6 Simptom yang Anda Tidak Boleh Ambil Mudah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 09/11/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Kadangkala, anda tidak tahu bilakah seharusnya anda pergi berjumpa doktor. Kebanyakan orang tahu mereka perlu ke hospital dengan segera jika mengalami sakit dada teruk, badan lemah secara tiba-tiba, pening kepala, atau mata menjadi kabur. Tapi bagaimana anda ingin membezakan antara simptom yang kelihatan seperti proses penuaan normal dan keadaan kesihatan yang mungkin lebih serius?

Kelewatan dalam mendapatkan rawatan mungkin boleh menjejaskan proses pemulihan jika anda benar-benar menghidap penyakit.

Dalam banyak keadaan yang anda alami, jangan abaikan 6 simptom berikut.

1. Hilang berat badan tanpa dirancang

Jika berat anda turun tanpa mengubah pemakanan atau gaya hidup, anda mungkin memerlukan pemeriksaan terutamanya jika melebihi 5 kg. Kita akan lebih cenderung untuk naik berat apabila semakin berumur. Oleh itu, penurunan berat badan boleh jadi petanda kepada keadaan yang serius. Kanser, masalah kelenjar tiroid, penyakit seliak, dan jangkitan seperti HIV atau hepatitis C boleh menjadi puncanya.

2. Tahi lalat berubah warna

Jangan sesekali anda mengabaikan tahi lalat yang berubah warna, bentuk, dan saiz. Paling baik ialah untuk menjalani pemeriksaan kulit oleh pakar kulit sekali setahun. Kanser kulit ialah kanser yang agak kerap berlaku dan tanda pada kulit sering diabaikan.

3. Tidur berlebihan

Bukan sahaja kurang tidur, terlebih tidur juga mungkin petanda kepada masalah kesihatan khususnya jika melebihi 9 jam sehari. Ia mungkin disebabkan oleh depresi, radang kronik, atau penyakit saraf multiple sclerosis. Satu keadaan yang disebut sebagai narkolepsi juga boleh menyebabkan tidur berlebihan.

4. Batuk berterusan

Batuk berterusan lebih daripada 2 bulan bukan satu perkara yang normal walaupun bagi perokok. Pemeriksaan harus dijalankan untuk mengenal pasti keadaan kesihatan yang mungkin ada seperti asma, penyakit refluks asid, atau bahkan kanser paru-paru.

5. Sakit di bahagian bawah kanan abdomen

Sakit perut atau abdomen ialah perkara yang biasa tetapi apabila ia berlaku di bahagian khusus, ia mungkin disebabkan oleh keadaan yang serius. Apendiks kebiasannya bermula dengan rasa sakit di sekeliling pusat tetapi boleh berpindah ke bahagian bawah kanan abdomen. Jika lambat mendapatkan rawatan, apendiks mungkin boleh pecah.

6. Sakit kronik

Sakit anda dikira sebagai kronik jika ia berlarutan setiap hari sehingga 12 minggu atau rasa sakit tersebut mengganggu aktiviti harian anda. Punca kepada rasa sakit itu perlu dikenal pasti dan dirawat.

Badan anda sentiasa berkomunikasi dengan anda melalui tanda dan simptom yang ada. Namun, kadangkala kita tidak memahami bahasa tersebut dan mengabaikannya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy

    Artikel lain untuk anda

    penyakit skizofrenia

    4 Daripada 10 Ribu Rakyat Malaysia Menghidap Skizofrenia! Hentikan Stigma Pada Mereka

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/11/2019 . 3 minit bacaan
    susah tidur

    Ketagihan Permainan Video

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 04/11/2019 . 2 minit bacaan
    alahan laktosa

    Benarkah Susu Mentah Mengurangkan Simptom Alahan Laktosa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 20/02/2019 . 2 minit bacaan
    jus lemon

    Jus Lemon Bagus Untuk Menghalang Pembentukan Batu Karang Tapi AWAS Jangan Berlebihan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 30/04/2018 . 2 minit bacaan