- Testikel yang bersaiz lebih kecil daripada purata saiz testikel
- Pembesaran tisu buah dada
- Kurangnya bulu dikawasan badan dan wajah
- Tanda-tanda yang sama dengan sindrom Klinefelter
Hypogonadism sering dirawat dengan terapi penggantian testosteron dan ia sering berlaku semasa proses akil baligh.
Kajian pada tahun 2013 menunjukkan bahawa testikel yang sedikit lebih kecil dikaitkan dengan kualiti pemupukan yang lebih baik dalam kalangan bapa. Manakala saiz testikel yang lebih kecil dan tahap testosteron yang berkurangan dikaitkan dengan tahap penjagaan dan pengasuhan oleh ahli keluarga sebelah bapa yang lebih tinggi. Sekiranya anda mendapati sebarang pembengkakan di bahagian testikel anda, segeralah berjumpa dengan doktor. Pembesaran testikel yang lebih besar dalam kalangan orang dewasa boleh memberi petanda kanser testis atau masalah kesihatan yang lain.
Bilakah testis mula dan berhenti membesar?
Testis lelaki adalah sebesar 1 sentimeter padu sebaik dilahirkan dan kekal dengan saiz tersebut sehinggalah testikel mula membesar ketika berumur 8 tahun. Ia akan membesar secara berterusan sehinggalah ia mencapai saiz dewasa ketika dalam tempoh akil baligh. Semasa akil baligh, bulu akan mula tumbuh di bahagian skrotum dan sekitar kemaluan. Testis cenderung untuk membesar dengan kadar yang sama walaupun satu testis mungkin akan membesar dengan saiz yang lebih besar atau mengambil lebih masa berbanding testis yang lain. Ia juga adalah normal sekiranya salah satu testis tergantung lebih rendah berbanding testis yang lain.
Bolehkah testis mengecut?
Seiring dengan usia, penghasilan testosteron cenderung untuk menurun memandangkan testikel mula untuk menjadi lebih kecil. Ini dikenali sebagai atrofi testis (testicular atrophy). Perubahan ini berlaku secara berperingkat dan mungkin tidak disedari. Apabila ia berlaku, ia tidak merisikokan kesihatan individu. Tahap testosteron yang lebih rendah boleh mendorong kepada pengurangan libido dan jisim otot yang lebih rendah. Tetapi ianya merupakan sebahagian daripada proses penuaan yang bersifat normal. Walau bagaimanapun, sesetengah masalah kesihatan boleh menyebabkan atrofi testis seperti penyakit-penyakit STD, beguk, tuberkulosis atau trauma terhadap testis.
Faktor-faktor lain yang tidak merisikokan kesihatan termasuklah suhu yang lebih sejuk yang boleh menyebabkan pengecutan terhadap skrotum dan testis. Apabila terdedah kepada suhu atau air sejuk, testikel akan tertarik kearah tubuh melalui mekanisme yang dipanggil sebagai cremasteric retraction. Ia berlaku kerana testikel cuba untuk mengekalkan suhu tertentu yang bersesuaian untuk penghasilan sperma. Suhu tersebut perlulah sedikit rendah berbanding suhu purata tubuh badan. Oleh sebab itu, testikel cenderung untuk tergantung lebih jauh dari tubuh. Apabila terdedah dengan air sejuk atau suhu yang sejuk, otot cremaster menarik testis kearah badan untuk mendapatkan suhu yang lebih hangat.
Bagaimanakan cara untuk mengetahui sekiranya satu testis lebih besar dari yang lain?
Satu testis yang besar hanya mempunyai perbezaan saiz dengan margin yang kecil. Seseorang individu tidak berasa sebarang kesakitan apabila duduk, berdiri atau bergerak. Selain itu, seseorang individu turut tidak mempunyai sebarang pembengkakan walaupun satu testis bersaiz lebih besar. Testikel juga mempunyai bentuk seperti telur berbanding sfera and ianya licin tanpa sebarang ketulan atau biji. Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mendapati sebarang ketulan di sekitar testikel anda.
Bagaimana untuk mengenalpasti testis yang sihat?
Testicular self-exam (TSE) boleh membantu anda mempelajari bagaimana keadaan testis anda dan mengenalpasti sebarang ketulan, kesakitan, kelembutan dan perubahan di satu atau kedua-dua testis. Skrotum anda sepatutnya berada dalam keadaan longgar, bukannya tertarik atau mengecut apabila anda hendak melakukan TSE. Ikuti langkah seperti dibawah untuk menjalankan TSE:
- Gunakan jari dan ibu jari untuk menggerak-gerakkan testikel anda dengan lembut. Jangan mengerak-gerakkannya dengan cara yang terlalu kasar.
- Dikawasan permukaan keseluruhan satu testis, periksa jika terdapat sebarang ketulan atau benjolan, perubahan saiz, kelembutan atau kawasan yang terasa sakit.
- Rasa dibahagian bawah skrotum untuk memeriksa epididimis, satu tiub yang bersambung dengan testikel yang menyimpan sperma. Ia sepatutnya berasa seperti sekumpulan tiub.
- Ulangi langkah yang sama bagi testikel yang lain.
- Anda dinasihatkan untuk melakukan TSE sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sebulan.
Apakah masalah yang memberi kesan terhadap testis?

- Hydrocele
Hydrocele berlaku apabila cecair yang berlebihan terkumpul di bahagian rongga di sekitar testikel. Ia biasanya wujud ketika dilahirkan, tetapi boleh juga terhasil kesan daripada sebarang kecederaan atau keradangan. Simptom hydrocele termasuklah:
- Pembengkakan testikel yang semakin disedari dari hari ke hari
- Kesakitan didalam skrotum
- Rasa berat didalam skrotum
Hydrocele kebiasaannya tidak memerlukan rawaan melainkan ia bersaiz besar atau sakit. Kebanyakannya akan hilang dengan sendiri, tetapi bagi kes yang parah akan memerlukan pembuangan melalui pembedahan. Bagi kanak-kanak, hydrocele mungkin tidak memerlukan rawatan dan ia mungkin akan sembuh dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, sekiranya ia terjadi dalam kalangan individu dewasa, ia mungkin menunjukkan kemungkinan kejadian kanser.
- Kilasan testis (testicular torsion)
Kilasan testis bermaksud testikel berputar atau berpusing didalam skrotum. Kejadian ini akan menyebabkan kord spermatik menghalang bekalan darah, fungsi saraf dan pergerakan sperma ke bahagian skrotum. Simptom kilasan testis termasuklah:
- Sakit di bahagian skrotum yang teruk
- Pembengkakan di bahagian testikel
- Sakit dibahagian bawah badan
- Berasa mual
- Muntah-muntah
- Rasa seperti testikel tidak berada di tempat yang sepatutnya
- Kerap kencing daripada biasa
Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan kilasan testis, antaranya:
- Kecederaan di bahagian skrotum
- Bersenam dengan terlalu lama atau terlalu kuat
- Terdedah kepada suhu yang sejuk
- Pergerakan bebas testikel didalam skrotum disebabkan oleh faktor genetik
Doktor boleh merawat kilasan testis dengan cara menggerakkan testis dengan tangan. Sesetengah kes mungkin memerlukan pembedahan untuk mengembalikan semula kedudukan kord spermatik. Dapatkan rawatan dengan serta merta sekiranya terjadi kilasan testis memandangkan ianya adalah keadaaan kecemasan perubatan.
- Orchitis
Orchitis adalah testikel yang meradang atau membengkak. Sepertimana epididimitis, orchitis disebabkan oleh penyakit jangkitan seksual. Simptom-simptom orchitis termasuklah:
- Kelembutan dan kesakitan di bahagian testikel
- Testikel yang membengkak
- Demam
- Berasa mual
- muntah-muntah
Jangkitan virus dan bakteria sperti mump boleh menyebabkan orchitis. Kombinasi ubat-ubatan antibiotik atau antivirus selain ubat anti keradangan boleh mengurangkan rasa ketidakselesaan dan kesakitan dan orchitis biasanya akan sembuh dalam masa 7 hingga 10 hari.
- Hypogonadism
Hypogonadism berlaku apabila tubuh tidak menghasilkan testosteron dengan mencukupi. Ia disebabkan oleh masalah testikel atau otak tidak merangsang hormon untuk tujuan penghasilan dengan baik. Simptom hypogonadism bergantung mengikut tahap umur:
- Kanak-kanak: Alat kemaluan tidak jelas samada ia lelaki atau perempuan dan kemungkinan terdapat kedua-dua alat kemaluan
- Remaja:
- Kurang pertumbuhan otot
- Kurang bulu dibahagian badan
- Suara yang tidak garau
- Pertumbuhan lengan dan kaki yang tidak seimbang dengan bahagian tubuh yang lain
- Dewasa:
- Kurang kesuburan
- Kehilangan bulu badan
- Pembesaran tisu buah dada
- Kehilangan ketumpatan tulang
- Tidak mendapat ereksi
Hypogonadism kebiasaannya dirawat dengan terapi penggantian hormon. Ia dituju samada dibahagian otak atau testikel, bergantung kepada dimana sumber penghasilan testosteron yang rendah.
- Kanser testis
Kanser testis berlaku apabila sel kanser berganda didalam tisu testis. Ia biasanya bermula di dalam struktur tiub testikel yang membantu penghasilan sperma. Simptom kanser testis termasuklah:
- Benjolan atau ketulan didalam testikel anda
- Rasa berat di bahagia skrotum
- Cecair didalam skrotum
- Sakit di bahagian testikel
- Sakit belakang atau sakit badan
- Tisu buah dada yang membengkak
Kadangkala, doktor boleh membuang tisu yang terkesan dengan sel kanser sahaja. Terdapat juga kes dimana keseluruhan testikel perlu dibuang melalui pembedahan. Terapi radiasi atau kemoterapi juga berkesan membuang sel kanser.