Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Cirit birit berpanjangan boleh menjadi tanda masalah kesihatan yang lebih serius, bukan sekadar gangguan usus biasa. Ia mungkin berpunca daripada jangkitan, alahan makanan, atau gangguan sistem penghadaman dan memerlukan rawatan segera untuk elakkan dehidrasi atau komplikasi lain.
Kenapa tiba tiba cirit birit? Berapa hari cirit birit sembuh? Jom fahami jenis dan rawatan cirit-birit yang sesuai untuk dilakukan di rumah.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Definisi
Apa itu cirit birit berpanjangan? Kenapa tiba tiba cirit birit?
Kenapa saya selalu cirit birit?
Masalah cirit-birit dicirikan dengan najis yang cair atau kekerapan untuk melakukan pergerakan usus (membuang air besar).
Selalunya ia akan berlangsung untuk tempoh beberapa hari dan akan hilang dengan sendiri tanpa rawatan cirit-birit.
Dalam masa sama, mereka yang mengalami masalah ini mungkin akan berasa kembung perut,kekejangan bahagian abdomen bawah dan mungkin berasa loya.
Kebanyakan masalah cirit-birit ini disebabkan oleh bakteria, virus atau parasit. Gangguan sistem pencernaan juga boleh menjadi punca cirit-birit kronik.
Perbezaan antara cirit-birit normal dan teruk
Sebelum mengetahui cara hilangkan cirit birit berpanjangan yang bersesuaian, anda harus memahami jenis cirit-birit yang dialami.
Cirit menyebabkan anda kerap ke tandas.
Terdapat beberapa cara untuk mengklasifikasikan jenisnya. Ia termasuklah:
Cirit-birit akut
Merupakan masalah sakit perut paling biasa yang berlangsung antara 1 hingga 2 hari. Jenis ini tidak memerlukan rawatan dan akan hilang dengan sendiri.
Cirit-birit berterusan
Untuk jenis ini, ia akan berlanjutan selama beberapa minggu, antara 2 hingga 4 minggu.
Cirit-birit kronik
Diklasifikasikan sebagai cirit-birit berpanjangan untuk tempoh lebih 4 minggu atau datang dan pergi bagi jangka masa yang lama.
Punca
Apakah punca cirit birit berpanjangan?
Kenapa saya selalu cirit birit?
Anda mungkin mengalami cirit-birit akibat beberapa punca atau keadaan. Antara penyebab cirit-birit yang berpotensi:
Gejala bagi keracunan akan bergantung kepada sumber pencemarannya dan antara simptom paling biasa adalah cirit-birit berair atau berdarah.
Peringatan!
Sekiranya anda mengalami simptom seperti najis berdarah atau cirit-birit berpanjangan untuk lebih daripada 3 hari, dapatkan rawatan segera.
Satu lagi keadaan lain yang boleh menyebabkan anda mengalami cirit-birit adalah kegelisahan.
Apabila berada dalam keadaan cemas dan gelisah, hormon dan isyarat daripada otak memasuki saluran pencernaan, menyebabkan ketidakseimbangan kimia.
Keadaan tersebut boleh menjejaskan proses pencernaan yang mengakibatkan gejala cirit-birit dan simptom gastrousus lain.
Kalkulator BMR
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Food poisoning. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/food-poisoning/symptoms-causes/syc-20356230. Accessed May 21, 2021.
Symptoms & Causes of Diarrhea. https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/diarrhea/symptoms-causes. Accessed May 21, 2021.
Can Stress Cause Diarrhea? https://www.healthywomen.org/content/article/can-stress-cause-diarrhea. Accessed May 21, 2021.
Efficacy of ginger for nausea and vomiting: a systematic review of randomized clinical trials. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/10793599/. Accessed May 21, 2021.
Diarrhea. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/4108-diarrhea. Accessed May 21, 2021.
Diarrhea (Holistic). https://www.peacehealth.org/medical-topics/id/hn-1203008. Accessed May 21, 2021.
Acute Diarrhea in Adults. https://www.aafp.org/afp/2014/0201/p180.html. Accessed May 21, 2021.
Diarrhea. https://www.ucsfhealth.org/conditions/diarrhea/symptoms. Accessed May 21, 2021.