Apabila anda melakukan aktiviti seksual, tekanan pada otot mungkin boleh menyebabkan ketegangan pada beberapa bahagian tubuh yang lain.
Ini termasuklah ketegangan yang mungkin berlaku pada tangan, kaki, pinggang dan juga betis.
Untuk mengurangkan ketegangan ini, cuba minum banyak air kosong sebelum anda memulakan hubungan intim bersama pasangan.
#5. Keluar cecair yang menyebabkan ketidakselesaan
Memandangkan aktiviti seksual melibatkan ‘keluar’ dan ‘masuk’ pada alat kemaluan anda, jangan pelik jika terdapat cecair badan yang turut serta keluar.
Ini termasuklah air kencing, peluh badan, air mazi, air mani dan cecair faraj.
Ia mungkin akan menyebabkan cadar tilam anda menjadi kotor dengan warna yang tidak diingini.
Kesan sampingan SELEPAS melakukan hubungan kelamin
#1. Perubahan pada bau faraj
Untuk golongan wanita, bukaan faraj atau disebut sebagai vulva mungkin akan mempunyai bau yang berlainan setelah anda melakukan hubungan seks tanpa perlindungan bersama pasangan.
Air mani lelaki yang memasuki faraj akan mengubah tahap keasidan atau nilai pH faraj. Ia juga secara tidak langsung akan mengubah bau faraj selama 1 hingga 2 hari kemudian.
Namun, jika bau tersebut masih tidak bertukar normal selepas 3 hari, anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor untuk memastikan anda tidak mengalami sebarang jangkitan pada faraj seperti vaginosis bakteria dan jangkitan yis.
#2. Otot menjadi sakit selepas melakukan hubungan kelamin

Ada beberapa bahagian pada tubuh anda yang akan berasa sakit selepas bersama pasangan.
Antaranya pada bahagian otot glute, hamstring, quad, lengan, dan otot teras anda.
Tetapi, zakar atau faraj tidak sepatutnya berasa sakit. Jika ia sakit sekalipun, ia mungkin disebabkan oleh faktor biasa seperti kurangnya pelincir atau melakukan seks dengan sedikit kasar.
Kesimpulan
Mungkin ada beberapa kesan sampingan lain yang anda alami selepas melakukan hubungan seks seperti mendapat jangkitan pada saluran kencing bahkan hamil bagi wanita.
Oleh sebab itu, bagi mengurangkan kesan-kesan seperti ini, anda perlu merancang aktiviti seksual anda dengan lebih baik seperti dengan memakai kondom ketika melakukan hubungan kelamin.