home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Keguguran Rambut

Definisi|Simptom-simptom|Punca|Faktor-faktor Risiko|Diagnosis dan Rawatan|Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Keguguran Rambut

Masalah keguguran rambut bukan sahaja boleh memberikan kesan kepada kulit kepala anda, ia juga membuatkan penghidapnya menjadi kurang yakin dengan diri sendiri. Ada banyak punca keguguran rambut, antaranya ialah keturunan, perubahan hormon, keadaan medikal dan pengambilan ubat-ubatan.

Malah, sesiapa sahaja tidak kiralah lelaki, wanita dan kanak-kanak boleh mengalami masalah keguguran rambut.

Definisi

Apakah Masalah Keguguran Rambut?

Masalah keguguran rambut boleh muncul dalam pelbagai cara, bergantung dengan puncanya.

Ia boleh datang secara tiba-tiba atau secara perlahan. Tidak dinafikan, keguguran rambut boleh memberikan kesan yang negatif pada kulit kepala dan seluruh badan.

Malah masalah keguguran rambut juga boleh bersifat sementara ataupun kekal.

Apakah Kebarangkalian Menghidap Keguguran Rambut?

Keguguran rambut merupakan sesuatu yang lazim dan boleh mempengaruhi pesakit dalam setiap lapisan usia.

Namun, masalah keguguran rambut boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor anda untuk informasi lanjut.

Simptom-simptom

Apakah Simptom-simptom Masalah Keguguran Rambut?

masalah keguguran rambut

Simptom biasa untuk keguguran rambut ialah:

  • Rambut mulai menipis. Dalam kalangan lelaki, rambut biasanya mula berkurangan dari dahi dalam garisan yang menyerupai huruf M.
  • Muncul tompok-tompok botak. Beberapa pesakit akan mengalami tompok botak yang licin dan bersaiz sebesar syiling. Dalam beberapa kes, kulit kepala mungkin akan menjadi gatal atau sakit sebelum rambut mulai gugur.
  • Rambut longgar secara tiba-tiba. Kejutan fizikal atau emosi boleh mengakibatkan rambut longgar. Rambut lebih mudah tercabut ketika disikat atau mandi.
  • Keguguran rambut seluruh badan. Beberapa bentuk rawatan seperti kimoterapi bagi kanser, boleh menyebabkan kehilangan rambut.
  • Tompokan bersisik yang merebak seluruh kepala. Ini ialah gejala kurap (ringworm). Ia boleh disertai rambut yang rosak, kemerahan, bengkak, dan, kadangkala, rembesan.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor sekiranya mengalami simptom seperti berikut:

  • Tekanan emosi disebabkan keguguran rambut.
  • Kehilangan rambut sercara tiba-tiba atau secara bertompok.

Sekiranya anda mengalami mana-mana punca atau simptom disenaraikan di atas atau mempunyai persoalan, ajukan pada doktor anda.

Setiap orang mempunyai tindak balas berbeza terhadap masalah keguguran rambut. Oleh sebab itu, berbincanglah dengan doktor tentang apa yang terbaik bagi situasi anda.

Punca

Apakah Punca Keguguran Rambut?

masalah keguguran rambut

Punca keguguran rambut masih lagi belum difahami. Walau bagaimanapun, ia biasanya berkaitan dengan satu atau dua dari faktor berikut:

  • Sejarah keluarga (keturunan): punca utama yang menyebabkan kehilangan rambut ialah masalah keturunan.
  • Perubahan dan ketidakseimbangan hormon boleh mengakibatkan keguguran rambut sementara.
  • Keadaan medikal: Kehilangan rambut juga boleh berlaku disebabkan jangkitan kulit kepala, masalah kulit dan masalah (disorder) menarik rambut.
  • Ubatan: kehilangan rambut mungkin berlaku disebabkan ubatan yang digunakan untuk merawat kanser arthritis, deressi, masalah jantung, tekanan darah tinggi dan kawalan kelahiran. Pengambilan terlalu banyak vitamin A juga boleh mengakibatkan keguguran rambut.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko Masalah Keguguran Rambut?

Ada banyak faktor risiko keguguran rambut, seperti:

  • Sejarah keluarga;
  • Usia
  • Nutrisi yang kurang;
  • Beberapa keadaan medikal, seperti diabetes dan lupus;
  • Stres (tekanan).

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Keguguran Rambut didiagnosis?

Sekiranya anda mengesyaki bahawa anda mungkin mengalami keguguran rambut, pengamal perubatan anda akan pertama bertanyakan mengenai simptom anda dan sejarah kesihatan keluarga.

Kemudian, doktor akan mencadangkan beberapa ujian dan prosedur bagi diagnosis, termasuklah:

  • Ujian darah: ini boleh membantu mengenalpasti keadaan medikal berkaitan keguguran rambut seperti penyakit tiroid.
  • Ujian tarikan rambut: doktor akan menarik perlahan beberapa helai rambut bagi melihat berapa banyak akan tertanggal bagi penentuan tahapan proses penanggalan.
  • Biopsi kulit kepala: doktor and akan menggores sampel dari kulit atau dari beberapa helaian rambut dicabut dari scalp bagi menguji akar rambut untuk ujian infeksi.
  • Mikroskopi ringan. Doktor anda akan menggunakan alatan khas untuk menguji rambut yang dipotot pada pangkalnya bagi mendedahkan sebarang disorder pada batang rambut.

Bagaimana pesakit Keguguran Rambut dirawat?

Rawatan bagi beberapa jenis keguguran rambut boleh didapati. Walau bagaimanapun, beberapa keadaan keguguran rambut adalah kekal, manakala beberapa lagi hanyalah sementara.

Bergantung dengan keadaan anda, doktor akan mencadangkan pengambilan ubat-ubatan, pembedahan, terapi laser, dan penggunaan rambut palsu atau aksesori rambut sebagai rawatan.

Matlamatnya adalah untuk menggalakkan pertumbuhan rambut, melambatkan serta menyembunyikan keguguran rambut.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya lakukan untuk Masalah Keguguran Rambut?

masalah keguguran rambut

Gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi keguguran rambut:

  • Ambil diet yang seimbang dari segi nutrisi.
  • Elakkan gaya rambut yang ketat seperti tocang, sanggul, dan ikat belakang.
  • Elakkan pemulasan kompulsif, menggosok atau menarik rambut anda.
  • Basuh rambut anda dengan lembut dan jangan menggosok terlalu keras. Gunakan sikat bergigi jarang bagi mengelakkan dari rambut anda ditarik.
  • Jauhi rawatan rambut yang kasar seperti gulungan panas, seterika ikal, rawatan minyak panas, dan pengekalan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hair-loss/symptoms-causes/syc-20372926
  2. https://www.aad.org/public/diseases/hair-loss/causes/18-causes
  3. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/16921-hair-loss-in-women
  4. https://dermnetnz.org/topics/hair-loss/
  5. https://www.aafp.org/afp/2017/0915/p371.html
Gambar penulis
Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela pada 19/04/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x