Kanser Payudara Bukan Penamat Hidup – Pejuang Barah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Setiap kali mendapat perkhabaran mengenai seseorang individu yang dikenali menghidapi kanser payudara, pastinya akan terjentik di hati rasa simpati. Tapi apa pula yang dirasakan oleh mereka yang berjuang melawan barah tersebut? Ikuti perkongsian berikut.

Melawan 3 jenis kanser

Walaupun diuji dengan berita mengejutkan apabila disahkan menghidap tiga jenis kanser dalam tempoh tiga tahun, Wan Musfirah Aimi Wan Supian yang kini berusia 34 tahun, tidak patah semangat.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini menghidapi serangan kanser secara berterusan, bermula dengan kanser payudara dan diikuti kanser paru-paru. Dan kini masih bertarung melawan kanser tulang pinggul yang berada pada tahap empat dengan melakukan rawatan kemoterapi.

Dia hanya mendapat tahu menghidap kanser payudara ketika berusia 30 tahun selepas mengalami sakit di bahagian ketiak. Selepas membuang sel barah itu, dia didiagnosis menghidap kanser paru-paru. Ini disebabkan sel penyakit itu sudah merebak ke organ berkenaan walaupun selepas sebulan pembedahan dilakukan. 

Rawatan yang dilakukan untuk merawat ketiga-tiga barah dihadapi menyebabkannya kini disahkan menopaus pada usia muda. Namun itu semua tidak mematahkan semangatnya dan masih tetap positif mengharapkan agar dapat bebas sepenuhnya daripada kanser tulang pinggul.

“Saya sedar gaya hidup seimbang adalah penting. Penjagaan pemakanan dan bersenam dapat membantu menghindari kanser. Walau apa pun, kanser bukan pengakhiran hidup. Kita harus berusaha melawannya,” ujar Wan Musfirah.

Tidak mengira jantina

Tidak menyangka akan mengalami kanser payudara, apatah lagi penyakit ini hanya dikaitkan dengan golongan wanita. Itulah yang dirasai oleh Mohd Zullaimy Muhammad, sembilan tahun lalu, apabila didiagnosis dengan kanser payudara tahap empat. Mati, hanya itu terlintas di fikiran.

Menurut bapa yang kini berusia 52 tahun, dia hanya membuat pemeriksaan doktor apabila benjolan pada bahagian payudaranya berubah menjadi sebesar duit syiling 50 sen dan kesakitan yang perit mula dirasai. 

Atas nasihat pakar perubatan, dia melakukan prosedur membuang sebelah payudara bagi mengelakkan sel kanser daripada terus merebak. Selepas menjalani rawatan kemoterapi selama enam bulan beserta rawatan radioterapi, dia memilih untuk mengubah gaya hidup yang lebih sihat dan aktif.

Zullaimy menasihati semua individu tidak kira lelaki mahupun wanita untuk mengamalkan gaya hidup sihat serta sentiasa berwaspada dengan sebarang kelainan pada payudara. Jika berasakan sebarang perbezaan, lakukan pemeriksaan dengan segera.

Cuba pelbagai rawatan

Didiagnosis dengan kanser payudara di usia muda pada tahun 2011, wanita ini tidak menafikan kanser yang dialami banyak mengajarnya tentang pelbagai perkara. 

Mendapat perkhabaran mengenai kanser ini selepas beberapa bulan melahirkan anak, Murni Hafiza Mohd Zamri yang kini berusia 34 tahun tidak menyangka ketulan kecil di payudara kanan adalah petanda penyakit berbahaya. 

Selepas pemeriksaan, dia disahkan menghidap kanser payudara dan disaran untuk melakukan pembedahan segera. Walau bagaimanapun, dia memilih untuk melakukan kaedah rawatan perubatan Islam dan mengambil ubat-ubatan berasaskan herba tradisional tanpa melibatkan pembedahan.

Pelbagai usaha dan cara dilakukan, namun semakin hari sel barah semakin merebak. Keadaan ini berlanjutan sehingga seluruh payudaranya membengkak dan mengeluarkan darah. Akhirnya dia tekad untuk melakukan prosedur mastektomi untuk membuang sebelah payudara. 

Setelah lapan tahun berlalu, beliau kini disahkan bebas kanser dan bergiat aktif dalam persatuan bebas yang membantu pesakit-pesakit kanser. Wanita ini juga turut mengamalkan gaya hidup sihat secara sederhana. 

Jangan ambil mudah

Konklusinya di sini, tidak kira lelaki mahupun wanita, jangan pernah memandang remeh pada sebarang perubahan pada payudara anda. Lakukan pemeriksaan awal. Jika anda memilih untuk melakukan rawatan alternatif, tidak salah. Tetapi jangan sampai anda kaedah perubatan moden terutamanya berkaitan dengan masalah kesihatan yang boleh mengancam nyawa. 

Dalam masa yang sama, amalkan gaya hidup yang sihat dan seimbang. Lakukan aktiviti fizikal. Mencegah itu sesungguhnya lebih baik daripada merawat. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tahap & Dua Jenis Kanser Payudara Yang Ditakuti Kaum Hawa, Anda WAJIB Tahu Ini

    Kanser payudara boleh bermula pada mana-mana bahagian di buah dada wanita mengikut tahap dan jenis. Pesakit mungkin rasa sakit pada payudara sebelah kiri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kanser, Kanser Payudara 17/09/2020 . 5 minit bacaan

    Apa Itu Kanser Payudara: Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

    Penyakit kanser ataupun barah payudara merupakan kanser nombor 1 dalam kaum wanita. Statistik mencatatkan 1 daripada 19 orang wanita menghidap kanser.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kanser, Kanser Payudara 17/09/2020 . 6 minit bacaan

    Ibu Hidap Barah Payudara, Bolehkah Menyusukan Bayi? Ada Sebarang Kesan Pada Si Manja?

    Barah payudara bukanlah titik pengakhiran untuk anda. Lagi-lagi jika ada anak kecil yang masih menyusu badan. Boleh ke terus menyusu? Jawapannya di sini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kanser Payudara Sinonim Dengan Wanita, Tapi Remaja Perempuan Berisiko Juga Ke?

    Sekiranya anda seorang remaja perempuan, anda mungkin berasa bimbang akan risiko mendapat barah payudara. Persoalannya, bolehkah remaja mendapat kanser itu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kanser, Kanser Payudara 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan bakteria

    Payudara Kemerahan & Sakit? Mungkin Sebab Jangkitan Bakteria! AWAS, Boleh Ancam Nyawa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/12/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit wanita

    Penyakit Tak Mengenal Jantina, Ada 7 Sakit Orang Perempuan Boleh ‘Hinggap’ Pada Lelaki

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/12/2020 . 3 minit bacaan
    bulan kesedaran kanser payudara

    Kenapa Berhenti Jalani Rawatan Kanser Payudara Ketika Pandemik? Jom Sokong Kempen #UnPause!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan