Gabungan Keytruda dan Kemoterapi Bantu Pesakit Kanser Paru-Paru dengan Lebih Berkesan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Merck, Sharp & Dohme (Malaysia) Sdn Bhd (MSD) telah melancarkan Keytruda (pembrolizumab), salah satu komponen untuk rawatan gabungan diantara imunoterapi dan kemoterapi yang pertama di Malaysia bagi tujuan rawatan kanser paru-paru peringkat lanjut (Peringkat 3 dan 4). Rawatan gabungan ini telah terbukti untuk mengurangkan kadar kematian akibat kanser paru-paru dengan peratusan sebanyak 50% berbanding rawatan kemoterapi semata-mata. Keytruda telah diluluskan untuk 14 petunjuk bagi 11 jenis kanser di seluruh dunia dan diluluskan di Malaysia untuk 8 tanda-tanda bagi 5 jenis tumor, menjadikannya terapi rawatan immuno-onkologi yang paling luas di negara ini.

Bermula pada tahun 2016, Keytruda telah diluluskan untuk monoterapi dalam second-line treatment untuk kanser paru-paru Peringkat 3. Kemudian dalam tahun yang sama, ianya diluluskan sebagai monoterapi untuk rawatan utama kanser paru-paru peringkat lanjut. Keberkesanan kaedah ini telah menjadikannya diluluskan sebagai monoterapi bagi rawatan first-line dan second-line bagi kanser pundi kencing pada tahun 2018.

Keytruda adalah terapi anti-PD-1 yang berfungsi dengan meningkatkan kebolehupayaan sistem imun tubuh badan untuk mengesan dan melawan sel tumor. Keytruda adalah antibodi monoklonal manusia yang menghalang interaksi diantara PD-1 dengan PD-L1 dan PD-L2 yang kemudiannya mengaktifkan T lymphocytes yang akan bertindak mengesan kehadiran sel tumor dan melawannya.

Rawatan ini telah tersedia untuk pesakit kanser paru-paru sel tidak kecil atau non-squamous non-small cell lung cancer (NSCLC), iaitu jenis kanser yang merangkumi 85% sehingga 90% kes kanser paru-paru. Gabungan Keytruda dan kemoterapi telah menjadi first-line treatment atau kaedah rawatan pilihan utama oleh ahli onkologi untuk pesakit yang didiagnosis dengan kanser paru-paru di tahap yang lewat setelah ianya diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah pada bulan Oktober 2018.

Kaedah rawatan gabungan yang baharu diantara Keytruda dan kemoterapi ini seiring dengan usaha untuk membantu pesakit kanser paru-paru untuk terus bertahan memandangkan kanser paru-paru adalah diantara kanser yang paling kerap di dunia dan merupakan jenis kanser yang mempunyai survival rate yang terendah dengan hanya 1 sehingga 5 tahun jangkaan hayat berbanding jenis kanser yang lain. Di Malaysia, kanser paru-paru adalah kanser ketiga paling kerap dimiliki oleh pesakit dengan anggaran 10 rakyat Malaysia meninggal dunia setiap hari akibat kanser paru-paru.

Kira-kira 10 sehingga 15 tahun yang lepas, hanya kaedah kemoterapi yang digunakan bagi merawat pesakit yang mempunyai kanser paru-paru. Namun apabila Keytruda ini telah dihasilkan dan digabungkan bersama kemoterapi sebagai kaedah rawatan utama, ianya membantu pesakit yang didiagnosis dengan kanser pada waktu yang lewat untuk memiliki tempoh survival rate yang agak tinggi berbanding dengan menggunakan kaedah kemoterapi sahaja.

Keytruda telah dilancarkan di Hilton Kuala Lumpur pada 18 Januari 2019 dengan dihadiri oleh beberapa pakar onkologi Malaysia iaitu Dr. Tho Lye Mun, Perunding Onkologi Klinikal yang berkhidmat di Sunway Medical Centre; Dr. Matin Mellor Abdullah, Perunding Onkologi Klinikal dan ahli radioterapi di Subang Jaya Medical Centre serta Dr. Murallitharan Munisamy, Pengarah Perubatan di National Cancer Society Malaysia.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    9 Perkara Ini PERLU Anda ELAK Ucapkan Pada Pesakit Kanser! Bertimbang Rasa, Please

    Sama seperti insan lain, individu dengan penyakit barah juga mempunyai hati dan perasaan. Jangan lafazkan 9 perkara ini jika anda menziarahi mereka, okay?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kanser Payudara, Kanser 21/09/2020 . 3 minit bacaan

    Apa Itu Kanser : Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

    Penyakit kanser atau barah sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Ketahui apa itu kanser, simptom, punca dan bila anda perlu berjumpa doktor.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kanser 17/09/2020 . 6 minit bacaan

    Bagaimana Nak Tahu Jika Alami Kanser Kulit Melanoma? Ini Cara Periksa Sendiri Di Rumah

    Anda nampak tahi lalat pelik pada badan anda? Jaga-jaga, itu mungkin tanda kanser kulit. Kesan kanser melanoma melalui 2 kaedah mudah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Kanser Kulit 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    ‘Wakanda Selamanya!’, 4 Tahun Mendiang Chadwick Boseman Berjuang Melawan Kanser Kolon

    Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan pemergian Chadwick Boseman akibat kanser kolon. Jom ikuti artikel ini untuk tahu bahaya kanser jenis ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kanser Kolorektal, Kanser 02/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    hpv adalah

    Bukan Alat Sulit Sahaja, Mulut Pun Boleh Dijangkiti HPV? Tolong Waspada 9 Tanda Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    Hanya Ada Satu Paru-paru Dalam Tubuh Badan, Boleh Atau Tidak Hidup Secara Normal?

    Hanya Ada Satu Paru-paru Dalam Tubuh Badan, Boleh Atau Tidak Hidup Secara Normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
    pembengkakan prostat

    Kerap Buat Seks Mungkin Boleh Cegah Kanser Prostat! – Berita Baik Atau Palsu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan