Nak Elak Kanser Serviks? Jangan Takut Untuk Buat Ujian Pap Smear! Ini Apa Yang Terjadi Ketika Ujian

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Ujian papanicolaou atau lebih dikenali sebagai ujian pap smear merupakan satu bentuk saringan bagi mengesan kanser serviks.

Memandangkan kanser serviks merupakan kanser ke-4 lazim didiagnosis pada wanita (global), ujian ini boleh membantu meningkatkan kualiti hidup mereka melalui pengesanan dan rawatan awal.

Pada tahun 2018 sahaja, kira-kira 570,000 kes baharu kanser serviks telah didiagnosis di seluruh dunia.

Apa yang lebih menyedihkan kadar kematian berada pada angka 274,000 setahun menjadikan ia kanser kedua dengan kadar kematian tertinggi dalam populasi wanita.

Apabila seorang doktor perubatan Yunani, Georgios Papanikolaou, telah memperkenalkan ujian pap smear pada tahun 1940-an, ia telah merevolusikan rawatan dan pencegahan bagi kanser serviks.

Penggunaan kaedah saringan ini telah berjaya menurunkan insiden bagi kanser serviks sebanyak 50%.

Ini merupakan satu perkembangan yang menakjubkan!

Jika anda berminat dan ingin tahu berkenaan dengan ujian pap smear dengan lebih lanjut, teruskan membaca.

Situasi kanser serviks di Malaysia dan kekerapan ujian pap smear

Di Malaysia, khidmat ujian saringan bagi mengesan dan merawat kanser serviks pada peringkat awal telah pun wujud sejak tahun 1960-an.

Walaupun kerajaan telah mempromosikan khidmat pap smear secara agresif, kadar kematian di hospital kerajaan akibat kanser serviks adalah setinggi 10.5% (pada tahun 1998, 119 kematian).

Ia merupakan kanser kedua terlazim dalam kalangan wanita di Malaysia dengan kadar insiden setinggi 12.9% berbanding dengan kanser lain.

Wanita yang berisiko untuk mendapat kanser serviks kebiasaannya adalah mereka yang tidak pernah membuat ujian saringan atau yang melakukan ujian tersebut lebih dari 3 tahun sekali.

Saranan umur bagi melakukan ujian ini berbeza mengikut kajian terkini berkaitan dengan aktiviti jangkitan virus human papilloma virus (HPV).

Di Malaysia, mereka yang kerap terlibat dengan hubungan seks atau berusia di antara 20 hingga 65 tahun disarankan untuk menjalani ujian saringan ini.

2 sampel awal perlu dilakukan pada kekerapan setahun sekali. Jika kedua-duanya negatif (normal), anda disarankan untuk membuat ujian pap smear 3 tahun sekali.

Ujian saringan ini tidak boleh dilakukan ketika wanita mengalami pendarahan haid atau nifas.

Teknik pengambilan sampel sel pada serviks

ujian pap smear

Walaupun prosedur ujian pap smear tidak selesa bagi sesetengah wanita, namun pengambilan sampel dilakukan dalam masa yang singkat.

Sebelum anda menjalani ujian pap smear, anda akan dinasihatkan supaya tidak melakukan hubungan seks atau menggunakan sebarang ubat-ubatan di dalam faraj.

Perkara penting bagi doktor yang mengambil sel serviks adalah untuk memastikan jumlah sampel mencukupi untuk dianalisis.

Tumpuan utama adalah zon transformasi yang terletak pada serviks (kawasan di mana terdapat perubahan pada jenis sel pada permukaan serviks).

Oleh itu, penting bagi doktor untuk melihat dengan sebaiknya struktur anatomi serviks anda sebelum mengambil sampel.

Anda mungkin berminat:

Virus HPV gemarkan kawasan tersebut. Maka pengambilan sampel daripada zon transformasi boleh memberikan penilaian yang tepat terhadap perubahan sel untuk mengetahui risiko anda mendapat kanser.

Doktor akan menggunakan peralatan yang dikenali sebagai berus serviks bagi mengambil sampel sel daripada permukaan serviks anda.

Peralatan lain seperti spekulum dan spatula juga mungkin menjadi pilihan.

Jangan risau, doktor akan menerangkan langkah prosedur tersebut secara terperinci kepada anda.

Keputusan ujian pap smear dan apa langkah seterusnya?

kanser serviks

Berbeza dengan keputusan lain yang mungkin boleh diperolehi dalam masa beberapa jam/hari, laporan ujian pap smear hanya boleh diambil selepas beberapa minggu.

Proses pemeriksaan perlu dilakukan secara teliti. Ia bagi memastikan tiada tanda, tidak kira sekecil mana pun, terlepas daripada pandangan mata pegawai perubatan makmal.

Walau bagaimanapun, keputusan tersebut akan diberikan kepada anda dengan kadar segera.

Ia boleh menunjukkan sama ada status normal atau tidak normal.

Jika anda mendapat keputusan tidak normal, sampel tisu akan diambil bagi memeriksa struktur sel sebelum diagnosis kanser serviks boleh dibuat.

Ujian darah akan diambil dan sejarah kesihatan anda akan direkodkan selengkapnya bagi memastikan semua faktor telah dapat dikesan.

Bergantung kepada keputusan pemeriksaan sampel tisu, ujian diagnostik menggunakan modaliti pengimejan (X-ray, CT scan dan MRI) bergantung kepada tahap kanser dan situasi klinikal semasa.

Jika diagnosis lengkap telah diperolehi, doktor anda akan membincangkan perihal rawatan bagi tahap kanser serviks anda.

Konklusi

Setiap wanita, termasuk yang aktif beraktiviti seksual atau berusia di antara 20 hingga 65 tahun perlu menjalani ujian pap smear berkala.

Ujian ini boleh membantu mengesan kanser serviks pada peringkat awal supaya rawatan boleh diberikan dengan kadar segera.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jangan Sangka Kanser Prostat Hanya Boleh Berlaku Pada Lelaki, Wanita Pun Berisiko?

Apa itu kanser prostat adalah sejenis kanser yang banyak terjadi kepada kaum lelaki. Persoalannya, wanita pun boleh terkena? Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kanser, Kanser Prostat 26/10/2020 . 3 minit bacaan

Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

Terdapat mitos berkaitan kanser serviks yang berlegar-legar dalam kalangan masyarakat. Tetapi sejauh manakah kebenaran mitos tersebut?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kanser, Kanser Serviks 26/10/2020 . 3 minit bacaan

Darah Haid Boleh Berwarna Oren & Kelabu? Hati-hati, Ini Petanda Masalah Kesihatan!

Mestilah warna darah haid merah, kan? Tapi benarkah darah haid hanya berwarna merah? Jaga-jaga, warna berbeza petanda masalah kesihatan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 22/10/2020 . 3 minit bacaan

Menghidap Kanser Prostat, Jangan Takut Untuk Buat Saringan Awal & Diagnosis Ini

Kanser pada kelenjar prostat adalah kanser kedua terlazim didiagnosis di seluruh dunia. Ketahui cara dan prosedur yang dijalankan bagi mendiagnosisnya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kanser, Kanser Prostat 22/10/2020 . 6 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

Selalu Mengalami Keputihan Berwarna Coklat Sebelum Haid, Ini Petanda Kanser Serviks?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 13/11/2020 . 3 minit bacaan
penyebab kanser kolon

Kanser Kolon, Pembunuh Senyap Yang Berbahaya? Awasi Penyebab Sebenar Ia Berlaku!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 13/11/2020 . 3 minit bacaan
hubungan intim jangkitan HPV

MENGEJUTKAN! Tanpa Hubungan Intim Pun Anda Boleh Terkena HPV, Anak Dara Turut Berisiko!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
rawatan penyakit HPV

Sejenis Cendawan Dikatakan Boleh Merawat HPV? Jangan Terlambat Untuk Ambil Vaksin!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/11/2020 . 3 minit bacaan