Untuk menurunkan berat badan, anda perlu mengurangkan pengambilan kalori daripada yang dibakar. Kedengaran mudah bukan? Tetapi bagaimana cara kira kalori makanan sebenarnya, ya?
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Untuk menurunkan berat badan, anda perlu mengurangkan pengambilan kalori daripada yang dibakar. Kedengaran mudah bukan? Tetapi bagaimana cara kira kalori makanan sebenarnya, ya?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Sebelum mengetahui cara kira kalori makanan, jom kita fahami secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan kalori itu.
Kalori adalah ukuran tenaga, biasanya digunakan untuk mengukur kandungan tenaga dalam sesuatu makanan dan minuman.
Anda menggunakan kalori yang dimakan dan diminum untuk fungsi penting tubuh, contohnya bernafas dan berfikir serta melakukan aktiviti harian seperti berjalan, bercakap dan makan.
Sebarang lebihan kalori akan disimpan sebagai lemak. Jika anda kerap makan secara berlebihan, ia akan menyebabkan penambahan berat badan dari masa ke masa.
Anda mungkin sering mendengar bahawa kalori adalah tidak penting dan melakukan pengiraan kalori sesuatu yang membuang masa.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda ingin mengurangkan berat dengan berkesan, maka kira kalori makanan untuk kurus adalah penting.
Ia adalah fakta yang telah disahkan berdasarkan kajian disebut sebagai overfeeding. Melalui penyelidikan tersebut, beberapa individu diminta secara sengaja untuk makan secara berlebihan dan diukur kesannya ke atas berat badan dan kesihatan mereka.
Hasil kajian mendapati mereka yang mengambil kalori lebih banyak daripada yang dibakar, akan mengalami pertambahan berat badan.
Fakta mudah ini bermakna mengira kalori dan mengehadkan pengambilannya berkesan untuk mencegah penambahan berat badan atau menurunkan berat selagi anda mematuhinya.
Secara amnya, berapa kalori yang diperlukan bergantung kepada beberapa faktor seperti jantina, umur, berat badan dan tahap aktiviti fizikal.
Sebagai contoh, seorang atlet lelaki berusia 25 tahun akan memerlukan lebih banyak kalori berbanding wanita berumur 70 tahun yang tidak bersenam.
Jika sedang merancang untuk menurunkan berat, anda perlu mencipta defisit kalori dengan mengurangkan pengambilan makanan.
Baca juga:
Bagaimana untuk kira kalori badan? Terdapat tiga langkah yang perlu anda lakukan:
Berat (dalam kg) ÷ [Tinggi (dalam meter) x Tinggi (dalam meter)]
Kaedah pengiraannya seperti berikut:
Berat badan: 55 kg
Ketinggian: 155 cm – Tukar ukuran tinggi kepada meter: 155 cm ÷ 100 = 1.55 m
Pengiraannya:
55 ÷ (1.55 x 1.55) = 22.9 = Berat sihat
Melalui keputusan kiraan BMI, anda dapat mengetahui golongan berat badan anda. Melalui carta ini juga, anda boleh target bagi mendapatkan berat badan yang diingini.
Bagaimana nak tahu kategori berat badan anda berdasarkan BMI yang dikira tadi? Rujuk senarai di bawah:
Basic Metabolic Rate (BMR) adalah kiraan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan dalam keadaan rehat mengikut tinggi, berat dan umur (tanpa aktiviti fizikal).
Pengiraan BMR berbeza untuk lelaki dan wanita. Cara kira BMR adalah seperti berikut:
Contoh :
Danial (lelaki)
Berat : 75 kg
Tinggi : 170 cm
Umur : 35 tahun
Pengiraan :
66 + (13.7 x 75 kg) + (5 x 170 cm) – (6.8 x 35 thn)
= 66 + (1027.5) + (850) – (238)
=1705.5
Daily Calorie Requirements (DCR) merupakan jumlah kalori yang diperlukan ketika melakukan aktiviti fizikal.
DCR adalah seperti berikut:
Kemudian, jumlah BMR tadi didarabkan pula dengan DCR.
Danial, seorang lelaki dengan keputusan BMR 1705.5, dan aktif bersenam 3-5 kali seminggu. Secara tidak langsung Danial berada dalam kategori 3 – 1.55
1705.5 x 1.55 = 2643 kcal
2643 kcal adalah jumlah kalori yang diperlukan mengikut umur, berat badan, tinggi dan aktiviti harian Danial.
Dengan keputusan BMI pada awal kiraan tadi, Danial tergolong dalam kategori memiliki berat badan normal, jadi dia boleh mengekalkan berat badan dengan pengambilan kalori mengikut kiraan DCR di atas.
Sebaliknya, jika Danial berada dalam kategori berat berlebihan, dia mempunyai dua pilihan iaitu:
Untuk kesihatan optimum, kira kalori makanan yang perlu diambil bukanlah satu-satunya perkara penting yang perlu diberikan perhatian. Namun, jika ia melibatkan penurunan berat badan, pengiraan kalori harus diambil kira.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai kaedah penurunan berat melalui pengiraan pengambilan kalori, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen