backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ini Punca Kenapa Pelipat Lutut Anda Selalu Sakit, Yang Aktif Sukan Selalu Kena No. 6!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 08/12/2023

    Ini Punca Kenapa Pelipat Lutut Anda Selalu Sakit, Yang Aktif Sukan Selalu Kena No. 6!

    Pernahkah anda mengalami situasi di mana urat pelipat lutut terasa sakit sewaktu anda cuba duduk atau ingin berdiri? Sakit pelipat belakang lutut ini boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai punca. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, anda boleh semak info lengkap di bawah ini. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.

    Punca sakit pelipat belakang lutut

    Lutut terdiri daripada beberapa bahagian seperti ligamen, otot, dan tendon yang menghubungkan setiap sendi dan tulang.

    Untuk pengetahuan anda, lutut merupakan bahagian sendi terbesar pada tubuh badan manusia sekali gus mempunyai risiko kecederaan yang paling tinggi berbanding sendi-sendi lain.

    Rasa sakit setiap kali anda cuba melipatkan kaki dan lutut boleh menyukarkan aktiviti seharian anda.

    Ini antara punca dan cara menghilangkan sakit pelipat belakang lutut.

    #1. Terseliuhsakit pelipat belakang lutut

    Terseliuh kaki berlaku apabila terdapat kecederaan pada jaringan yang menghubungkan tulang dan juga sendi.

    Ia berpunca daripada ligamen kaki yang rosak atau tercedera. Ia boleh berlaku apabila lutut anda terkehel dengan keras.

    Jika terus dibiarkan, ia boleh menyebabkan komplikasi lanjutan lain yang bukan sahaja menyakitkan, tetapi juga menyukarkan pergerakan.

    Segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. 

    #2. Sindrom jalur iliotibial

    Jika anda seorang yang aktif terlibat dengan aktiviti berbasikal, risiko anda untuk mengalami sindrom jalur iliotibial adalah sangat tinggi.

    Sindrom ini terjadi apabila jaringan ligamen pada bahagian luar paha bergesel dengan tulang belakang lutut.

    Lama-kelamaan, geselan tersebut boleh mengakibatkan iritasi dan pembengkakan yang menyebabkan rasa sakit pada belakang lutut

    #3. Punca sakit pelipat belakang lutut: Keradangan sendi atau artritis

    Artritis atau keradangan sendi boleh berlaku apabila terdapat kerosakan secara bertahap pada rawan kaki.

    Terdapat dua jenis artritis yang boleh menyebabkan rasa sakit pelipat lutut iaitu artritis reumatoid dan juga osteoartritis.

    Artritis reumatoid berlaku apabila sistem imun tubuh menyerang sendi lutut yang sihat.

    Manakala osteoartritis pula merupakan penyakit degeneratif sendi yang selalu terjadi pada mereka yang menghidap obesiti dan juga warga emas. 

    #4. Kekejangan kaki

    Siapa sahaja yang tidak pernah mengalami kekejangan kaki. Ia berlaku apabila otot dan saraf kaki menegang disebabkan oleh beberapa faktor.

    Namun, mereka yang mempunyai gangguan saraf kaki, penyakit hati, dan juga jangkitan tetanus lebih berisiko tinggi untuk mengalami kaki kejang.

    sakit pelipat belakang lutut

    Jika anda mengalami kaki kejang, gunakan kompres air panas untuk melegakannya dengan segera. 

    #5. Punca sakit pelipat belakang lutut: Jumper’s knee

    Antara punca lain sakit pelipat lutut ialah Jumper’s knee. Ia adalah sejenis kecederaan yang berlaku pada tendon yang menghubungkan tempurung lutut dan juga tulang betis.

    Ia sering berlaku apabila anda melakukan lompatan atau penukaran arah kaki secara tiba-tiba.

    Memandangkan pergerakan seperti ini boleh menyebabkan koyakan pada tendon, tidak pelik jika ia boleh menyebabkan rasa sakit pada belakang pelipat lutut. 

    #6. Kecederaan otot hamstring

    sakit pelipat belakang lutut

    Untuk pengetahuan anda, hamstring merupakan sekumpulan otot yang berada pada belakang paha anda.

    Jika ia ditarik terlalu jauh, otot boleh tercedera disebabkan ketegangan berlebihan. Malah ia boleh menyebabkan otot menjadi koyak.

    Kecederaan seperti ini biasa berlaku pada mereka yang terlibat dengan sukan larian pantas seperti bola sepak, kriket dan lain-lain lagi.

    Proses penyembuhan kecederaan ini boleh memakan masa sehingga berbulan-bulan lamanya. 

    Kesimpulan

    Enam penyakit di atas ini merupakan antara punca utama yang menyebabkan anda mengalami kesakitan pada bahagian pelipat lutut.

    Kebanyakannya adalah kecederaan yang berkaitan dengan sukan atau kecederaan ringan pada otot kaki. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 08/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan