backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Sakit Pada Tapak Kaki, Usah Pandang Remeh! Apa 7 Masalah Kaki Yang Sering Berlaku?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 20/02/2024

    Sakit Pada Tapak Kaki, Usah Pandang Remeh! Apa 7 Masalah Kaki Yang Sering Berlaku?

    Pernahkah anda mengalami namun tidak mengetahui apa punca sebenar di sebalik masalah tapak kaki sakit? Kadangkala, ia mungkin petanda penyakit berbahaya. Jadi, jom baca artikel ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.

    Tapak kaki sakit, ini 7 masalah yang sering terjadi!

    #1 Plantar fasciitis

    Plantar fasciitis boleh menyebabkan tapak kaki sakit terutama di kawasan tengah kaki.

    Ia adalah disebabkan oleh inflamasi yang terjadi di bahagian ligamen halus yang menghubungkan tumit dengan jari-jari kaki di tapak kaki.

    Tambah lagi, ia mungkin berlaku apabila ligamen plantar fascia menjadi tegang disebabkan sokongan kasut lemah, kerap berdiri, menyertai larian jarak jauh, kenaikan berat badan, atau masalah kaki yang lain.

    Selain itu, kondisi ini boleh bertambah parah dari masa ke masa, dan rasa pedih  berbeza-beza daripada ringan hingga sensasi menyucuk atau membawa tapak kaki berdenyut.

    tapak kaki
    Tanda kondisi plantar fasciitis.

    #2 Tapak kaki sakit – Kematu keras (corn)

    Lingkaran bulat daripada kulit yang menebal di jari kaki atau tapak kaki anda boleh menjadi kematu.

    Tahukah anda, tubuh kita sebenarnya membentuk kematu dengan tujuan untuk mengelakkan berlakunya lecet di kaki? Ya, benar dan ia bersifat tidak menyakitkan.

    Hammer toe, bunion, atau faktor kasut yang tidak bersesuaian mungkin menjadi antara penyebab kematu. Lama-kelamaan, ia boleh bertambah parah dan memerlukan rawatan.

    #3 Tapak kaki sakit – Sakit tumit (heel spur)

    Kenapa sakit di tumit kaki adalah disebabkan oleh lebihan tulang yang tumbuh secara tidak normal di bahagian bawah tumit.

    Ia boleh terjadi apabila anda memakai saiz kasut yang tidak betul, banyak berjalan dan postur badan yang tidak betul atau melakukan aktiviti fizikal seperti berlari.

    Lebihan tulang tersebut akan membuatkan tapak kaki terasa pedih ketika berjalan atau berdiri.

    Sesiapa yang mempunyai tapak kaki yang rata juga cenderung untuk mempunyai heel spur yang menyakitkan.

    Heel spur boleh didiagnosis melalui rasa sakit yang dirasakan pada tumit atau akibat kondisi kaki lain, seperti fasciitis plantar.

    Ringkasannya, ada 7 sebab rasa pedih atau tidak selesa pada tapak kaki:

    • Plantar fasciitis
    • Kematu keras (hard corn)
    • Sakit tumit (heel spur)
    • Kaki atlet
    • Lepuh
    • Stone bruise
    • Ketuat plantar

    #4 Kaki atlet (kaki makan air)

    Kaki atlet juga dikenali sebagai Tinea Pedis, adalah jangkitan kulat berjangkit yang mempengaruhi kulit pada bahagian kaki.

    Bukan hanya terhad pada kawasan kaki, ia juga boleh merebak ke kuku kaki dan tangan.

    Di samping itu, kaki atlet disebabkan oleh pelbagai jenis kulat yang dikenali sebagai dermatophytes atau moulds.

    Keadaan kaki yang sentiasa tertutup, panas, ataupun dalam persekitaran lembap akan menjadi medium yang sesuai untuk perkembangan kulat.

    Hati-hati, penyakit ini boleh berjangkit! Sentuhan dengan kulit yang dijangkiti atau memakai pakaian tercemar dan tidak dibersihkan berisiko menyebarkan jangkitan.

    tapak kaki sakit
    Jangkitan kulat pada tapak kaki.

    #5 Lepuh, penyebab tapak kaki sakit

    Gelembung dipenuhi cecair yang berlaku pada kaki dikenali sebagai lepuh.

    Melepuh adalah masalah umum, terutama bagi pejalan kaki, pelari, mereka yang memakai kasut tidak sesuai atau mempunyai kaki berpeluh.

    #6 Stone bruise

    Masalah tapak kaki sakit ini juga disebut metatarsalgia. Ia boleh muncul apabila anda melakukan senaman berimpak tinggi atau pemakaian kasut yang tidak sesuai.

    Kawasan antara jari dan lengkungan kaki mungkin berasa kebas dengan sesekali terasa sakit menyucuk seolah-olah anda sedang memijak batu. Simptomnya turut berisiko bertambah buruk dari masa ke masa.

    #7 Ketuat plantar

    tapak kaki sakit
    Ketuat plantar pada tapak kaki.

    Ketuat plantar (verruca) sering muncul di tapak kaki, biasanya di kawasan yang menampung berat badan seperti tumit, dan merebak ke kulit kerana tekanan daripada aktiviti berjalan dan berdiri, sekali gus menjadi punca tapak kaki sakit.

    Sekiranya ketuat pada kaki ini muncul dalam kelompok, ia dikenali sebagai kutil mosaik yang bersifat keras, tebal, dan leper.

    Ketuat plantar juga mungkin mempunyai bintik-bintik hitam di atasnya, sama seperti kutil yang biasa. Selain menjadi tanda kaki berdenyut, ia juga membuatkan kaki berbintik.

    Virus HPV yang menyebabkan pertumbuhan ketuat plantar biasanya tumbuh subur di persekitaran yang hangat dan lembap.

    Jadi, ada banyak sebab kenapa tapak kaki rasa pedih. Sebaiknya, segera jumpa doktor jika ada kebimbangan!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 20/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan