home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Kondisi Mati Pucuk Boleh Pulih Dengan Terapi 'Shock Wave', Berkesankah?

Kondisi Mati Pucuk Boleh Pulih Dengan Terapi 'Shock Wave', Berkesankah?

Sebenarnya, ramai lelaki yang mungkin mengalami kondisi ini namun malu serta takut untuk lebih bersikap terbuka kerana tidak tahu akan cara rawat mati pucuk.

Selain mengambil ubatan dan rawatan klinikal yang telah dipreskripsi dan diperakui doktor, ada satu lagi cara rawat mati pucuk iaitu terapi gelombang kejutan.

Persoalannya, adakah terapi ‘shock wave’ ini berkesan? Jom teruskan membaca artikel untuk tahu!

Apa itu terapi gelombang kejutan?

Terma klinikal untuk terapi ini adalah Low-intensity Shock Wave Therapy (LiSWT) yang telah lama digunakan untuk merawat kerosakan tulang, ligamen dan tendon.

Menggunakan gelombang kejutan yang tinggi, terapi ini dipercayai mampu menyembuhkan luka serta mempercepatkan proses pembaikan sel dan tisu yang rosak.

Memandangkan ereksi adalah sangat bergantung kepada aliran darah kepada sel dan tisu zakar, terapi ini turut dipercayai sebagai antara cara rawat mati pucuk.

Ini kerana melancarkan aliran darah pada zakar adalah usaha yang sama seperti rawatan mati pucuk yang lain termasuklah ubatan oral seperti sildenafil dan tadalafil.

Bagaimana pula cara ia berfungsi? Adakah ia akan melibatkan prosedur yang mungkin berbahaya?

cara rawat mati pucuk

Bagaimana cara rawat mati pucuk ini berfungsi?

Untuk pengetahuan anda, terapi gelombang kejutan ini akan menggunakan alat berbentuk seperti sebatang pen yang diletakkan di beberapa bahagian pada zakar.

Kemudian, alat ini akan digerakkan dan dalam masa yang sama memancarkan gelombang kejutan pada sekitar zakar kira-kira 15 minit tanpa menggunakan ubat bius.

Setiap gelombang kejutan yang terpancar pada zakar ini berpotensi untuk memperbaiki aliran darah serta sel dan tisu yang telah rosak akibat kondisi mati pucuk.

Meskipun masih tiada sebarang cadangan atau saranan tentang cara rawat mati pucuk ini, kajian pada tahun 2019 menyatakan ia perlu dilakukan lebih daripada sekali.

Ia merangkumi rawatan 2 kali seminggu dalam masa 3 minggu, diikuti 3 minggu tanpa sebarang rawatan dan kemudian ulang semula rawatan 2 kali seminggu dalam masa 3 minggu.

Hasil analisis menyatakan bahawa kesan gelombang terapi ini adalah setahun. Namun, benarkah?

Adakah ia berkesan atau sekadar kesan plasebo?

Terapi ‘shock wave’ ini adalah salah satu pilihan yang ada sebagai cara rawat mati pucuk namun ia masih belum diakui oleh Food and Drug Administration (FDA).

Pun begitu, kaedah ini telah disokong berkesan oleh beberapa kajian yang mengatakan ia sangat bagus sebagai cara rawat mati pucuk akibat gangguan salur darah.

cara rawat mati pucuk

Menurut kajian yang melibatkan 20 orang lelaki dewasa dengan kondisi mati pucuk jenis vaskulogenik, kesemua mereka telah berjaya pulih selepas 6 bulan rawatan.

Jadi, ia mungkin benar berkesan dan bukan sekadar kesan plasebo terutamanya jika anda yang ingin mencuba kaedah ini mengalami mati pucuk jenis sama.

Cuma, anda juga mungkin mahu mempertimbangkan hakikat di mana kaedah ini masih belum diakui sekali gus memerlukan lebih kajian lanjut terhadapnya.

Jika masih ingin mencuba, pastikan anda telah berkonsultasi dengan doktor terlebih dahulu ya!

Wujudkah sebarang kesan sampingan akibat terapi ini?

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, cara rawat mati pucuk yang satu ini masih berada pada fasa kajian di mana mungkin wujud kesan sampingan.

Meskipun ia dikatakan mungkin tidak akan mendatangkan sebarang rasa sakit, namun masih wujud risiko di mana kesan sampingan berbahaya mungkin terjadi.

Antara kesan sampingan yang paling dibimbangi oleh para lelaki adalah jika terapi gelombang kejutan ini akan membuat kondisi mati pucuk yang dialami menjadi lebih teruk.

Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk kalian mempertimbangkan kaedah lain yang telah diakui secara klinikal dan tidak mendatangkan kesan sampingan.

Antara alternatif rawatan yang mungkin boleh dipertimbangkan adalah mengambil ubatan sildenafil dan tadalafil serta memperbaiki gaya hidup anda.

cara rawat mati pucuk

Jika anda ada sebarang pertanyaan lebih lanjut mengenainya, sila bertanya kepada doktor anda ya!

Jangan malu & takut jika ada masalah mati pucuk!

Konklusinya, kondisi mati pucuk bukanlah satu perkara tabu yang perlu lelaki rasa malu atau takut jika mengalaminya kerana anda perlu untuk mengatasinya.

Ia sangat penting dalam usaha mengekalkan kemampuan dan keyakinan diri terutamanya yang sudah berkahwin untuk mendapatkan kepuasan di ranjang.

Oleh itu, jangan lagi anda rasa malu dan takut jika ada masalah mati pucuk. Segera berjumpa doktor okay!

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Radial Shockwave Therapy for Erectile Dysfunction, https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT03596047, Accessed Sep 20 2021.
  2. SHOCKWAVE THERAPY FOR ERECTILE DYSFUNCTION (ED), https://healthcare.utah.edu/menshealth/conditions/erectile-dysfunction/shockwave-therapy.php, Accessed Sep 20 2021.
  3. What is shockwave therapy and how might it help men with erectile dysfunction?, https://www.issm.info/sexual-health-qa/what-is-shockwave-therapy-and-how-might-it-help-men-with-erectile-dysfuncti/, Accessed Sep 20 2021.
  4. When Is Low-intensity Shockwave Therapy a Good Option for Erectile Dysfunction?, https://health.clevelandclinic.org/when-is-low-intensity-shockwave-therapy-a-good-option-for-erectile-dysfunction/, Accessed Sep 20 2021.
  5. Shockwave or ‘P-Shot’ for Erectile Dysfunction? Don’t Do It, https://hartfordhealthcaremedicalgroup.org/about-us/news-center/news-detail?articleid=17157&publicId=395, Accessed Sep 20 2021.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 4 minggu lalu
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor