backup og meta

Lip Balm Boleh Atasi Masalah Bibir Kering Tapi Pastikan Ada 8 Bahan PENTING Ini!

Lip Balm Boleh Atasi Masalah Bibir Kering Tapi Pastikan Ada 8 Bahan PENTING Ini!

Penggunaan pelembap bibir atau turut disebut sebagai balsam bibir sangat bagus untuk melegakan bibir kering atau merekah. Ia turut membantu mengekalkan kesihatan bibir. 

Tetapi dengan begitu banyak pilihan di pasaran, bagaimana untuk menentukan produk yang bersesuaian dengan keperluan diri?

Ayuh teruskan membaca untuk mengetahui kandungan wajib ada dalam lip balm mengikut keperluan anda! 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Bahan dalam pelembap bibir

Bibir terdiri daripada kulit yang sangat lembut dan nipis, sehingga membolehkan kita melihat saluran darah – punca bibir berwarna merah.

Penggunaan balsam bibir amat disarankan untuk melembapkan bibir kerana ia tidak mempunyai sebarang kelenjar sebum atau peluh – berfungsi membekalkan kulit dengan minyak dan kelembapan yang diperlukan.

Berikut adalah 8 bahan yang perlu anda cari dalam balsam bibir terbaik:

Madu 

Madu dianggap sebagai humektan, yang bermaksud bahawa ia menarik kelembapan.

Sebagai bahan dalam lip balm, madu boleh membantu mengelupaskan bibir dan menjadikan ia kekal terhidrat dan sihat.

pelembap bibir

Shea butter & Cocoa butter, bahan penting dalam pelembap bibir

Kedua-dua ini mungkin komedogenik – cenderung menyumbat liang pori – apabila disapu pada kulit, tetapi adakah anda tahu ia berfungsi dengan baik untuk bibir?

Mentega shea kaya dengan asid lemak dan mengandungi komponen utama alkohol terpenik dan fitosterol, berfungsi menyembuhkan luka dan melegakan kulit meradang.

Manakala mentega koko kaya dengan vitamin A1, B1, C, D, E, zat besi dan magnesium. Semua vitamin ini adalah nutrien yang diperlukan untuk mengekalkan bibir lembut dan sihat.

[embed-health-tool-bmi]

Jeli petroleum, petrolatum & minyak mineral

Sebelum penemuan komersialnya sekitar tahun 1800-an, jeli petroleum atau petrolatum sememangnya telah digunakan sebagai salap.

Minyak mineral pula adalah salah satu bahan dalam jeli petroleum.

Kedua-dua jeli petroleum dan minyak mineral biasanya digunakan dalam balsam bibir kerana ia memerangkap kelembapan. Bahan ini dapat membantu menyembuhkan bibir merekah.

Bahan penting dalam pelembap bibir #Beeswax

pelembap bibir

Sama fungsinya seperti jeli petroleum, beeswax atau lilin lebah merupakan bahan semula jadi yang dapat melembapkan bibir dengan melindungi kelembapan dalam kulit. Ia sekali gus menjadikan bibir anda lembap untuk tempoh lebih lama.

Bahan ini juga berfungsi melindungi bibir anda daripada bahaya sinaran matahari. Di samping mempunyai bau yang sangat menyenangkan, ia turut  boleh mencegah jangkitan dan kudis herpes (cold sore).

Lanolin

Merupakan produk semula jadi yang dituai daripada bulu biri-biri dan berfungsi menjadikan bibir lembut.

Apabila bulu biri-biri ini ditapis, ia menghasilkan occlusive yang menghalang air daripada menyejat kulit dan mengekalkannya lembap dan lembut.

Malangnya, bahan ini mungkin boleh menjadi alergen yang berpotensi merengsakan kulit. Ruam, kemerahan dan sensasi terbakar pada bibir merupakan simptom tindak balas alahan tersebut.

Kelebihan pelembap bibir dengan Vitamin E

Vitamin E adalah antioksidan yang telah digunakan dalam produk kecantikan selama lebih 50 tahun. Ia yang merupakan antioksidan, berfungsi melawan radikal bebas

Radikal bebas, akibat pendedahan kepada pencemaran dan sinaran ultraungu (UV) dari matahari –  penyumbang terbesar kepada tanda-tanda penuaan.

Vitamin E juga meningkatkan peredaran darah dan menjana sel kulit baru, menjadikan bibir anda lebih lembut.

Baca juga:

Minyak semula jadi

Minyak seperti kelapa, zaitun, jojoba, badam, bunga matahari dan minyak biji rami, mengandungi asid lemak penting – merupakan sumber antioksidan yang hebat. 

Ia membantu melembapkan kulit secara mendalam pada bibir sambil membentuk halangan pelindung (protective barrier).

Zink oksida & titanium dioksida dalam balsam bibir

pelembap bibir

Sama seperti kulit, bibir juga sensitif kepada matahari dan pendedahan berlebihan kepada matahari boleh menyebabkan bibir pecah.

Zink oksida dan titanium dioksida adalah bahan dalam pelindung matahari untuk kedua-dua kulit dan bibir kerana ia membantu menghalang sinaran UV.

Pemakaian pelembab bibir ini penting kepada setiap individu tanpa mengira jantina – lelaki mahupun perempuan – atau pun peringkat usia.

Jika ada sebarang keraguan, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 7 Dermatologists’ Tips For Healing Dry, Chapped Lips. https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-basics/dry/heal-dry-chapped-lips, Accessed on Jan 30, 2023
  2. Make Your Own Lip Balm. https://www.sciencebuddies.org/science-fair-projects/project-ideas/Chem_p022/chemistry/cosmetic-science-testing-lip-balm-recipes, Accessed on Jan 30, 2023
  3. Eny Kusrini, Dias Puspitaning Mawarni, Dwi Aprillia Wulandari, Karina Ayuningtyas and Anwar Usman. Sept 3, 2020. Formulation and characterization of lip balm made from beeswax, almond oil, virgin coconut oil and honey. https://aip.scitation.org/doi/abs/10.1063/5.0014367?journalCode=apc, Accessed on Jan 30, 2023
  4. What You Need to Know about Lip Products. https://www.poison.org/articles/lip-products-224, Accessed on Jan 30, 2023 
  5. What ingredients are used to make Pharm4Me lip balm? https://pharmacyforme.org/wp-content/uploads/2018/10/Lip-Balm-Ingredients-Info-and-Instructions-for-Classroom-Updated.pdf, Accessed on Jan 30, 2023 
  6. Can You Be Addicted To Lip Balm? https://health.clevelandclinic.org/7-signs-your-lip-balm-use-is-just-a-bad-habit/, Accessed on Jan 30, 2023

Versi Terbaru

23/05/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Muka Banyak Bintik Putih? Ini 5 Cara Tradisional Hilangkan Whitehead Di Wajah!

5 Keunikan Dan Kelebihan Kulit Sawo Matang Yang Kita Semua Kena Tahu, Syukur!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 23/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan