backup og meta

Hati-Hati! Ini 103 Senarai Ubat Tahan Lama Yang Ada Bahan Terlarang!

Hati-Hati! Ini 103 Senarai Ubat Tahan Lama Yang Ada Bahan Terlarang!

Ubat kuat lelaki digunakan oleh lelaki dengan masalah ereksi atau mati pucuk bagi membantunya mendapatkan ereksi ketika melakukan hubungan intim. Tetapi adakah terdapat ubat tahan lama di farmasi yang bahaya?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.

Bagaimana ubat tahan lama di farmasi berfungsi?

Ubat tahan lama yang diluluskan KKM bertindak dengan melancarkan proses pengaliran darah ke bahagian kemaluan lelaki agar seseorang individu tersebut mampu mendapatkan dan mengekalkan ereksi sepanjang berhubungan.

Sebarang masalah atau penyakit yang menghalang atau mengganggu sistem saraf atau sistem saluran darah akan menggagalkan proses ereksi seseorang individu.

Ubat tahan lama boleh membantu menyelesaikan masalah mati pucuk untuk beberapa tempoh masa.

Antara ubat tahan lama di farmasi dan rawatan bagi tujuan menguatkan zakar adalah:

  • Ubat makan (phosphodiesterase inhibitor)
  • Ubat krim sapuan
  • Suntikan ubat
  • Pelet intrauretral
  • Alat vakum zakar
  • Prostesis zakar
ubat tahan lama di farmasi
Kemampuan batin lelaki biasanya digambarkan dengan prestasi di ranjang.

Bagi rawatan pertama mati pucuk, penghidapnya akan diberikan ubat makan atau phosphodiesterase inhibitor.

Ubat kuat lelaki ini membantu meningkatkan aliran darah ke bahagian zakar dan ubat-ubat ini dimakan sebelum merancang untuk melakukan hubungan intim.

Antara jenis ubat yang tergolong dalam kategori ini adalah:

Kesan penggunaannya

Pengambilan sebarang ubat tahan lama di farmasi atau spray tahan lama di farmasi tanpa nasihat dan pengawasan doktor hanya akan mendedahkan individu yang mengambilnya dengan risiko kesan sampingan berbahaya seperti ini:

ubat tahan lama di farmasi
Hati-hati dengan sebarang ubat pengeras kemaluan.
  • Tekanan darah rendah yang boleh membuatkan seseorang individu untuk berasa seperti hendak pitam
  • Selain itu, produk ubat tahan lama juga boleh menyebabkan kerosakan hati, kegagalan buah pinggang dan gangguan mental
  • Sekiranya individu ada mengambil ubat berkaitan masalah jantung yang mengandungi nitrat, kesan pertembungan dengan bahan nitrat daripada ubatan lain boleh mencetuskan masalah kardiovaskular yang lebih teruk sehingga boleh menyebabkan kejadian mati secara mengejut
  • Masalah penghadaman, cirit birit, ruam selain jangkitan pada saluran kencing
  • Pengguna akan mempunyai masalah hidung tersumbat selain masalah pada saluran pernafasan

Senarai ubat tahan lama di farmasi yang mengandungi bahan terlarang

ubat tahan lama di farmasi
Ini antara cara kekalkan ereksi zakar.
  1. Ubat kuat lelaki Africa Black Ant – Sildenafil
  2. Astirex Kapsul – Sildenafil
  3. Bazooka Capsule – Sildenafil
  4. Bio Rehmannia Plus 400mg Capsule- Tadalafil
  5. Black Night Liquid – Sildenafil
  6. Ubat kuat lelaki Blue Moon Capsule – Tadalafil
  7. Bull’s Genital Capsule – Sildenafil
  8. Caligula Kapsul – Sildenafil
  9. California Pure Candy B+ Complex Superfood –Fountain of Youth – Tadalafil
  10. Cobra X Kapsul – Sildenafil
  11. Emperor Huang Saint Medicine 800mg Capsule – Sildenafil
  12. Epimedi Plus Capsule 400mg – Sildenafil analog
  13. Etumax Eurycoma Active Plus – Sildenafil
  14. Extremen – Tadalafil / Hydroxythiohomosildenafil
  15. Extrewomen – Tadalafil / Hydroxythiohomosildenafil
  16. G-Bucks Kapsul/Ti. 054316531 – Sildenafil
  17. Goji Plus Capsule – Sildenafil analog
  18. Han Palace Capsule – Acetildenafil (Sidenafil Analogue)
  19. Hard Ten Days Capsule – Sildenafil
  20. Honeymoon – Sildenafil
  21. Ubat kuat lelaki Hot Pens Kapsul – Sildenafil Citrate 
  22. Hwang Di Shen Dan Capsule- Sildenafil Citrate
  23. Ibnu Sinna- Sildenafil & Tadalafil
  24. Jak-Ban – Sildenafil
  25. Jamu Amat Kwat – Sildenafil
  26. Jamu Gali-Gali – Sildenafil
  27. Jamu Tongkat Sakti – Sildenafil & Dipyrone
  28. Jinglida- Aminotadalafil
  29. Ubat tahan lama tradisional Kopi Rempah Cap Luwak Cobra- Sildenafil & Paracetamol
  30. Kuat Tahan Lama Serbuk- Sildenafil Citrate
  31. Lak Gao 69 Capsule – Sildenafil Citrate
  32. Lavaria Capsule- Sildenafil Citrate
  33. Lion Gold APA Kapsul- Sildenafil Citrate
  34. LiLong Tablet – Sildenafil
  35. Long Hwa Tibet Tianxiong 100mg – Sildenafil
  36. Maca Gold – Sildenafil Citrate
  37. Majun Mutiara- Dexamethasone
  38. Manovel Tablet – Tadalafil
  39. Mantap Bro 1500mgSachet – Tadalafil
  40. Maxman IV Capsule 3800mg – Sildenafil
  41. Mentalk Candy – Aminotadalafil
  42. Men’s King 6800mg Tablet – Sildenafil
  43. ML Spring Return Capsule – Sildenafil analog
  44. ML Viraken Capsule – Sildenafil analog
  45. Neo Tasama Kapsul – Sildenafil citrate
  46. N-Hanz – Homosildenafil
  47. Obat Kuat dan Tahan Lama Khusus untuk Pria Dewasa Tablet – Sildenafil citrate
  48. Obat Kuat Tahan Lama Gali-Gali Asli – Sildenafil
  49. Obat Kuat Tahan Lama Pusaka Madu Ekstra Strong- Sildenafil & Paracetamol
  50. Okura Capsule – Sildenafil Citrate
  51. Ubat tahan lama di farmasi One Night 8 Times – Sildenafil
  52. Ubat kuat lelaki On Man Pembangkit Tenaga Perkasa – Sildenafil
  53. Otot Madu Capsule – Sildenafil Citrate
  54. Oyster Plus Cap – Tadalafil
  55. Performa Epimedium – Tadalafil
  56. Power 1 Walnut Tablet – Glibenclamide & Sildenafil
  57. Power V Gold Tongkat + Ginseng – Sildenafil
  58. Primalex Capsule – Sildenafil analog
  59. Pronoton Capsule – Sildenafil
  60. Qian Jin Tri-Improve Capsule For Men – Methoxsalen
  61. Qmax Capsule 350mg – Acetildenafil (Sildenafil analogue)
  62. Raja Kuat Kapsul Sildenafil Citrate
  63. Rama Stamin Capsule- Sildenafil Citrate
  64. Ramuan Asy-Syifa – Sildenafil, Paracetamol
  65. Red Ant Cream Tablet – Sildenafil
  66. Sanomale Capsule – Tadalafil
  67. Santi Bovine Penis Erecting Cap – Sildenafil
  68. Ubat tahan lama di farmasi Sari Madu Capsule – Sildenafil Citrate
  69. Serbuk Super Ramuan Tiongkok Kuno Chang San – Sildenafil
  70. Shuyga – Sildenafil & Paracetamol
  71. Singha – Obat Kuat & Tahan Lama – Sildenafil
  72. Spartan Capsule – Sildenafil analog
  73. Sta-lions – Sildenafil
  74. Stanson Capsule – Tadalafil & Sildenafil Citrate
  75. Sunny Zang Wang Xiong Ying Dan Pil – Sildenafil Citrate
  76. Sunny Zang Wang Xiong Ying Kapsul – Sildenafil Citrate
  77. Super Jitu 5x Lebih Dahsyat Capsule – Sildenafil
  78. Tanduk Rusa Kuat Lelaki Kapsul – Sildenafil  Citrate
  79. Teraza Capsule – Sildenafil Citrate
  80. Tien Sun Pu Sen Jew Nang – Sildenafil & Tadalafil
  81. Topmen Capsule – Sildenafil
  82. Top One Capsule – Sildenafil Citrate
  83. Trebest Plus Capsule – Acetildenafil (Sildenafil analog)
  84. Tribulus Plus Capsule 400mg – Sildenafil analog
  85. Tripoten Capsule – Tadalafil
  86. Urat Dewa – Sildenafil
  87. Urat Madu Kapsul – Sildenafil Citrate
  88. Urat Perkasa Kapsul – Sildenafil Citrate
  89. Urat Kuda – Sildenafil & Paracetamol
  90. Urat Madu Black- Sildenafil & Paracetamol
  91. Vegrow Cap – Sildenafil analog
  92. Venergy Capsule 300mg – Sildenafil analog
  93. Vitality Hotton Candy – Aminotadalafil
  94. Ubat tahan lama di farmasi Viagra X – Sildenafil
  95. Vimax Capsule – Sildenafil
  96. VNG400 – Sildenafil analog
  97. Xiangganglilongshengwe Tablet – Sildenafil
  98. Xianggang Tianlong Shengwu 2000mg – Sildenafil
  99. Xing Shi Jiu Cairan Obat Dalam – Sildenafil Citrate
  100. XP Tongkat Ali Supreme Capsule – Tadalafil
  101. X-Stive Men 400M 400mg Capsule – Sildenafil
  102. Zhong Hua Niu Bian – Asildinafil, Tadalafil, Glibenclamide & Sibutramine
  103. Zumex Capsule – Tadalafil

Kesimpulan

Elakkan penggunaan ubat-ubat tidak berdaftar seperti di atas ini.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sildenafil (Oral Route). https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/sildenafil-oral-route/side-effects/drg-20066989?p=1. Accessed Jan 12, 2022.

Viagra and Heart Risks. https://www.aarp.org/health/drugs-supplements/info-01-2012/viagra-and-heart-risks-health-discovery.html. Accessed Jan 12, 2022.

Use of Sildenafil (Viagra) in Patients With Cardiovascular Disease. https://www.ahajournals.org/doi/10.1161/01.CIR.99.1.168. Accessed Jan 12, 2022.

Viagra 25mg, 50mg, 100mg. https://www.medicines.org.uk/emc/medicine/1474#gref. Accessed Jan 12, 2022.

Recreational Viagra Use and Sexual Risk among Drug Abusing Men. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1716731/. Accessed Jan 12, 2022.

Viagra (sildenafil) facts. https://www.bpas.org/more-services-information/erectile-dysfunction/viagra/. Accessed Jan 12, 2022.

Versi Terbaru

10/06/2024

Ditulis oleh Nurul Halifah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Sakit Pada Tapak Kaki, Usah Pandang Remeh! Apa 7 Masalah Kaki Yang Sering Berlaku?

Sakit Kepala Sebelah Kiri? Jangan Biarkan! Ada Bahaya Tersembunyi


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 10/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan