tisu sihat di sekitar tumor dikeluarkan. Ia mungkin dilakukan untuk memastikan semua sel barah dikeluarkan. 

Kesan kesihatan akibat prosedur pembedahan termasuklah:

rawatan barah

Perubahan fizikal juga boleh menyebabkan kesan emosi. Ini boleh berlaku walaupun individu lain mungkin tidak dapat melihat perubahannya.

  1. Kemoterapi

Ubat kemoterapi akan mengganggu sel-sel badan yang sedang tumbuh dengan cepat. Ia merangkumi sel-sel berkaitan rambut, kulit, kuku atau lapisan perut.

Oleh itu, rawatan kemoterapi boleh mengakibatkan wujudnya kesan sampingan sementara. 

Ini termasuk luka mulut, sakit perut, keguguran rambut atau ruam pada kulit. Biasanya kesan ini akan bertambah baik apabila tisu normal (bukan kanser) dapat dipulihkan.

Tidak semua ubat kemoterapi mempunyai kesan lewat yang sama. Ia bergantung kepada jenis ubat digunakan. 

Jumlah dos dan sama ada kemoterapi yang dilakukan bersama jenis rawatan lain juga turut memainkan peranan.

Antara kesan rawatan barah melibatkan kemoterapi adalah:

  • Keletihan
  • Kesukaran berfikiran secara fokus 
  • Menopaus awal
  • Masalah jantung
  • Keupayaan paru-paru merosot
  • Masalah buah pinggang dan kencing
  • Masalah saraf seperti kebas dan kekejangan
  • Lemah otot
  • Kanser sekunder
  • Masalah pergigian
  • Hilang pendengaran
  1. Terapi radiasi

Terapi radiasi digunakan pada bahagian badan yang terkena barah. Kesan sampingan rawatan barah biasanya berlaku pada bahagian yang dirawat.

Dalam sesetengah kes, rawatan mungkin merangkumi tisu yang sihat. Ia bertujuan untuk memastikan semua barah telah dirawat.

Rawatan akan tertumpu pada bahagian yang sama setiap kali prosedur dijalankan. Namun, ada masanya, sinaran radiasi mungkin tersebar.

Antara kesan kesihatan daripada terapi radiasi adalah:

  • Katarak
  • Keletihan
  • Mulut kering
  • Keguguran rambut secara kekal
  • Masalah dengan kelenjar tiroid atau adrenal
  • Ketidaksuburan
  • Menghentikan atau memperlahankan pertumbuhan tulang pada kanak-kanak
  • Kepekaan kulit meningkat terhadap pendedahan cahaya matahari
  • Masalah dengan ingatan atau keupayaan untuk belajar
  • Kanser sekunder seperti kanser kulit

5-kesan-kesihatan-selepas-rawatan-kanser

  1. Kelesuan 

Kelesuan atau keletihan secara fizikal adalah kesan sampingan paling biasa selepas rawatan barah. Adakalanya ia boleh menjejaskan mental dan emosi individu.

Anda mungkin tidak mempunyai tenaga untuk melakukan perkara penting untuk diri. Namun ia boleh diatasi secara perubatan.

Punca keletihan merangkumi masalah fizikal seperti kesakitan, tekanan, anemia atau kesan sampingan rawatan. 

Adakalanya ia juga melibatkan kesan emosi seperti masalah kemurungan. Terdapat juga situasi apabila penyebab keletihan tidak dapat dikenal pasti.

  1. Cabaran semasa

Rawatan barah juga boleh memberikan kesan sampingan dalam perjalanan kehidupan melibatkan aktiviti harian anda.

Ini termasuklah:

  • Kesukaran untuk bekerja kerana masalah fizikal atau emosi
  • Perubahan hubungan dengan insan tersayang, ahli keluarga atau rakan
  • Menjejaskan keyakinan diri
  • Kesukaran untuk mendapatkan insurans kesihatan atau nyawa
  • Kesukaran berkomunikasi tentang kebimbangan diri
  • Tekanan kewangan

5-kesan-kesihatan-selepas-rawatan-kanser

Ada kesan sampingan bermula ketika masih dalam rawatan barah dan berterusan sehingga selesai. Terdapat individu yang tidak mengalami sebarang kesan setelah bertahun-tahun rawatan berakhir.

Kenal pasti sebarang simptom dan berundinglah dengan pakar atau berbincang dengan pejuang barah lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

9 Perkara Ini PERLU Anda ELAK Ucapkan Pada Pesakit Kanser! Bertimbang Rasa, Please

Sama seperti insan lain, individu dengan penyakit barah juga mempunyai hati dan perasaan. Jangan lafazkan 9 perkara ini jika anda menziarahi mereka, okay?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kanser Payudara, Kanser 21/09/2020 . 3 minit bacaan

Ambil Tahu Tentang Rawatan Kanser Payudara, Buat Persediaan Dengan Lebih Awal

Pelbagai cara yang boleh doktor lakukan untuk merawat kanser payudara. Sebagai contoh, pesakit boleh lakukan rawatan kanser payudara seperti pembedahan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kanser Payudara, Kanser 17/09/2020 . 6 minit bacaan

Jenis Rawatan Untuk Pesakit Kanser Dan Kesan Sampingan Yang Boleh Terjadi

Rawatan kanser, contohnya proses kemoterapi mempunyai matlamat dan kesan yang tersendiri terhadap fizikal dan emosi pesakit.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kanser 17/09/2020 . 5 minit bacaan

Apa Itu Kanser : Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

Penyakit kanser atau barah sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Ketahui apa itu kanser, simptom, punca dan bila anda perlu berjumpa doktor.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kanser 17/09/2020 . 6 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sakit pada payudara selepas menopaus

Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
makanan penambah tenaga

Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
hpv adalah

Bukan Alat Sulit Sahaja, Mulut Pun Boleh Dijangkiti HPV? Tolong Waspada 9 Tanda Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
pembengkakan prostat

Kerap Buat Seks Mungkin Boleh Cegah Kanser Prostat! – Berita Baik Atau Palsu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan