Bilakah Masa Sesuai Untuk Tidur?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Arghhh…mengantuknya. Mata dah terkatup separuh, tapi jam baru pukul 9 malam. Macam awal lagi je nak tidur. Hmmm… tapi macam mana nak tahu masa yang sesuai untuk masuk tidur?

Tidak menentu

Berapa lama anda tidur semalam dan malam sebelumnya? Anda mungkin tidak menyedarinya, tetapi mendapat waktu rehat yang mencukupi adalah sangat penting untuk kesihatan anda secara keseluruhan.

Bangun pada waktu yang tetap setiap hari, adalah satu perkara biasa. Namun, persoalan “Bilakah masanya untuk melelapkan mata?”, sering kali berbeza bergantung kepada gaya hidup sosial, jadual kerja, keperluan keluarga, atau hanya akan berlaku apabila anda berasa letih dan mengantuk.

Walau bagaimanapun, jika anda tahu bilakah masa untuk anda bangun dan anda sedar jumlah rehat yang anda perlukan untuk dapat melakukan tugasan harian pada tahap yang terbaik, jadi anda perlu tahu bila masanya untuk anda masuk tidur

Tidur yang diperlukan

Keperluan setiap individu berbeza, tetapi tempoh 7+ jam adalah waktu yang disarankan untuk individu dewasa sihat. Remaja dan kanak-kanak pula memerlukan waktu rehat yang lebih berbanding individu dewasa untuk mengelakkan wujudnya masalah kekurangan waktu tidur

Tidur siang adalah idea terbaik untuk membantu kanak-kanak mendapatkan jumlah rehat yang diperlukan berdasarkan kategori usia. Berikut adalah jadual waktu rehat yang disarankan dan mungkin boleh dijadikan panduan berdasarkan usia anda serta ahli keluarga.

Usia dan jumlah waktu tidur

  • Baru lahir (0-3 bulan) – 14 hingga 17 jam
  • Bayi (4-12 bulan) – 12 hingga 16 jam
  • Kanak-kanak (1-2 tahun) – 11 hingga 14 jam
  • Prasekolah (3 hingga 5 tahun) – 10 hingga 13 jam
  • Sekolah rendah (6 hingga 12 tahun) – 9 hingga 12 jam
  • Remaja (13 hingga 18 tahun) – 8 hingga 10 jam
  • Dewasa (18 hingga 64 tahun) – 7 hingga 9 jam
  • Dewasa berusia (65 tahun ke atas) – 7 hingga 8 jam

Berdasarkan waktu yang disaran, tambahan dan pengurangan tempoh sejam adalah masalah yang dikira sebagai normal. Jika anda boleh terjaga secara semula jadi sebelum jam loceng anda berbunyi, sebaiknya anda terus bangun untuk mengelakkan daripada emosi anda terjejas. 

Anda dinasihatkan untuk tidak kembali melelapkan mata walaupun untuk beberapa minit. Tindakan anda itu hanya akan membuatkan anda berasa letih. Takut dari beberapa minit, terlajak jadi beberapa jam, haaa…naya!

Kiraan waktu

Waktu untuk melelapkan mata adalah bergantung kepada:

  1. Waktu anda bangun
  2. Melengkapi lima atau enam kali kitaran tidur 90-minit
  3. Memberikan 15 minit masa untuk berasa mengantuk

Kitaran 90-minit

Ringkasnya kitaran ini adalah mengenai apa yang dilakukan otak sewaktu anda memejamkan mata. Semasa tidur, otak akan melalui pelbagai corak aktiviti. Ia adalah berdasarkan gerakan mata yang berbeza dan aktiviti otot. Malahan saintis telah mengenal pasti pergerakan ini dan membahagikannya kepada dua kategori kitaran tidur utama: rapid-eye-movement (REM) sleep dan non-rapid-eye-movement (NREM) sleep.

Lima tahap

Sewaktu proses kitaran in berlangsung, terdapat lima tahap yang akan dilalui otak:

  1. Otak mula memperlahankan fungsi. Anda akan mula berasa mengantuk dan lali.
  2. Pergerakan mata terhenti dan otak mula untuk bertenang dan berehat. Waktu ini merupakan tempoh light sleep sebelum anda memasuki deep sleep.
  3. Gelombang otak semakin perlahan dan sedang memasuki fasa deepest sleep.
  4. Merupakan fasa deepest sleep. Penting untuk anda sampai ke tahap ini untuk mendapatkan waktu melelapkan mata yang baik. Malahan, anda perlu mengelakkan daripada terjaga pada fasa ini, kerana ia boleh membuatkan anda mengalami waktu pagi yang kelam-kabut dan tiada mood.
  5. Fasa ini merupakan fasa rapid-eye-movement (REM) sleep. Kebanyakan mimpi akan bermula pada fasa ini. Elakkan juga daripada terjaga pada tempoh ini untuk menghindari dari rasa tidak bersemangat pada keesokan paginya.

Bergantung kepada diri

Setiap individu mempunyai masa yang tersendiri untuk masuk tidur. Tetapi perkara paling penting adalah untuk memastikan badan mendapatkan tempoh rehat yang mencukupi untuk memastikan anda akan memperolehi hari yang lebih bersemangat. Jika anda mempunyai masalah tidur, dapatkan bantuan dan rundingan daripada pakar.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pakai Earplug Sebab Tak Nak Dengar Bunyi Bising Bila Tidur, Selamat Atau Tidak Perbuatan Ini?

    Anda gemar menggunakan penutup telinga untuk tidur? Tidak salah ya! Pun begitu, ada beberapa risiko yang kalian perlu tahu. Jom klik artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 14/08/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Biar Gangguan Seks Ketika Tidur Berterusan, Ini 4 Cara Atasinya!

    Pernahkah anda atau pasangan mengalami gangguan seks ketika tidur? Jika ya, artikel ini amat sesuai buat anda! Jom klik untuk tahu 5 cara atasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 29/07/2020 . 3 minit bacaan

    Nafsu Berahi Hilang Akibat Tak Cukup Tidur? Ini Kesan Jika Anda Tak Jaga Waktu Tidur!

    Rasa mengantuk sebab tak cukup tidur boleh menyebabkan nafsu seks anda kurang. Ini boleh mengganggu kemesraan di antara anda dan pasangan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Buat Anda Yang Sayang Sangat Dengan Bantal Busuk, AWAS Dengan 7 Perkara Ini!

    Anda ada bantal busuk? Ya, ia mungkin normal namun ketahuilah bahawa terdapat 7 bahaya yang menanti anda! Jom klik artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 22/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ketawa tertawa saat tidur

    Selalu Tak Pasangan Complaint Anda Bising @ Ketawa Semasa Tidur? Jika Pernah, Ini Sebabnya…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 05/10/2020 . 3 minit bacaan
    gangguan tidur menghantar mesej

    Dalam Banyak-Banyak Gangguan Tidur, ‘Sleep Texting’ Paling RARE! Mungkin Anda Pernah Alaminya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    waktu tidur

    Waktu Tidur Setiap Orang Berbeza, Kalau Nak Sihat Patuhi Jam Tidur Ini Ikut Peringkat Umur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 08/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat tidur siang

    Sering Mengantuk Ketika Bekerja? Cuba Power Nap Sebentar, Pasti Anda Terus Segar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/08/2020 . 3 minit bacaan