Malahan terdapat sesetengah jenis bra yang diperbuat daripada bahan sintetik dan boleh menyebabkan bahagian sekitar payudara mengalami peluh yang berlebihan.
Apabila anda mengalami peluh secara berlebihan, ia boleh menyebabkan tidur anda terganggu dan anda akan kerap terjaga pada waktu malam.
Menurut Penulis buku Sleep Smarter, Shawn Stevenson, tidur tanpa memakai pakaian boleh membantu menurunkan suhu badan.
Secara asasnya, suhu badan anda akan berkurangan atau seimbang sekiranya anda tidur dengan membuka baju atau tidur tanpa memakai coli.
Jadi mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk tidak memakainya ketika waktu tidur malam nanti.
-
Meningkatkan kualiti tidur
Kebanyakan reka bentuk bra, sama ada berdawai atau tidak, dicipta untuk memenuhi keperluan aktiviti harian yang aktif. Namun tidak pada waktu berehat atau tidur.
Malahan ada coli yang ketat sehingga membuatkan anda berasa sesak nafas dan menjadi tidak selesa sewaktu tidur. Ketidakselesaan itu boleh mengakibatkan anda mengalami masalah tidur atau gangguan berkaitan tidur yang lain.
Kesannya?
Anda tidak akan mendapat masa tidur yang berkualiti dan badan anda tidak akan dapat berehat dengan sebaiknya. Maka tidur tanpa memakai coli pastinya jalan penyelesaian terbaik bagi memberikan keselesaan ketika tidur.
-
Mengurangkan risiko jangkitan kulit
Seharian memakai coli akan mengganggu peredaran udara pada liang kulit yang dilindungi. Apabila anda sentiasa memakai bra, kulit akan mengalami kesukaran untuk menyerap udara.
Keadaan ini sekali gus akan mewujudkan persekitaran lembap yang kondusif sehingga menyebabkan risiko untuk berlakunya pembiakan bakteria yang berbahaya. Sudah tentu kewujudan bakteria boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit sehingga menimbulkan kegatalan.

-
Mengurangkan risiko penyumbatan limfa
Bentuk coli yang terlalu ketat boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan pada payudara anda. Sekiranya anda memakai bra seperti ini ketika tidur, anda cenderung menyebabkan penyumbatan limfatik.
Penyumbatan ini berlaku disebabkan oleh pembentukan cecair dalam nodus limfa axillary yang terletak pada bahagian ketiak. Kelenjar-kelenjar ini berfungsi untuk melawan jangkitan badan, kemasukan bahan-bahan asing yang berbahaya dan sel-sel kanser.
Malahan dikatakan tidur tanpa coli akan dapat mengelakkan gangguan pada fungsi-fungsi organ badan penting berkaitan kelenjar limfa seperti hati.
Mengikut keselesaan
Apa yang boleh disimpulkan, pakai bra ketika tidur tidak akan menyebabkan sebarang risiko kanser payudara. Ia hanyalah sekadar mitos yang menjadi kepercayaan semata-mata.
Sama ada anda ingin memakai coli ketika tidur atau tidak, ia adalah bergantung kepada keselesaan anda. Cuma elakkan daripada memilih coli yang terlalu ketat, okay?