Pada peringkat awal, polip hidung mungkin tidak akan menunjukkan sebarang simptom.
Namun, selepas ia membesar, anda mungkin akan alami masalah hidung tersumbat, batuk, pening kepala dan kehilangan deria rasa serta bau.
Polip hidung juga boleh menghalang pernafasan. Individu yang menghidap alahan rinitis kronik lebih berisiko mengalami polip hidung.
Polip selalunya tidak mendatangkan bahaya terhadap kesihatan. Namun, simptom boleh dikurangkan sekiranya polip dibuang atau dikecilkan.
4. Tulang hidung bengkok (deviated septum)
Tulang hidung merupakan sejenis tulang rawan yang membahagikan hidung kita kepada 2 bahagian yang berbeza.
Walau bagaimanapun, sesetengah orang tidak mempunyai saiz lubang hidung yang sama disebabkan tulang hidung yang bengkok atau menyenget.
Ini boleh menyebabkan kesukaran bernafas dan hidung tersumbat pada lubang yang terjejas. Malah, kadangkala hingus sukar untuk keluar disebabkan saiznya yang kecil.
5. Hidung tersumbat tapi tidak selsema disebabkan merokok

Bahan kimia dalam rokok boleh menyebabkan keradangan pada lapisan mukus dalam hidung.
Setiap kali anda merokok, keradangan tersebut akan menjadi semakin serius. Oleh sebab itu, individu yang kerap merokok akan lebih kerap mengalami masalah hidung tersumbat.
6. Ada halangan dalam hidung
Masalah ini mungkin jarang berlaku dalam kalangan orang dewasa. Ia lebih berisiko dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai tabiat menolak mainan atau apa-apa sahaja objek kecil ke dalam hidung masing-masing.
Jika anak anda mengadu sakit hidung atau hidung tersumbat tapi tidak selsema, cuba periksa. Mana tahu, ada mainan ‘tersimpan’ di dalamnya!
Apa yang anda perlu lakukan sekiranya ada mainan tersangkut dalam hidung anak? Jom, ikuti tip kami di bawah:
Tip membuang objek dari hidung anak:
- Jangan panik. Tenangkan anak dan minta mereka bernafas melalui mulut.
- Suruh anak duduk.
- Periksa hidung anak. Bolehkah anda nampak mainan yang tersangkut?
- Jika ya, minta anak hembus objek tersebut keluar.
- Jika objek tidak keluar, gunakan penyepit untuk buang objek tersebut dari hidung anak.
- Jika tidak boleh, jumpa doktor secepat mungkin.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen