Keliru sebab tidak tahu yang mana satu sunscreen untuk kulit kombinasi, normal, sensitif, kering, berminyak atau lain-lain? Anda mungkin tidak keseorangan, kami akan cuba untuk bantu!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Keliru sebab tidak tahu yang mana satu sunscreen untuk kulit kombinasi, normal, sensitif, kering, berminyak atau lain-lain? Anda mungkin tidak keseorangan, kami akan cuba untuk bantu!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Untuk pengetahuan anda semua, ada banyak jenis kulit manusia dan ia berbeza bergantung pada individu itu masing-masing. Berikut adalah antara jenis kulit yang paling umum wujud:
Berdasarkan jenis kulit yang anda miliki, cara penjagaan dan penggunaan produk juga tidak sama. Begitu juga halnya jika anda ingin mencari dan membeli produk pelindung matahari.
Dalam usaha untuk mendapatkan sunscreen terbaik untuk kulit kombinasi, perkara penting anda perlu pertimbangkan bukan pada jenama sahaja malah juga bahan yang ada di dalamnya.
Buat anda yang mungkin belum tahu, sinaran ultra ungu (UV) dari cahaya matahari itu boleh merosakkan dan menjejaskan kesihatan kulit terutama jika terdedah terlalu banyak serta lama.
Dalam usaha untuk mengelakkan daripada perkara ini berlaku, wujud produk dalam bentuk krim atau spray yang akan menyelaputi lantas melindungi kulit daripada bahaya sinaran ini.
Baca lagi artikel berkaitan:
Produk pelindung matahari ini berfungsi dengan cara menyerap lantas memusnahkan sinaran UV sebelum ia sampai ke kulit lagi. Tidak perlu bimbang, ia selamat untuk digunakan pada kulit.
Dalam pada itu, anda juga perlu tahu bahawa produk ini wujud dalam variasi jenis yang berbeza fungsi serta tindak balas, dan akan bergantung kepada jenis kulit individu masing-masing.
Maka, jangan pula anda salah memilih produk sunscreen untuk kulit kombinasi jika jenis kulit anda itu lain!
Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, jenis kulit kombinasi adalah gabungan kering dan berminyak. Ia merupakan jenis kulit yang dimiliki oleh majoriti manusia di dunia.
Pastikan sunscreen untuk kulit kombinasi yang anda bakal beli dan guna itu memiliki bahan berikut:
Menurut Pakar Dermatologi David J. Leffell, bahan utama yang perlu wujud di dalam setiap produk pelindung matahari itu adalah SPF untuk membantu melawan sinaran UVA dan UVB.
Kedua-dua jenis sinaran UV ini bukan sahaja akan mengakibatkan selar matahari atau sunburn malah boleh jadi faktor risiko kanser jika penggunaan sunscreen hanya dipandang ringan.
Tidak kira jenis kulit sekalipun, SPF itu perlu wujud di dalam setiap produk pelindung matahari!
Merupakan bahan yang paling popular dan utama dalam produk kulit masa kini, asid ini dipercayai mampu untuk memberikan kelembapan ekstra pada kulit sekali gus menganjal serta menegangkan organ ini.
Memandangkan masih ada kawasan kulit anda yang selalu kering, maka bahan ini sangat sesuai wujud di dalam produk sunscreen untuk kulit kombinasi anda bagi melawan sinaran UV.
Selain asid di atas tadi, ada satu lagi jenis asid yang perlu ada dalam produk pelindung matahari untuk jenis kulit kombinasi. Asid ini juga amat bagus untuk mencegah dan melawan jerawat.
Kenapa? Jika anda memiliki jenis kulit kombinasi, kawasan sekitar hidung atau Zon T anda itu akan kerap tumbuh jerawat. Maka, penggunaan sunscreen untuk kulit kombinasi dengan asid ini satu pilihan tepat.
Tidak sah satu produk kulit itu jika tiada ekstrak daripada daun lidah buaya bukan? Jangan tidak tahu, aloe vera ini punya manfaat antiradang dan antioksidan yang mampu membantu merawat segala masalah luka serta cela pada kulit individu!
Konklusinya, teliti dan fahami label pelindung matahari terlebih dahulu sebelum beli dan guna ya!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen