Makan Tak Ingat Dunia? Ini Mesti Tanda Nak Period, Ada 5 Cara Mudah Untuk Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Wanita boleh alami pelbagai jenis simptom sebelum mereka period, salah satu daripadanya adalah makan banyak daripada biasa.

Ia bukanlah satu fenomena asing malah hampir 90% wanita yang melalui fasa prahaid boleh mengalami simptom seperti kelesuan, peningkatan pada selera makan, ketidakstabilan emosi dan sakit payudara.

Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak boleh didiagnosis sewenang-wenangnya tanpa bantuan doktor perubatan.

Ini berikutan, peningkatan pada selera makan merupakan simptom umum yang turut dialami oleh mereka yang mempunyai penyakit lain seperti kecelaruan lewah (binge-eating disorder).

Pasti anda tertanya-tanya, kenapa wanita yang prahaid lebih cenderung untuk mendapat permasalahan ini.

Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.

Makan banyak untuk bantu redakan ketidakstabilan emosi

Terdapat paten pada corak pemakanan wanita yang berada dalam fasa prahaid. 

Kajian menunjukkan peningkatan pada jumlah hormon estrogen dan progesteron boleh meningkatkan kecenderungan seseorang itu untuk mengambil makanan yang tinggi gula dan karbohidrat.

Oleh sebab itulah, mereka yang mengalaminya kebiasaannya obses dengan makanan ringan seperti coklat, gula-gula dan sebagainya.

Pengambilan makanan tersebut dapat meredakan ketidakstabilan emosi dan kelesuan yang dialami sepanjang tempoh prahaid.

Makanan yang mengandungi gula boleh meningkatkan rembesan bahan kimia serotonin yang berupaya untuk menimbulkan rasa gembira pada diri seseorang itu.

Jadinya, makan banyak sepanjang tempoh prahaid sememangnya normal.

Pun begitu, kira-kira 5% wanita yang mengalami haid berisiko untuk didiagnosis dengan satu keadaan yang lebih serius sepanjang tempoh prahaid.

Keadaan tersebut juga boleh menyebabkan peningkatan pada selera makan.

Ia dikenali sebagai kecelaruan disforia prahaid (premenstrual dysphoric disorder, PMDD). Dalam bahasa mudah, ia seperti sindrom prahaid, namun lebih teruk.

Mereka yang mengalaminya turut berisiko untuk mendapat simptom murung dan perubahan mood mendadak.

Terdapat juga kajian yang menunjukkan mereka yang mengalami masalah pada kitaran haid seperti haid tidak teratur lebih mudah untuk mendapat simptom makan banyak.

Strategi elak simptom makan banyak sebelum tiba haid

makan banyak

Setiap individu memerlukan bantuan berbeza untuk mengatasi masalah makan banyak sepanjang menempuhi fasa prahaid.

Ada wanita yang boleh mengawal atur gaya hidup mereka namun ada juga yang memerlukan rawatan farmakologikal dan bantuan pakar untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Antara langkah yang boleh diambil adalah:

#1 Akui anda sebenarnya ada masalah makan banyak

Tiada faedahnya anda mempertahankan masalah makan banyak dengan pelbagai jenis alasan yang kadangkala tidak masuk akal.

Perubahan pada diri dan gaya hidup seseorang sukar berlaku sekiranya mereka tidak mengakui masalah yang sedang dialami.

Jika anda sememangnya tidak menyedari akan corak pemakanan anda yang meningkat naik, anda boleh rekodkan dalam diari makanan dan pantau dari semasa ke semasa.

Melalui rekod tersebut, anda boleh lihat tahap keterukan masalah makan banyak terutamanya ketika fasa prahaid.

#2 Ambil makanan yang lebih sihat

Anda mungkin rasa gatal tangan hendak menempah makanan segera seperti piza dan sebagainya ketika nafsu makan menguasai diri.

Namun, seperti nutrisi karbohidrat ringkas yang terdapat dalam makanan segera, makanan sihat yang mengandungi karbohidrat kompleks juga boleh meredakan masalah emosi tidak stabil dan kelesuan yang dialami.

Anda boleh menyediakan makanan sihat seperti:

  1. Oat
  2. Kekacang
  3. Buah-buahan
  4. Sayur-sayuran
  5. Yogurt
  6. Minuman herba seperti teh

Jika anda betul-betul mengidam makanan manis seperti coklat, ambil dalam kuantiti sedikit. Cukup untuk melangsaikan keinginan tersebut.

#3 Senaman sebagai langkah untuk elak daripada makan banyak

haid

Terdapat pelbagai cara sihat yang boleh diamalkan untuk meredakan masalah ketidakstabilan emosi dan kelesuan selain makan.

Antaranya adalah senaman. Anda tidak perlu pergi ke gim atau melakukan sebarang senaman berat jika anda tidak mahu.

Aktiviti sederhana seperti berjalan dan berjoging juga boleh meningkatkan rembesan bahan kimia yang boleh mempengaruhi mood seseorang seperti endorfin.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan setiap individu untuk melakukan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti sederhana dalam tempoh seminggu.

Ia baik untuk kesihatan fizikal dan mental.

Anda mungkin berminat:

#4 Dapatkan bantuan daripada golongan profesional 

Masih gagal kawal nafsu makan? Dapatkan bantuan pakar.

Anda boleh berjumpa dengan pakar pemakanan dan menghadiri sesi psikoterapi bagi mengenal pasti isu dan belajar cara untuk mengawal nafsu makan sepanjang tempoh prahaid.

Terdapat masalah kesihatan lain yang turut boleh mengundang berlakunya masalah makan banyak, seperti mereka yang mengalami masalah keresahan dan kemurungan. 

Keadaan kesihatan tersebut lebih cenderung untuk mendorong berlakunya masalah makan banyak.

#5 Pastikan anda mempunyai sistem sokongan yang kuat

makan banyak

Tidak kiralah sama ada ahli keluarga yang lain, suami atau rakan, pastikan anda mempunyai sistem sokongan bagi menggalakkan anda untuk menempuh permasalahan ini.

Anda juga boleh menggunakan platform di atas talian bagi mendapatkan input daripada mereka yang lebih berpengalaman.

Konklusi

Peningkatan selera makan semasa fasa prahaid normal bagi setiap wanita.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami peningkatan berat mendadak, kemurungan serta masalah kesihatan mental yang lain, sila dapatkan khidmat nasihat daripada doktor anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Sakit Bahagian Faraj? Bahaya! Anda Mungkin Alami Vulvitis, Radang Pada Bibir Kemaluan Wanita

Penyakit vulvitis merupakan salah satu masalah melanda kaum Hawa. Artikel ini bakal mengupas masalah di bahagian faraj, iaitu vulva dengan lebih mendalam.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 10/08/2020 . 3 minit bacaan

Ikut Style Perempuan Dulu-dulu Pakai Pad Jenis Kain, Ini Lebih Bagus Daripada Yang Pakai Buang?

Para wanita, pernah tak terlintas di fikiran bagaimana rasanya jika anda memilih pad lain selain tuala wanita pakai buang? Ketahui kebaikan dan keburukannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 06/08/2020 . 3 minit bacaan

Jaga-Jaga Wanita Bujang, Anda Juga Berisiko Dapat Masalah Kesuburan Seperti Endometriosis!

Penyakit endometriosis sering melanda kaum Hawa, dan berpotensi mengganggu sistem pembiakan wanita, namun bagaimana pula bagi si gadis yang belum berkahwin?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 29/07/2020 . 3 minit bacaan

Saja Suka-Suka Lambat Makan, Ini Akibat Yang Terjadi Pada Perut, Antaranya Berat Badan NAIK!

Kita semua pasti pernah alami perut masuk angin sebab 'skip' waktu makan bukan? Bukan itu sahaja, ada 4 lagi kesan negatif. Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 27/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

jadual kitaran haid

Wanita Jangan Pelik Jika Tiba-tiba Alami Haid Tak Tetap, Ini Faktor Peningkatan Usia

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 14/09/2020 . 3 minit bacaan
kondisi kulit semasa menopaus

Kulit Boleh Berubah Ketika Menopaus? Ini Yang Perlu Anda Tahu, Jadi Boleh Bersiap-sedia

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
telur wanita

Wanita Sudah Ada Telur Sejak Lahir? Ini Fakta Menarik Tentang Ovum, Dari Dalam Rahim Sampai Menopaus

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
sakit ketika seks

Sakit Ketika Senggama Akibat Endometriosis? Ini 4 Cara Elak Pedih & Perit Semasa Berjimak

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 17/08/2020 . 3 minit bacaan