backup og meta

Stevia 400x Ganda Lebih Manis Daripada Gula! Benarkah Ia Pemanis Alternatif Terbaik?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/09/2023

    Stevia 400x Ganda Lebih Manis Daripada Gula! Benarkah Ia Pemanis Alternatif Terbaik?

    Ada banyak kebaikan gula stevia pada zaman sekarang. Seiring dengan peredaran zaman, penggunaan stevia makin popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Namun, apakah sebenarnya stevia ini dan selamatkah untuk dimakan dalam kuantiti yang banyak?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh di sini.

    Adakah benar ia alternatif gula terbaik?

    Stevia datang daripada tumbuhan stevia rebaudiana (Bertoni), sejenis tumbuhan yang berasal dari Amerika Selatan.

    Stevia rebaudiana mengandungi satu komponen yang bernama rebaudioside A. Inilah komponen dalam daun stevia yang memberikannya rasa yang manis!

    Antara kebaikan gula stevia ialah potensinya sebagai alternatif kepada gula. Tumbuhan ini dikatakan adalah 200 hingga 400 kali ganda lebih manis daripada gula!

    Walaupun stevia mungkin baru bagi rakyat Malaysia, namun rakyat Paraguay dan Brazil sudah lama menggunakan daun stevia ini sebagai pemanis makanan mereka.

    Selain itu, antara manfaat stevia ialah sebagai ubat tradisional untuk mengubat luka terbakar, kolik, masalah sakit perut dan kadangkala sebagai alatan kontraseptif.

    Apa kebaikan gula stevia buat kesihatan?

    kebaikan gula stevia

    300 kali ganda lebih manis daripada gula namun tidak memberikan apa-apa kesan sampingan kepada kandungan gula dalam darah, jadi tumbuhan ini mungkin dianggap ajaib bagi sesetengah pihak.

    Tambah lagi, stevia mempunyai 0 kalori! Wow, berita baik untuk individu yang ingin menguruskan badan!

    Jika gula digantikan dengan stevia dalam minuman atau makanan, memang benar tumbuhan ini mampu mengurangkan gula dalam darah dan membantu mengawal berat badan.

    Orang Jepun pula sudah lama menggantikan gula dengan bahan ini setelah negara tersebut mengharamkan pemanis tiruan dalam makanan 40 tahun lalu.

    Namun, jangan terlampau taksub pula dengan tumbuhan ini! Kajian yang dilakukan terhadap kebaikan gula stevia masih lagi sedikit. Masih banyak lagi yang pakar belum tahu tentang stevia.

    Selain itu, kesan jangka panjang pengambilan stevia juga masih belum diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk tidak mengambil terlalu banyak stevia setiap hari.

    Ingatlah untuk sentiasa bersederhana dalam apa juga amalan anda ya!

    FDA dan juga pemanis alternatif ini

    Pada tahun 1991, FDA telah mengharamkan stevia di Amerika Syarikat disebabkan sebuah kajian yang telah dijalankan oleh ahli toksikologi di UCLA.

    Kajian mereka mendapati bahawa stevia boleh mengakibatkan kanser. Dalam kajian tersebut, mereka mendapati stevioside boleh mengakibatkan mutasi genetik, kerosakan pada kromosom dan juga DNA.

    Walau bagaimanapun, kajian ini hanyalah dijalankan di dalam makmal dan bukanlah terhadap subjek hidup.

    kebaikan gula stevia

    Ada juga pihak yang mengatakan stevia bahaya kerana ia boleh akibatkan kemandulan dan membuatkan pesakit kencing manis jadi lebih teruk!

    Namun, semua khabar angin di atas telah dipatahkan seiring dengan kemunculan kajian-kajian baru tentang kebaikan stevia yang lebih diyakini.

    Walau bagaimanapun, jika anda ingin merasai kebaikan gula stevia, pastikan ia datang daripada sumber yang betul dan meyakinkan.

    Walau bagaimanapun, FDA masih lagi tidak membenarkan import daun dan juga ekstrak kasar stevia. Dua bahan ini tidak mendapat jaminan GRAS (generally recognized as safe) daripada FDA.

    Daun dan ekstrak kasar stevia boleh mengakibatkan sakit buah pinggang, dan mungkin boleh membahayakan sistem reproduktif dan kardiovaskular anda.

    Hanya steviol glycosides yang mempunyai ketulenan tinggi (95% ketulenan minimum), Rebaudioside A (turut dikenali sebagai Reb A), Stevioside, Rebaudioside D, atau steviol glycoside sahaja yang disahkan mempunyai status GRAS daripada FDA.

    Kebaikan gula stevia sebagai ganti rasa manis

    Penggunaan pemanis tanpa kalori dalam minuman boleh membantu pesakit kencing manis untuk mengawal gula di dalam darah.

    Tetapi, sebelum beli produk stevia di pasaran, cuba baca labelnya terlebih dahulu.

    Walaupun kebaikan stevia tidak dapat disangkal lagi, cuba elakkan produk yang mempunyai dextrosa ataupun malodextrin.

    Dektrosa adalah sejenis glukosa manakala malodextrin ialah kanji. Kedua-duanya mempunyai sedikit amaun gula dan juga karbohidrat.

    kebaikan gula stevia

    Peminum kopi dan teh tegar juga boleh cuba meletakkan stevia sebagai pemanis alternatif. Bayangkan jumlah gula yang anda dapat elakkan jika anda minum kira-kira 3 cawan kopi sehari!

    Anda juga boleh gunakan stevia sebagai pemanis yogurt dan pencuci mulut.

    Walau bagaimanapun, penggunaan stevia dalam kek dan roti tidak digalakkan kerana stevia mempunyai rasa pahit seperti akar manis (liquorice) jika dibakar.

    Konklusinya, ia banyak manfaat yang ramai belum tahu!

    Stevia merupakan pemanis semula jadi yang boleh menjadi alternatif yang sihat kepada orang Malaysia yang amat gemarkan makanan manis.

    Banyak manfaat gula stevia untuk diet terutamanya untuk golongan yang menghidap kencing manis dan sakit jantung.

    Pada ketika ini, penggunaan stevia masih lagi selamat dan tidak membimbangkan. Walau bagaimanapun, masih banyak kajian yang perlu dijalankan sebelum penggunaan pokok stevia boleh disahkan 100% selamat.

    Kepada pesakit kkencing manis atau sakit jantung yang mahu menggunakan stevia sebagai pemanis alternatif, cuba berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

    Dapatkan konsultasi supaya anda lebih faham tentang kebaikan gula stevia yang anda ingin cuba.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan