Apa itu maksud mati pucuk? Masalah lelaki ini adalah antara perkara yang paling dibimbangi lagi ditakuti oleh semua kaum Adam kerana ia akan memusnahkan kehidupan seksual mereka.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Apa itu maksud mati pucuk? Masalah lelaki ini adalah antara perkara yang paling dibimbangi lagi ditakuti oleh semua kaum Adam kerana ia akan memusnahkan kehidupan seksual mereka.
Disebabkan itu, pelbagai cara dan langkah akan dilakukan dalam usaha mengelakkan perkara ini daripada berlaku, ini termasuklah lebih kerap melakukan hubungan seks.
Persoalannya, adakah benar kerap buat hubungan seks akan rendahkan risiko mati pucuk? Jom teruskan membaca artikel untuk tahu maksud mati pucuk dan kaitannya dengan kekerapan seks!
Untuk pengetahuan anda, maksud mati pucuk atau disfungsi erektil adalah kondisi seseorang lelaki itu tidak mampu mendapatkan atau mengekalkan ereksi zakar.
Ia seterusnya akan menyebabkan penderita hilang keyakinan, kebolehan serta kemampuan untuk melakukan hubungan seksual bersama pasangan mereka.
Terdapat beberapa jenis mati pucuk yang wujud dan anda mungkin adalah salah seorang daripadanya jika mengalami keadaan di bawah:
Kondisi ini mungkin akan berlaku akibat gangguan pada salur darah, sistem saraf dan hormon pada zakar atau tubuh badan lelaki secara umumnya.
Dalam pada itu, wujud juga beberapa faktor risiko lain termasuklah menghisap rokok, meminum alkohol, menyalahgunakan dadah dan sebagainya.
Memandangkan alat sulit lelaki itu adalah senjata utama dalam medan perang di kamar tidur, ia harus dijaga dan digilap sebaiknya agar tidak ‘rosak’.
Untuk mencegah mati pucuk berlaku, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan melihat dan mengelak faktor-faktor risikonya.
Dalam pada itu, kajian turut mendapati bahawa duduk terlalu lama atau aktiviti berbasikal berpanjangan juga mungkin boleh jadi punca kondisi ini.
Jadi, sila elak daripada faktor-faktor risiko di atas dan segera berjumpa doktor sekiranya anda mendapati wujud gejala disfungsi ereksi pada zakar.
Ironinya, penyakit mati pucuk ini dipercayai mungkin boleh dielakkan dengan lebih banyak melakukan hubungan seks bersama pasangan. Benarkah?
Menurut kajian yang dijalankan terhadap 989 orang lelaki berusia 55 ke 75 selama 5 tahun berkaitan hubungan seksual mereka, hasilnya amat menarik!
Kajian itu mendedahkan lelaki yang melakukan hubungan seksual kurang dari sekali seminggu adalah 2 kali ganda risiko mengalami mati pucuk berbanding mereka yang melakukan hubungan seksual lebih dari sekali seminggu.
Ini mungkin disebabkan oleh penggunaan alat sulit bagi tujuan seksual itu adalah pada kadar yang ideal lantas menyebabkan ia kekal di tahap dan prestasi terbaik.
“Seks yang kerap memainkan peranan penting dalam usaha mendapatkan serta mengekalkan ereksi zakar terutamanya dalam kalangan lelaki yang sudah berkahwin dan berusia”, jelas Pakar Urologi Juha Koskimaki.
Memandangkan kajian telah menyatakan seks yang kerap boleh jadi bantu elak penyakit mati pucuk, ramai juga berpendapat melancap juga sama.
Menurut Dr Koskimaki yang merupakan salah seorang penulis kajian ini lagi, melancap juga mungkin mampu membantu mengelak penyakit mati pucuk atau disfungsi ereksi daripada terjadi.
Beliau berpendapat bahawa perbuatan onani itu adalah hampir sama seperti seks di mana zakar yang kerap digunakan mampu berada pada tahap dan prestasi terbaik.
Ini kerana kedua-dua aktiviti seksual ini mungkin mampu membuat salur darah dan sistem saraf pada zakar kekal berfungsi sekali gus menyukarkan ia sukar untuk rosak.
Pun begitu, anda juga harus tahu bahawa turut wujud bahaya di sebalik mengamalkan tabiat onani ini!
Bagi seorang lelaki, anda perlu sentiasa mengambil tahu dan memberi perhatian khusus terhadap alat sulit agar tidak berlaku masalah berkaitan dengannya.
Dalam usaha untuk mengelak penyakit mati pucuk, sila elakkan diri daripada faktor-faktor risiko yang telah kami nyatakan di atas tadi dengan lebih baik.
Selain itu, adalah mungkin tidak salah juga untuk anda lebih aktif berhubungan seksual bersama pasangan seperti mana yang sangat disarankan oleh kajian ini.
Sekiranya anda pernah atau sedang mengalami sebarang masalah berkenaan ereksi zakar, segera berjumpa doktor untuk informasi dan nasihat lebih lanjut!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen