Selalu Alami Masalah Haid Tidak Teratur, Ada 23 Punca & Salah Satunya Mungkin Dialami Anda…

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kitaran haid adalah 1 perkara penting dalam aspek kesuburan wanita. Tetapi apa yang dimaksudkan dengan haid tidak teratur? Adakah ia beri kesan kepada kehamilan?

Apa itu kitaran haid?

Haid, merupakan sebahagian daripada kitaran haid di mana endometrium, yang merupakan lapisan uterus, disingkirkan. Ia akan menjadi seperti pendarahan dari rahim yang dikeluarkan melalui faraj.

Haid biasanya bermula semasa akil baligh bagi seseorang anak gadis, antara umur 10 sehingga 16 tahun, dan ia akan berterusan sehingga seseorang individu wanita itu mengalami menopaus, pada usia antara 45 sehingga 55 tahun.

Purata kitaran haid (tempoh daripada awal haid hingga awal haid yang seterusnya) normal bagi seseorang individu wanita kebiasaannya adalah 28 hari, namun, ia adalah berbeza bagi setiap individu.

Maka adalah normal untuk mempunyai kitaran haid yang lebih pendek atau panjang. Kitaran tidak teratur adalah apabila tempoh kitaran melebihi 35 hari atau kitarannya tidak menentu.

Memahami haid tidak teratur

Haid yang tidak teratur ini, turut dikenali sebagai oligomenorrhea – jumlah bilangan haid yang dialami kurang dari 6 hingga 8 kali setahun.

Boleh berlaku jika anda mengamalkan kaedah kontrasepsi, ketidakseimbangan hormon, perubahan hormon ketika dalam proses menopaus dan senaman ketahanan.

Kitaran haid tidak teratur dialami jika jarak antara haid anda kerap berubah. Haid anda mungkin datang lebih awal atau lebih lewat daripada kebiasaan. 

Apakah simptom haid tidak teratur?

haid sedikit
 

Simptom utamanya adalah apabila kitaran menjadi lebih panjang daripada 35 hari, atau tidak menentu dan kerap berubah.

Jika darah haid yang keluar adalah lebih banyak atau berkurangan, ia juga menjadi antara simptom yang boleh dikenal pasti selain dari tempoh kedatangan haid yang berbeza-beza setiap kali haid tiba.

Antara simptom lain haid yang tidak teratur adalah:

  • Kekejangan pada bahagian belakang badan atau kekejangan badan
  • Payudara terasa berat atau sakit
  • Mengalami sakit kepala
  • Muncul jerawat
  • Tidur terganggu
  • Berlaku perubahan emosi
  • Perut kembung

Kenapa masalah kitaran haid tidak teratur boleh berlaku?

Berikut boleh dikatakan menjadi antara penyebab mengapa kitaran haid menjadi tidak teratur.

Kitaran kehidupan dan kehamilan

Kitaran bangun dan tidur

  • Kerja shift atau shift waktu malam
  • Gangguan tidur
  • Jet lag atau melalui jarak perjalanan jauh

Perubahan fizikal atau emosi

  • Tekanan kronik
  • Senaman yang berlebihan
  • Pengambilan atau penyalahgunaan bahan tertentu
  • Perubahan berat secara mendadak
  • Gangguan pemakanan seperti tidak mendapat kalori yang mencukupi
  • Pengambilan ubatan tertentu

Keadaan perubatan tertentu

  • Sindrom ovari polisistik (PCOS)
  • Gangguan tiroid
  • Diabetes yang tidak terkawal
  • Jangkitan pada saluran pembiakan
  • Kelainan serviks atau faraj
  • Kanser tertentu atau kewujudan ketumbuhan
  • Gangguan pendarahan
  • Keadaan perubatan lain seperti prolaktinoma, kegagalan ovari utama, yang disebut sebagai sindrom Asherman.

Kitaran Haid

Pemeriksaan doktor

Anda tidak perlu mendapatkan nasihat perubatan jika anda sentiasa mempunyai kitaran haid tidak teratur atau anda baru sahaja mengalami akil baligh.

Tetapi dapatkan nasihat doktor jika:

  • Kitaran haid anda tiba-tiba menjadi tidak teratur dan anda berusia bawah 45 tahun
  • Anda mengalami haid lebih kerap daripada setiap 21 hari atau kurang kerap daripada setiap 35 hari
  • Haid anda lebih lama daripada 7 hari
  • Terdapat perbezaan besar (sekurang-kurangnya 20 hari) antara kitaran haid yang paling singkat dan paling panjang
  • Anda mengalami haid tidak teratur dan anda sedang berusaha untuk hamil
  • Anda tidak mengalami haid lebih daripada 3 kali dalam masa setahun
  • Pendarahan yang anda alami adalah banyak berbanding kebiasaannya
  • Anda mungkin tidak mempunyai sebarang masalah, tetapi memahami punca di sebaliknya mungkin membantu anda. Anda mungkin dirujuk kepada pakar yang disebut pakar ginekologi jika anda memerlukan sebarang ujian atau rawatan.

Adakah peluang kehamilan terjejas?

Anda mungkin sukar untuk hamil jika anda mempunyai kitaran haid yang tidak teratur kerana tidak mengalami ovulasi secara teratur. Mengadakan hubungan kelamin setiap 2 atau 3 hari boleh membantu meningkatkan peluang kehamilan.

Anda tidak perlu menyasarkan tingkap kesuburan kerana ovulasi anda tidak teratur. Anda mungkin memerlukan rawatan hormon atau rawatan kesuburan jika anda sukar untuk hamil secara semula jadi.

Gaya hidup

Jika tekanan merupakan antara penyebab anda mengalami gangguan kitaran tidak teratur ini, anda harus mencuba mempelajari teknik pengurusan tekanan seperti meditasi atau yoga.

Cuba untuk tidak bersenam secara berlebihan dan jangan terlalu mengawal pengambilan diet pemakanan secara keterlaluan, ia turut boleh menganggu kitaran haid anda.

Jika anda mengambil sebarang pil kontraseptif, pastikan anda mengikut arahan perubatan yang diberikan. Paling penting, pastikan anda mengawal dan memberikan perhatian kepada gaya hidup yang lebih sihat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Wanita Alergik Sperma Lelaki, Boleh Hamil? Ia Bergantung Kepada Aspek Ini…

Ada kepercayaan yang kata bahawa alahan sperma boleh sukarkan wanita hamil! Adakah ia tepat atau tidak? Jom klik untuk tahu jawapannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keadaan Alergi/Autoimun, Pusat Kesihatan 23/11/2020 . 3 minit bacaan

Bersenam Boleh Kurangkan Sakit Senggugut- Fakta @ Auta? Ini Jawapan Kajian!

Sakit senggugut menyerang kembali! Ia merupakan antara kesakitan disebabkan haid yang paling menjengkelkan bagi para wanita setiap bulan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 20/11/2020 . 3 minit bacaan

Ladies, Pernah Tak Alami Bibir Faraj Membengkak? 5 Kondisi Ini Boleh Jadi Penyebabnya

Faraj merupakan bahagian tubuh utama wanita yang mempunyai fungsi unik tersendiri. Namun, kondisi vulva bengkak boleh berlaku pada sesetengah individu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 20/11/2020 . 3 minit bacaan

Jejaka Jangan Banyak Main Telefon Sebelum Tidur, Risiko TIDAK SUBUR Tinggi

Adakah anda gemar menggunakan telefon pintar sebelum tidur? Pada masa kini, penggunaan gajet elektronik sebelum tidur sudah dianggap sebagai satu ritual.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 18/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

fibroid ketika hamil

Ibu Hamil Ada Fibroid? Ini Rawatan Yang Akan Dilakukan, Bagi Elak Keguguran!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
darah haid berketul

Darah Haid Berketul Sebesar Ibu Jari? Ada Yang Normal & Ada Juga Disebabkan Masalah Wanita

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
kerap kencing

Sering Buang Air Kecil Bukan Hanya Sebab Pundi Kencing Aktif, Ada 6 Lagi Punca Lain!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
mitos haid wanita

Jangan Mandi Semasa Datang Bulan Sebab Boleh Mandul, Usah Tertipu Dengan Mitos Haid Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/11/2020 . 3 minit bacaan