backup og meta

4 Tip Jaga Buah Pinggang Agar Tidak Mudah Rosak, Jangan Ambil Sembarangan Ubat!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/01/2024

    4 Tip Jaga Buah Pinggang Agar Tidak Mudah Rosak, Jangan Ambil Sembarangan Ubat!

    Buah pinggang merupakan salah satu organ terpenting dalam tubuh manusia, justeru akan timbul masalah besar jika ia rosak. Jadi, kita kena tahu dan lakukan cara nak sembuhkan sakit buah pinggang sekiranya perkara itu terjadi!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, anda boleh klik di sini.

    Adakah buah pinggang rosak boleh sembuh?

    Untuk pengetahuan anda semua, buah pinggang adalah antara komponen penting dalam sistem urinari manusia.

    Organ ini berfungsi untuk menerima dan menapis bendasing dalam darah sebelum diproses lalu dibuang melalui air kencing. Tanpanya, proses perkumuhan tidak mungkin berlaku dengan sempurna.

    Apa yang lebih membimbangkan, buah pinggang turut mudah terdedah kepada kerosakan fungsi dan struktur akibat tabiat buruk individu sendiri seperti pengamalan diet atau gaya hidup yang tidak sihat.

    Terdapat beberapa kondisi berbahaya yang berisiko untuk berlaku kepada organ ini, antaranya seperti berikut:

  • Penyakit buah pinggang diabetes
  • Penyakit buah pinggang polisistik
  • Keabnormalan bendalir dan elektrolit
  • Glomerulonefritis
  • Proteinuria
  • Kecederaan buah pinggang
  • Kegagalan buah pinggang
  • Karsinoma sel renal
  • cara nak sembuhkan sakit buah pinggang
    Punca organ buah pinggang boleh rosak.

    Sekiranya ia telah rosak dengan teruk, anda mungkin perlukan rawatan dialisis sepanjang hidup. Jadi, adalah penting untuk anda lakukan cara nak sembuhkan sakit buah pinggang dengan segera!

    Cepat lakukan cara nak sembuhkan sakit buah pinggang!

    Penting untuk anda tahu kerosakan buah pinggang itu boleh berlaku dalam beberapa tahap, daripada normal sehingga kronik. Namun, kebanyakan individu mungkin kurang tahu tentang tanda buah pinggang rosak.

    Sebenarnya, tahap tersebut dapat ditentukan melalui ujian kadar laju filtrasi glomerulus (GFR). Ujian ini akan mampu memeriksa sejauh mana organ ini boleh berfungsi bergantung kemampuannya.

    Sebelum organ ini rosak lebih daripada 80%, anda perlu segera temukan cara nak sembuhkan sakit buah pinggang!

    Petua merawat buah pinggang #1. Kekal terhidrasi

    Pertama, anda perlu memastikan tubuh mendapatkan bekalan air yang mencukupi. Caranya, minum air jika dahaga tetapi jangan sesekali minum air secara berlebihan untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan.

    cara nak sembuhkan sakit buah pinggang
    Minum banyak air untuk kesihatan buah pinggang.

    Petua merawat buah pinggang #2. Bersenam dengan lebih kerap

    Senaman sememangnya mampu memberikan kesan yang positif terhadap tubuh badan termasuk buah pinggang.

    Aktiviti fizikal yang dilakukan secara berkala dipercayai boleh membantu mengawal berat badan dan tekanan darah tinggi sekali gus akan mengelakkan sebarang masalah kesihatan organ ini.

    Petua merawat buah pinggang #3. Berhenti buat tabiat buruk

    Antara tabiat buruk yang pasti akan menjejaskan buah pinggang adalah menghisap rokok dan mengambil alkohol.

    Ini kerana tabiat-tabiat seperti ini boleh menyebabkan kerosakan di saluran darah dengan cara mengurangkan aliran darah. Kesannya, organ itu tidak mampu berfungsi pada kadar maksimum.

    #4. Kawal pengambilan ubat & suplemen

    Perkara paling penting, anda perlu mengawal pengambilan sebarang jenis ubat atau suplemen lebih-lebih lagi tanpa preskripsi. Ini kerana ia mungkin berbahaya kepada kesihatan buah pinggang anda!

    Pengamalan diet yang sihat dan seimbang

    Dalam masa yang sama, penghidap penyakit buah pinggang perlu mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Persoalannya, makanan mana yang anda perlu ambil atau elak?

    cara nak sembuhkan sakit buah pinggang
    Diet yang sihat dan seimbang untuk buah pinggang.

    Bagi mencegah serta mengawal kondisi ini, ada beberapa jenis makanan untuk mencegah sakit buah pinggang yang anda boleh ambil. Syaratnya, ia perlu kurang atau bebas gula, garam dan lemak.

    Alasannya, makanan atau minuman yang tinggi 3 kelas nutrisi di atas ini boleh meningkatkan risiko penyakit kronik seperti diabetes, obesiti dan tekanan darah tinggi serta pelbagai lagi kondisi-kondisi lain.

    Secara tidak langsung, ia akan menjejaskan kesihatan organ penting dalam tubuh badan termasuk buah pinggang!

    Jadi, anda juga boleh cuba amalkan beberapa makanan berikut sebagai cara nak sembuhkan sakit buah pinggang:

  • Kubis bunga – Sumber vitamin B,C dan K yang baik ini sarat serat dan tinggi sifat antiradang yang bagus untuk buah pinggang
  • Bawang putih – Bagi mengelakkan garam berlebihan, bawang putih boleh menggantikan ia sebagai perasa atau perencah dalam makanan
  • Anggur merah – Mengandungi antioksidan flavonoid yang tinggi, anggur merah boleh membantu anda melindungi diri daripada penyakit-penyakit kronik
  • Putih telur –  Walaupun kuning telur sarat nutrisi, namun ia mungkin terlalu tinggi fosforus. Jadi, pesakit buah pinggang digalakkan mengambil putih telur sebagai sumber protein alternatif
  • Daging ayam tanpa kulit – Juga sebagai sumber protein lain, ayam yang dibuang kulit turut tinggi potasium dan sodium yang bagus untuk buah pinggang anda
  • Konklusinya, pemakanan yang sihat dan seimbang juga adalah antara cara nak sembuhkan sakit buah pinggang yang anda boleh lakukan. Maka, dapatkan maklumat dan nasihat lanjut daripada doktor!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan