Kadangkala, ada di antara kita yang sering rasa ‘sesemut’ di hujung jari, terutamanya ketika baru bangun tidur atau ketika melakukan kerja dalam satu masa yang panjang. Tetapi, apakah sebenarnya punca kebas hujung jari tangan?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Kadangkala, ada di antara kita yang sering rasa ‘sesemut’ di hujung jari, terutamanya ketika baru bangun tidur atau ketika melakukan kerja dalam satu masa yang panjang. Tetapi, apakah sebenarnya punca kebas hujung jari tangan?
Ada banyak punca yang boleh menyebabkan kebas pada kawasan hujung jari. Selain pengaliran darah yang terhalang, sebarang kecederaan pada kawasan saraf juga boleh menyebabkan tangan kita menjadi kebas.
Walau bagaimanapun, rasa kebas ini hanyalah sementara dan akan hilang dengan sendirinya. Namun, jika ia berlaku dengan kerap, berjumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Ia mungkin menandakan penyakit yang lebih serius seperti diabetes atau sindrom terowong karpus (carpal tunnel).
Jadi, apakah punca kebas hujung jari tangan? Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan lebih lanjut mengenai kondisi-kondisi yang boleh menyebabkan anda alami sesemut di kawasan jari.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.
Jari yang kebas boleh mendatangkan masalah dalam kehidupan seharian. Ia membuatkan anda sukar untuk memegang sesuatu objek dengan baik atau rasa tangan ‘tidak cukup kuat’ untuk melakukan pergerakan tertentu.
Tetapi, apakah punca jari tangan selalu kebas? Antara kondisi yang boleh menyebabkan masalah ini ialah:
Sindrom terowong karpus atau carpal tunnel syndrome merupakan satu kondisi yang boleh menyebabkan rasa kejang pada kawasan jari atau pergelangan tangan. Carpal tunnel berlaku apabila salah satu saraf pada kawasan tangan terhalang atau termampat.
Pergerakan yang berulang-ulang seperti menggunakan peralatan tertentu, menggunakan papan kekunci, sering memandu dan sebagainya boleh menyebabkan sindrom terowong karpus. Selalunya, simptom akan menjadi semakin serius pada waktu malam.
Jika tidak dirawat, sindrom ini akan menjadi semakin teruk. Sebab itulah, individu yang mempunyai masalah ini perlu didiagnosis secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.
Satu kondisi yang dikenali sebagai neuropati diabetes boleh menyebabkan kawasan kaki dan tangan menjadi kebas. Menurut kajian, hampir 50% individu yang menghidap diabetes akan mengalami masalah ini.
Tidak dinafikan, diabetes merupakan salah satu punca jari kebas. Malah, penyakit ini juga boleh menjadi masalah yang berpanjangan terhadap kesihatan anda, lebih-lebih lagi jika anda gagal mengawal kadar gula dalam darah dengan efektif.
Selain itu, neuropati diabetes juga boleh menyebabkan kesakitan. Berjalan pun boleh membuatkan pesakit yang menghidap neuropati diabetes rasa sakit. Malah, ada juga yang akan rasa pedih ketika disentuh walaupun secara perlahan.
Baca juga:
Sindrom terowong kubital atau cubital tunnel syndrome merupakan ‘adik beradik’ kepada carpal tunnel. Walau bagaimanapun, cubital tunnel akan memberi kesan pada jari kelingking. Carpal tunnel pula akan membuatkan ibu jari, jari telunjuk dan tengah sukar untuk dikawal.
Sindrom ini berlaku apabila saraf ulnar pada kawasan dalam siku terluka atau dijangkiti.
Menurut American Society for Surgery of the Hand, individu yang mempunyai masalah ini mungkin akan mengalami kesukaran untuk menggenggam objek. Mereka juga akan alami kekejangan pada jari kelingking.
Jika anda suka bersukan, lebih-lebih lagi melakukan aktiviti yang melibatkan pergelangan tangan, anda berisiko untuk mengalami kecederaan seperti terseliuh atau tulang retak. Semua ini boleh menjadi punca kebas hujung jari tangan.
Kadangkala, jari anda boleh terseliuh atau patah disebabkan trauma atau luka ketika bersenam. Mereka yang sering mengangkat berat sangat berisiko untuk mengalami kecederaan jenis ini.
Strok merupakan sejenis kondisi yang berlaku apabila ada bahan asing menghalang pengaliran darah ke beberapa bahagian otak. Ia juga boleh berlaku apabila pembuluh darah dalam otak pecah. Akibatnya, bahagian otak yang terkesan akan mati.
Serangan strok merupakan satu kecemasan dan perlu dibawa ke hospital secepat mungkin. Tanpa rawatan yang sewajarnya, strok boleh menyebabkan masalah kekal pada otak dan mengakibatkan kecacatan.
Bukan itu sahaja, strok juga boleh menjadi punca kebas hujung jari tangan. Malah, ada juga yang akan mengalami kesukaran untuk menggerakkan jari selepas terkena serangan strok.
Ada beberapa bentuk rawatan yang boleh dilakukan untuk mereka yang mengalami masalah kebas pada hujung jari:
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen