backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Gemar Minum Air Lemon? Ini 6 Kebaikan Buah Lemon Pada Kesihatan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 22/01/2024

    Gemar Minum Air Lemon? Ini 6 Kebaikan Buah Lemon Pada Kesihatan

    Ramai yang sudah tahu khasiat air lemon dan kesan minum air lemon setiap hari.

    Walaupun tiada kajian khusus tentang kebaikan air lemon, tapi banyak bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan lemon dan juga air kosong mempunyai banyak faedah.

    Sebagai contoh, buah lemon kaya dengan kandungan vitamin C. Pengambilan air kosong pula dapat membantu sistem pencernaan anda.

    Amalan minum air lemon merupakan satu tabiat mudah yang sering menjadi buah mulut individu yang ingin menurunkan berat badan.

    khasiat air lemon
    Air lemon boleh bantu anda kuruskan badan.

    Tidak kurang juga, ramai yang berkata khasiat air lemon mampu buatkan kulit kita bertambah glowing!

    Pasti anda tertanya-tanya sama ada semua ini fakta ataupun auta?

    Jika anda mahu tahu dengan lebih lanjut, jom ikuti artikel kami di bawah!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    1. Khasiat air lemon kaya dengan vitamin C

    Betul tu, buah lemon sememangnya kaya dengan vitamin C, tetapi bukan itu sahaja!

    Buah ini juga mengandungi vitamin A, beta-karotena, folat, kalsium dan potassium yang baik untuk badan anda.

    Vitamin C merupakan sejenis antioksidan yang boleh membantu tubuh badan untuk melawan penyakit.

    Selain itu, vitamin C juga terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan juga membantu pemulihan sel-sel dalam tubuh badan.

    2. Amalan minum air lemon baik untuk kulit

    Badan kita memerlukan vitamin C untuk membuat kolagen, sejenis protein yang baik untuk kulit.

    Kolagen dapat memperlahankan tanda-tanda penuaan seperti mengurangkan kedutan pada permukaan wajah.

    Air pula penting untuk membuatkan badan kekal terhidrat. Jika kita minum air yang cukup, kulit akan jadi lebih lembap dan sihat.

    Pengambilan air yang kurang akan buatkan wajah menjadi kering dan lesu.

    3. Bantu anda kekal terhidrat

    Anda perlu minum air sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari. Sebagai permulaan, cuba amalkan minum air lemon suam ketika anda baru bangun tidur.

    Amalan ini dapat membuatkan anda rasa lebih segar dan bersemangat pada waktu pagi.

    Perasaan positif ini juga dapat membantu membuatkan mood anda jadi lebih baik.

    4. Adakah lemon boleh menurunkan berat badan?

    khasiat air lemon
    Lemon boleh membantu turunkan berat badan.

    Seperti yang ramai orang tahu, air kosong mempunyai 0 kalori. Jika anda menambah perahan limau ke dalam minuman, anda hanya akan menambah sebanyak 6 kalori sahaja.

    Sebab itulah air perahan lemon menjadi pilihan individu yang sedang berdiet!

    Amalan minum air lemon ketika berdiet dapat mengurangkan rasa untuk mengambil minuman bergula. Ini merupakan salah satu cara untuk menambah perisa pada air tanpa perlu ambil lebih banyak kalori.

    Selain itu, amalan ini juga membuatkan anda rasa kenyang dengan lebih lama.

    Oleh itu, anda akan kurang makan dan akhirnya anda akan mengalami penurunan berat badan.

    5. Khasiat air lemon bantu sistem pencernaan anda

    Khasiat air lemon mengandungi asid yang boleh membantu sistem pencernaan anda.

    Sebagai contoh, orang yang sudah berusia akan mempunyai kandungan asid perut yang lebih lemah daripada biasa.

    Air lemon mungkin dapat membantu tubuh untuk memecahkan makanan dengan lebih sempurna.

    Lemon juga mengandungi sejenis fiber yang dipanggil pektin. Pektin ialah sejenis prebiotik yang dapat membantu untuk kesihatan perut yang lebih baik.

    Namun, jika anda ingin merasakan kebaikan pektin, anda dinasihatkan untuk minum jus lemon bersama dengan pulpanya sekali.

    6. Kurangkan risiko batu karang

    Pasti ramai orang sudah sedia maklum bahawa pesakit batu karang perlu minum banyak air untuk elakkan pembentukan batu karang daripada berulang.

    Oleh itu, amalan minum air yang mencukupi boleh membantu anda untuk melawan penyakit batu karang yang selalunya berpunca daripada dehidrasi.

    Selain itu, asid sitrik yang terkandung dalam buah lemon juga mampu mengurangkan risiko batu karang.

    Ia mampu menghalang pembentukan kebanyakan jenis batu karang yang selalunya terbentuk daripada kalsium oksalat.

    Bonus: Cara minum air lemon dengan betul

    khasiat air lemon
    Jus lemon sangat menyegarkan.

    Jika anda ingin amalkan minum lemon, jangan hanya ambil sehiris lemon dan letakkan di dalam air. Salah tu!

    Pertama sekali, anda perlukan segelas air suam. Belah lemon kepada dua dan perah sebelah potongan lemon itu ke dalam air.

    Anda boleh juga tambah sedikit madu ataupun daun pudina sebagai perasa tambahan.

    Selain itu, anda juga boleh simpan kulit lemon dan gunakan parutannya sebagai bahan dalam masakan ataupun kek anda!

    Jika anda hanya menggunakan sehiris lemon sahaja dalam air anda, khasiat air lemon yang sebenarnya tidak akan dapat dirasai dengan sebaiknya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 22/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan