Kadangkala, pasangan suami isteri mungkin sudah mula bosan dengan hubungan di kamar tidur kalian bukan? Akibat daripada itu, pelbagai posisi seks ganas akan mula dicari dan dicuba, namun kena ingat juga bahawa bukan semua itu sesuai!
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Kadangkala, pasangan suami isteri mungkin sudah mula bosan dengan hubungan di kamar tidur kalian bukan? Akibat daripada itu, pelbagai posisi seks ganas akan mula dicari dan dicuba, namun kena ingat juga bahawa bukan semua itu sesuai!
Bagi mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.
Untuk pengetahuan anda semua, seks ganas merupakan aktiviti seksual yang berteraskan kepada kefahaman sadomasochism di mana ia membabitkan kepuasan daripada rasa sakit dan malu.
Kefahaman ini turut berkait rapat dengan BDSM – bondage, domination, sadism dan masochism.
Para peminat dan pelaku seks ganas cenderung menggunakan pelbagai peralatan seperti tali, gari, pita pelekat, kostum serta alat permainan seks untuk tujuan foreplay atau roleplay yang unik.
Dari sudut sains, rasa sakit dan malu yang dirasakan ketika seks ganas dilakukan mampu memicu pengeluaran hormon ‘gembira’ sekali gus membuat mereka memilih aktiviti seksual seperti ini.
Dalam pada itu, wujud beberapa posisi seks ganas yang pasangan suami isteri mungkin telah cuba, bergantung kepada minat dan selera masing-masing. Persoalannya, adakah semua posisi itu sesuai?
Apabila berbicara tentang kehidupan di ranjang, posisi seks suami isteri adalah antara aspek yang sangat penting. Jika ia serupa sahaja pada setiap malam, sudah tentu anda juga bakal bosan.
Lanjutan di atas, berikut beberapa posisi seks ganas yang popular khas buat pasangan suami isteri:
Dalam masa yang sama, posisi-posisi di atas itu tadi mungkin bakal berlangsung bersama dengan penggunaan peralatan lain termasuk tali, gari, pita pelekat, kostum dan alat permainan seks.
Inilah yang akan membuat posisi di atas menjadi ‘ganas’ sekali gus tidak sesuai buat semua individu!
Sebenarnya, posisi seks ganas mungkin tidak salah andai mahu dirasai dan dinikmati oleh kalian sebagai pasangan suami isteri yang sah. Namun, wujud risiko tersembunyi yang tertentu.
Sebagai contoh paling utama, posisi-posisi yang akan memerlukan lebih usaha dan tenaga itu ada risiko untuk memicu kecederaan sama ada pada alat sulit atau bahagian tubuh badan lain.
Bayangkan kalau kalian salah cara, tentu sahaja hubungan di kamar tidur itu boleh mendatangkan kesakitan, kemalangan dan kecederaan bukan? Maka, anda perlu lebih waspada dengannya!
Bukan setakat pada fizikal, mental anda atau pasangan terutama maruah isteri punya risiko untuk tercalar gara-gara perlakuan seksual di luar tabii seperti seks anal yang agak tidak senonoh.
Konklusi daripada artikel ini, seks ganas itu mungkin tidak salah selagi ia tidak melanggar hukum- hakam dalam aspek agama, budaya dan kepercayaan masing-masing. Apa yang paling penting, sila sentiasa berbincang dan berkomunikasi tentang kehidupan di ranjang bersama pasangan anda!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen