3. Anda sedang mengambil ubat-ubatan tertentu
Ubat-ubatan juga boleh menyebabkan bibir bergerak-gerak. Pergerakan otot secara tiba-tiba ini boleh menjadi kesan sampingan pelbagai jenis ubat, antaranya kortikosteroid.
Jika anda mengalami masalah ini dalam jangka masa yang panjang, ia mungkin disebabkan pengambilan diuretik dan juga ubat hormon seperti estrogen.
Sekiranya anda mempunyai masalah ini, berbincanglah dengan doktor mengenai rawatan yang bersesuaian.
4. Kekurangan potassium
Salah satu punca bibir atas bergerak-gerak ialah kekurangan potassium dalam badan. Mineral ini merupakan sejenis elektrolit yang membantu membawa signal saraf dalam badan.
Kekurangan potassium boleh menyebabkan kekejangan berlaku dengan lebih kerap.
Cara termudah untuk mengelakkan masalah ini adalah dengan mengambil lebih banyak makanan yang kaya dengan potassium seperti:
- Buah-buahan kering
- Kekacang
- Kentang
- Bayam
- Brokoli
- Avokado
- Pisang
Baca juga:
5. Tahap kalsium yang rendah dalam badan

Selain potassium, tahap kalsium yang rendah dalam badan juga boleh menyebabkan kawasan atas bibir bergerak-gerak.
Dalam kalangan wanita hamil, kekurangan kalsium merupakan satu kondisi yang biasa.
Ketika mengandung, kebanyakan kalsium yang ibu terima akan disalurkan kepada fetus, terutamanya pada trimester terakhir.
6. Bell’s palsy penyebab bibir atas bergerak

Bell’s palsy merupakan sejenis kondisi neurologikal yang menyebabkan sebelah kawasan muka menjadi lumpuh.
Antara simptom Bell’s palsy ialah mata yang jatuh ke bawah dan stuktur otot yang lemah pada sebelah muka. Pesakit yang menghidap kondisi ini juga sering mengalami ketegangan otot pada kawasan yang terjejas.
Oleh sebab itu, bibir mereka mungkin akan bergerak secara tiba-tiba.
Sehingga hari ini, pakar masih lagi belum pasti apakah yang menyebabkan penyakit ini. Namun, ia dipercayai berkaitan dengan jangkitan virus herpes oral.
Kesimpulan
Kebanyakan kes bibir bergerak secara tiba-tiba selalunya tidak berbahaya. Ia juga akan hilang dengan sendirinya, lebih-lebih lagi jika ia berkait rapat dengan pengambilan kafein, stres atau anxiety.
Sekiranya simptom yang anda alami menjadi semakin teruk, dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin. Jangan lupa, diagnosis awal merupakan kunci kesembuhan. Jika dikesan awal, doktor dapat membekalkan ubat-ubatan yang bersesuaian dengan kondisi anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen