backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Selalu Gatal Dubur Pada Waktu Malam? Ini 7 Punca Gatal Di Punggung Yang Anda Alami!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 15/11/2022

    Selalu Gatal Dubur Pada Waktu Malam? Ini 7 Punca Gatal Di Punggung Yang Anda Alami!

    Dubur gatal seperti ada cacing? Aduh, tak selesanya! Gatal di punggung merupakan satu masalah yang sangat memalukan. Ia boleh membuatkan kita rasa tidak selesa, sukar tidur malam dan tidak senang duduk.

    Rasa macam nak garu, tetapi, ia hanya akan buatkan kegatalan menjadi semakin serius!

    Sebenarnya, ada banyak punca gatal di punggung, terutamanya di kawasan dubur.

    Walau bagaimanapun, bukan semuanya boleh dikesan oleh doktor. Antara punca yang lazim ialah masalah kesihatan atau diet harian. Penyakit kulit juga boleh menjadi punca kegatalan ini.

    Jadi, buat pembaca yang ingin tahu punca sebenar kegatalan yang dialami, mari ikuti penerangan kami dalam artikel di bawah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan, anda juga boleh klik di sini.

    Simptom gatal di punggung atau dubur

    gatal di punggung

    Walaupun masalah ini bukanlah sesuatu yang asing, namun ramai orang lebih gemar mendiamkan diri daripada berjumpa doktor jika mempunyai masalah gatal dubur.

    Gatal di kawasan punggung, juga dikenali sebagai pruritus ani, boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Malah, dianggarkan hampir 1-5% daripada masyarakat sering diganggu dengan kegatalan ini.

    Lelaki mempunyai risiko sebanyak 4 kali ganda untuk mengalami gatal dubur berbanding wanita.

    Antara simptom pruritus ani ialah:

    1. Kegatalan di sekitar dubur.
    2. Rasa pedih.
    3. Kesakitan daripada bekas garu.
    4. Kulit menjadi tebal di kawasan dubur.

    Apakah punca gatal di punggung?

    Ada banyak punca yang boleh menyebabkan kegatalan di kawasan dubur. Walau apapun yang terjadi, jangan sesekali garu kawasan dubur kerana ia boleh menyebabkan luka-luka kecil. Malah, kegatalan juga akan menjadi semakin serius jika anda gemar menggaru.

    Di bawah, kami senaraikan beberapa penyebab kegatalan yang anda alami:

    1. Penggunaan sabun atau losyen yang tidak sesuai

    Kawasan dubur merupakan antara bahagian badan yang sangat sensitif. Sabun wangi, bedak, losyen dan krim adalah beberapa contoh produk yang boleh mencetuskan reaksi alahan.

    Malah, ada juga yang alami kegatalan jika tidak mencuci kawasan tersebut dengan bersih. Penggunaan tisu tandas yang mempunyai pewangi atau tuala yang kasar juga boleh mendatangkan kesan yang sama.

    2. Tidak basuh betul-betul

    dubur gatal seperti ada cacing

    Jika anda tidak membasuh punggung dengan teliti selepas membuang air besar, tinja yang tertinggal boleh menyebabkan kegatalan dan rasa pedih.

    Selain itu, anda juga berisiko untuk mengalami kegatalan jika anda mempunyai masalah sembelit atau cirit birit.

    Untuk pastikan kawasan dubur sentiasa bersih, basuh dengan air dan lap sehingga kering menggunakan tisu atau tuala.

    3. Anda menghidap penyakit kulit

    Kadangkala, penyakit kulit tertentu boleh menjadi penyebab kegatalan yang anda alami.

    Contohnya dermatitis atau psoriasis. Kedua-dua penyakit ini boleh menyebabkan kegatalan pada mana-mana kawasan badan termasuklah dubur.

    4. Buasir punca gatal di punggung

    Buasir membuatkan penghidapnya sukar untuk mencuci kawasan dubur dengan sempurna.

    Malah, ia juga boleh menyebabkan pendarahan dan juga dubur yang bocor (inkontinens tinja). Perkara ini jugalah yang menyebabkan pesakit alami kegatalan.

    5. Jangkitan yis

    Jangkitan yis yang berlaku disebabkan Candida albicans boleh menyebabkan dubur gatal seperti ada cacing. Yis merupakan sejenis kulat yang boleh berlaku pada vagina atau dubur.

    Pengambilan antibiotik boleh membunuh yis dan menghentikan pembiakan kulat.

    Namun, wanita yang mengandung, sedang mengambil pil perancang atau menghidap diabetes lebih berisiko untuk mengalami jangkitan yis.

    Jangkitan ini juga boleh merebak melalui seks termasuklah seks oral.

    Baca juga:

    6. Gatal di punggung kerana dubur terkoyak

    Jika anda alami kegatalan pada kawasan dubur, mungkin ada koyakan yang berlaku di kawasan tersebut.

    Jika anda terpaksa meneran disebabkan sembelit ketika membuang air besar, dubur boleh alami koyakan. Sebab itulah, anda rasa pedih dan sakit. Sama jugalah jika anda cirit-birit dalam satu tempoh masa yang panjang.

    7. Jangkitan cacing kerawit

    gatal di punggung

    Cacing kerawit, juga dikenali sebagai Enterobiasis, merupakan salah satu jangkitan cacing yang paling lazim di dunia.

    Ia boleh disebarkan dari individu ke individu lain jika tinja telah memasuki saluran pencernaan. Antara simptom yang paling lazim ialah kegatalan di kawasan dubur terutamanya pada waktu malam.

    Jika anda mempunyai masalah ini, dapatkan rawatan daripada doktor secepat mungkin. Ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor sangat berkesan untuk melawan sebarang kegatalan yang berlaku disebabkan cacing kerawit.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 15/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan