Fahami Maksud Label Sunscreen Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal JAMA Dermatology, para penyelidik daripada Northwestern University Feinberg School of Medicine mendapati bahawa walaupun 93% dari mereka yang hadir ke klinik pernah membeli sunscreen atau pelindung matahari, kebanyakan daripada mereka kurang memahami istilah yang digunakan pada label produk. Kurang daripada separuh peserta didapati boleh mengenal pasti istilah yang digunakan. UVA, UVB, SPF, broad spectrum, PA, semuanya mungkin mengelirukan pengguna. Adakah anda juga keliru? Jangan bimbang, kerana artikel ini akan menerangkan semua istilah yang biasa digunakan pada produk penting ini.

Sunscreen atau sunblock?

Kebanyakan jenama produk sunscreen hari ini sebenarnya merupakan campuran sunscreen dan sunblock. Perkataan ini juga sering digunakan secara silih berganti. Sunscreen atau sunblock membantu melindungi anda dari sinaran ultraviolet berbahaya matahari dengan cara yang berbeza:

  • Sunscreen: Ia berfungsi dengan cara menapis sinaran ultraviolet (UV) matahari. Juga dipanggil pelindung kimia, ia menyerap kebanyakan sinaran UV dan lebih biasa digunakan berbanding sunblock. Pelindung matahari ini menggunakan pelbagai bahan kimia yang menyerap sinaran UV berbahaya sebelum ia menembusi kulit anda.
  • Sunblock: Sunblock atau pelindung fizikal memantulkan sinaran matahari daripada kulit. Ia menghalang sinaran UV daripada menembusi kulit. Kebanyakan sunblock menggunakan titanium oksida atau zink oksida sebagai bahan aktif.

Apakah itu sinaran UVA dan UVB?

Terdapat pelbagai jenis sinaran daripada cahaya matahari. Sinaran yang paling merosakkan kulit dipanggil sinaran ultraviolet (UV). UVB dan UVA adalah dua jenis sinaran ultraviolet yang sampai ke permukaan bumi.

sunscreen uva and uvb

Sinaran UVB bertanggungjawab menghasilkan selaran matahari (sunburn). Cara mudah untuk mengingatinya ialah UVB menyebabkan burning (terbakar). Sinaran UVB juga memainkan peranan paling besar dalam menyebabkan kanser kulit.

Sinaran UVA menembusi lebih jauh ke dalam kulit dan memainkan peranan yang lebih besar dalam penuaan kulit termasuk pembentukan kedut muka. Oleh itu, ingatlah UVA menyebabkan aging (penuaan). UVA juga memainkan peranan dalam pembentukan kanser kulit. Terdapat kira-kira 500 kali ganda sinaran UVA dalam cahaya matahari berbanding sinaran UVB. UVA ada pada setiap hari, sewaktu terik mahupun mendung disebabkan keupayaannya menembusi tingkap dan awan.

Berapa banyak SPF yang anda perlukan?

SPF bermaksud faktor perlindungan matahari (Sun Protecting Factor). Ia mengukur keupayaan pelindung matahari menapis sinaran UVB. SPF 30 bermaksud bahawa secara teknikal, anda boleh keluar di bawah sinaran matahari 30 kali lebih lama sebelum anda terbakar berbanding jika anda keluar tanpa pelindung matahari, selagi mana anda menyapu pelindung matahari dengan secukupnya.

SPF 30 bukanlah bererti keberkesanan dua kali ganda daripada SPF 15. Sebaliknya, keberkesanan penapisan sinaran UVB adalah seperti berikut:

  • SPF 15 menapis kira-kira 93% sinaran UVB
  • SPF 30 menapis kira-kira 97% sinaran UVB
  • SPF 50 menapis kira-kira 98% sinaran UVB

Oleh itu, perbezaan antara SPF 30 dan SPF 50 hanya penambahan keberkesanan penapisan 1%. Sekiranya pelindung matahari disapu semula setiap dua jam dan gunakan dalam jumlah yang betul, pelindung matahari SPF 30 sudah cukup untuk orang dewasa biasa.

Maksud broad spectrum

Oleh kerana SPF hanya mengukur perlindungan terhadap sinaran UVB, pelindungan daripada UVA ditunjukkan dengan perkataan ‘broad spectrum‘ atau spektrum luas. Kebanyakan bahan aktif pelindung matahari melindungi daripada UVB, tetapi sangat sedikit yang mempunyai pelindungan UVA, dan hanya sedikit menawarkan kedua-duanya. Pelindung matahari yang menggabungkan kedua-dua pelindung matahari fizikal dan kimia biasanya mempunyai ciri spektrum luas.

Bagaimana dengan PPD dan PPA?

Pelindung matahari keluaran Amerika Syarikat yang melindungi daripada sinaran UVA dan UVB dilabel sebagai spektrum luas. Namun terdapat beberapa kritikan daripada aktivis pengguna bahawa piawaian yang digunakan sangat lemah. Iaitu asalkan pelindung matahari tersebut memberikan perlindungan daripada sinaran UVA, walaupun perlindungan itu sangat rendah.

Oleh itu, di negara-negara lain, label untuk perlindungan UVA mungkin tidak sama. Ujian dan label lain digunakan berbeza dengan label SPF yang sama di seluruh dunia. Banyak pelindung matahari daripada Eropah dan Asia menunjukkan tahap perlindungan UVA yang lebih spesifik antaranya pada label:

  • PPD (Persistent Pigment Darkening): digunakan di Asia dan Eropah, PPD hampir sama kaedah ujian seperti SPF tetapi mengukur pendedahan kepada UVA. Sebagai contoh, PPD 10 bermakna ia akan mengambil masa 10 kali lebih lama untuk kulit anda menjadi gelap berbanding jika tidak memakai pelindung matahari tersebut.
  • PA  (Protection Grade of UVA): digunakan di negara-negara Asia seperti Jepun dan Korea Selatan, sistem PA meringkaskan dan mengelompokkan penilaian daripada ujian PPD. Sebagai conoh, PA+ bermaksud pelindung matahari tersebut mendapat PPD2-4, dan begitulah seterusnya hingga PA++++ yang bermaksud PPD 16 atau ke atas.

Disebabkan sinaran UVA sentiasa ada dan boleh memberi kesan penuaan serta kanser kulit, perlindung matahari perlu dipakai setiap hari, termasuklah pada hari mendung dan redup. Ingat, mencegah lebih baik daripada merawat.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Pergi Pantai? Pastikan Pakai Sunblock Kerana Payung Saja Tak Cukup Lindungi Kulit Anda!

    Losyen pelindung matahari jelas lebih baik berbanding payung semata-mata. Pastikan juga anda ikut cara pakai sunblock yang betul supaya berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Leher Berkedut & Menggeleber Akibat Usia? TENANG, Ada 3 Cara Untuk Mengurangkannya!

    Setiap orang akan mengalami kulit leher berkedut & menggeleber akibat penuaan. Jadi jom kita sama-sama baca untuk tahu 3 cara untuk mengurangkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 24/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ekzema BUKAN Saja Boleh Jadi Pada Muka & Badan, Alat Sulit Juga Berisiko Terkena?

    Tahukah anda bahawa ekzema zakar juga boleh berlaku kepada lelaki? Jom ikuti artikel ini untuk tahu punca, komplikasi dan langkah pencegahannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ini Sebab Saintifik Mengapa Bulu Roma Tiba-tiba Boleh Meremang, Bukan Kerana Entiti!

    Tahukah anda, ada sebab mengapa wujud rasa meremang ketika anda menonton filem seram. Faktor yang menyebabkan meremang bulu roma ini amat menarik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit radang usus

    Penghidap Radang Usus IBD, Ini 13 Masalah Kulit Yang Mungkin Akan Anda Alami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    muka stress

    Jangan Selalu Stres, Kalau Tak Nak Muka Berubah Jadi Macam Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    radiasi matahari

    AWAS! Penggemar Cahaya Matahari Berisiko Dapat Kanser Kulit, Ada Kaitan Juga Dengan Genetik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan
    masalah kulit

    Usus Kotor? Petandanya Ada Pada Kulit Wajah Anda! Ini Cara Atasi Kulit Berjerawat Akibat Usus Kotor

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/10/2020 . 3 minit bacaan