backup og meta

Adakah SPF Yang Tinggi Melindungi Kulit?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 06/11/2019

    Adakah SPF Yang Tinggi Melindungi Kulit?

    Penggunaan pelindung matahari sangat penting apabila ada berada di luar rumah, terutamanya dibawah sinaran matahari yang terik. Ia bertujuan mengelakkan penuaan kulit pramatang dan kanser kulit. Walau bagaimanapun, pemilihan faktor perlindungan matahari (SPF) perlu bersesuaian dengan jenis kulit dan aktiviti harian anda.

    Radiasi Ultraviolet

    Gambar ihsan medik8

    Matahari memancarkan tenaga melalui spektrum yang besar dari panjang gelombang yang berbeza. Ini termasuk cahaya ketara yang anda lihat, radiasi inframerah yang anda rasa sebagai haba dan ultraviolet (UV) yang anda tidak dapat dilihat atau dirasa.

    Radiasi UV mempunyai gelombang yang lebih pendek dan tenaga yang lebih tinggi daripada cahaya yang kelihatan.

    Cahaya matahari adalah sumber utama sinaran UV. Sinaran UV sebenarnya hanya membentuk sebahagian kecil daripada sinaran matahari. Tetapi ia adalah punca utama merosakkan kulit anda.

    Apa itu UVA, UVB dan UVC?

    • UVA

    ‘A’ adalah penuaan (aging). Sinaran UVA menyumbang sehingga 95% sinaran yang mencapai di permukaan Bumi. Dengan itu anda mungkin terdedah kepada jumlah UVA yang banyak sepanjang masa hayat anda.

    UVA juga menembusi kulit dengan lebih mendalam daripada UVB, dan ia memainkan peranan utama dalam menyebabkan penuaan kulit, kedutan, pigmentasi, bintik matahari, dan lain-lain.

    Sinaran UVA juga akan melalui awan dan kaca, jadi sebaiknya anda menggunakan pelindung matahari walaupun anda berada di dalam kereta atau disebalik tingkap.

    • UVB

    ‘B’ adalah pembakaran (burning). UVB adalah punca utama kulit anda berkerut dan mendapat selaran matahari. Disebabkannya tidak menembusi seperti UVA, ia cenderung untuk merosakkan lapisan epidermis kulit anda yang lebih nipis/cetek. Ia juga memainkan peranan sebagai penyerapan kulit (penyamakan) dan pemotretan.

    Tidak seperti sinaran UVA, sinaran UVB tidak menembusi kaca.

    • UVC

    Ia adalah sinaran suria yang paling kuat dan paling mematikan. Tetapi ia kebanyakannya tidak semua diserap oleh lapisan ozon dan atmosfera. Jadi ia biasanya tidak sampai ke permukaan bumi.

    Perbezaan nilai SPF

    Kegunaan SPF adalah untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UVB dan nilai SPF juga memain peranan penting terhadap tempoh pendedahan kepada matahari.

    • SPF 15 dapat menahan sehinggan 93% daripada sinaran UVB.
    • SPF 30 dapat menahan sehinggan 97% daripada sinaran UVB.
    • SPF 50 dapat menahan sehinggan 98% daripada sinaran UVB.

    Bagaimana dengan nilai SPF yang lebih tinggi?

    Pemilihan pelindung matahari dengan SPF yang lebih tinggi seperti SPF 75 atau SPF 100 mungkin dianggap pilihan yang terbaik, tetapi ia sebenarnya tidak menawarkan perlindungan yang jauh berbeza daripada SPF 30 atau SPF 50

    Menurut Yayasan Kanser Kulit (SCF), orang yang menggunakannya mungkin berfikir mereka boleh berada di bawah matahari dengan lebih lama, melangkau sapuan semula dan mengabaikan langkah perlindungan lain seperti penggunaan topi, memakai pakaian dan memakai cermin mata hitam.

    Individu yang menggunakan pelindung matahari SPF yang tinggi mungkin tidak terbakar, tetapi tanpa bahan penapisan UVA, mereka masih boleh menerima sejumlah besar sinaran matahari yang boleh merosakkan kulit.

    SCF mencatatkan bahawa walaupun peratusan ini kelihatan kecil, ia boleh memberikan perbezaan kepada orang yang sensitif ringan atau mempunyai sejarah kanser kulit.

    Walau apa pun produk yang anda pilih, pakar mengesyorkan penggunaan pelindung matahari secara meluas setengah jam sebelum keluar rumah. Ia juga perlu digunakan semula sekurang-kurangnya setiap dua jam atau selepas berenang, pengeringan, atau berpeluh.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 06/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan