backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Awas! Wanita Yang Suka Makan Suplemen Untuk Kulit BERISIKO Alami Kerosakan Hati

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/10/2022

Awas! Wanita Yang Suka Makan Suplemen Untuk Kulit BERISIKO Alami Kerosakan Hati

Setiap hari kita disogok dengan pelbagai jenis produk supplement untuk kulit. Tetapi yang menjadi persoalan utama, adakah penggunaan produk seperti itu mendatangkan kesan baik kepada anda?

Adakah supplement untuk kulit 1 keperluan?

Siapa yang tidak sukakan kulit yang cantik, berseri, bersinar dan tanpa jerawat?

Boleh dikatakan ia adalah impian setiap wanita untuk mempunyai kulit yang halus dan mulus tanpa cela. 

Disebabkan itu juga, terdapat lambakan jenis produk dan supplement untuk kulit yang boleh didapati di pasaran, kononnya mampu menjadikan kulit lebih menawan.

Namun, adakah kulit anda memerlukan rutin penjagaan tambahan melalui pengambilan suplemen untuk kulit?

Jika soalan tersebut ditanyakan kepada pengasas mahupun pengeluar produk penjagaan kulit, sudah tentu mereka akan mengiyakannya. Ia adalah satu cara untuk memasarkan produk keluaran mereka.

Tapi bagaimana pula dari sudut kesihatan, adakah benar produk penjagaan seperti supplement untuk kulit atau makanan tambahan diperlukan?

Tidak banyak data sokongan tentang suplemen kulit

Menurut pakar dermatologi, Hadley King, “Walaupun banyak pulangan yang diterima oleh industri yang menghasilkan produk makanan tambahan di Amerika Syarikat, namun data yang boleh menyokong penggunaannya sangat sedikit.”

“Suplemen kulit atau kecantikan pada dasarnya adalah ‘penjenamaan semula’ multivitamin.

Ini kerana kebanyakan nutrien yang diperlukan diperolehi daripada makanan dan tidak berdepan isu kekurangan vitamin.

Maka pengambilan suplemen tidak membantu dalam memperbaiki kulit” ujar Hadley.

Seorang lagi Pakar Dermatologi, David Lortscher, turut bersetuju bahawa makanan adalah sumber yang terbaik. Dia menjelaskan bahawa pengambilan suplemen kulit tidak diperlukan untuk memperolehi kulit yang sihat. 

“Cara paling konservatif untuk mendapatkan vitamin dan mineral yang bermanfaat kepada kulit adalah melalui pengambilan diet pemakanan yang sihat,” ujar David.

supplement untuk kulit

Kesan sampingan menggunakan supplement untuk kulit

David juga menyatakan kebimbangan mengenai tahap keselamatan dos yang terkandung di dalam vitamin dan suplemen.

Pengambilan sebarang vitamin atau supplement untuk kulit juga berisiko mendatangkan reaksi tindak balas kepada ubat preskripsi doktor. 

Hadley turut bersetuju mengenai isu kesan sampingan yang mungkin berlaku.

Dia turut memberitahu vitamin larut lemak (fat-soluble vitamin) boleh berkumpul pada hati dan menyebabkan kerosakan. 

Terdapat sesetengah penyelidik mempercayai, pengambilan suplemen yang mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi juga berbahaya.

Ini kerana ia boleh mengembangkan risiko untuk mengalami masalah kanser. 

Walau bagaimanapun, Hadley mengakui bahawa terdapat potensi yang bermanfaat daripada pengambilan suplemen.

Namun ia bergantung kepada individu dan sama ada terdapat kajian yang menyokong penghasilan suplemen tersebut. 

“Tidak ada individu yang mampu menjaga aspek pengambilan makanan sihat dan sempurna setiap hari. Jika ada sekalipun, ia tidak bermakna kesemua nutrien dapat diserap. Keadaan ini boleh berlaku apabila kita semakin berusia,” ujar Hadley. 

Tetapi pakar dermatologi itu menyarankan untuk mendapatkan rundingan, nasihat serta pemeriksaan daripada doktor terlebih dahulu.

Ia penting untuk mengenal pasti jika anda berdepan isu kekurangan nutrien ataupun tidak.

Berhati-hati membaca label

Seorang doktor naturopati, Dr Nigma Talib memberi amaran bahawa tidak semua suplemen yang berada di pasaran adalah pilihan yang terbaik.

Banyak aspek perlu dipertimbangkan dalam membuat keputusan berkaitan suplemen yang selamat dan berkesan kepada pengguna. 

Pada masa sama, Dr Nigma juga menyelar individu yang menghasilkan produk kesihatan tetapi tidak mempunyai sebarang pengalaman atau penyelidikan klinikal.

Ini kerana pengalaman klinikal amat penting dalam penghasilan produk yang baik.

Sememangnya semua produk makanan tambahan yang dihasilkan perlu memenuhi piawaian Food and Drug Administration (FDA). Namun, pada akhirnya ia adalah berbalik kepada pengguna itu sendiri. 

Ini kerana pengguna mempunyai tanggungjawab bagi melakukan ‘penyelidikan’ sendiri.

Pengguna tidak boleh menerima bulat-bulat dan menganggap setiap produk yang berada di pasaran adalah selamat.

Membaca label pada setiap produk suplemen adalah penting. Elakkan daripada memilih produk yang terkandung bahan tambahan seperti pewarna atau sebarang bahan logam berat.

Pemilihan produk

supplement untuk kulit

Jika anda sedang mencari produk yang bersesuaian, berikut antara bahan yang perlu anda cari:

  1. Polypodium leucotomos

Sekiranya anda banyak menghabiskan masa di luar rumah, cari produk yang mempunyai kandungan Polypodium leucotomos. Ia berfungsi untuk melawan kerosakan yang disebabkan cahaya matahari. 

Tetapi ia bukan bermakna anda boleh mengetepikan pemakaian krim pelindung matahari atau sebarang kaedah perlindungan sinaran UV yang lain.

  1. Vitamin D

Kandungan vitamin D dapat membantu mencegah masalah kulit berjerawat. Terdapat penyelidikan yang membuktikan tahap vitamin D rendah dengan masalah kemunculan jerawat. 

Jadi mungkin anda boleh mencuba produk yang mempunyai kandungan vitamin D, jika jerawat adalah musuh utama kulit anda.

  1. Kombinasi bahan

Gabungan kandungan seperti vitamin A, zink, selenium, lisin, asid hyaluronik dan Methylsulfonylmethane (MSM) dapat membantu fungsi imun berkaitan tiroid dan menggalakkan peningkatan optimum tahap kolagen. 

Kesimpulannya

Pengambilan sebarang supplement untuk kulit atau produk makanan tambahan adalah sesuatu yang tidak begitu diperlukan oleh kebanyakan individu.

Tetapi pengambilannya mungkin dapat memberikan manfaat kebaikan kepada kesihatan, sekiranya anda memerlukannya. 

Tetapi sebelum anda membuat sebarang keputusan, pastikan anda mendapatkan pandangan daripada doktor terlebih dahulu. Jangan sekadar bertanyakan kepada Dr Google semata-mata!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan