backup og meta

Nak Elak Pergi Gim Sepanjang PKPP Ini? Apa Kata Lakukan Meditasi Berjalan, Mudah & Banyak Manfaat

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/07/2020

    Nak Elak Pergi Gim Sepanjang PKPP Ini? Apa Kata Lakukan Meditasi Berjalan, Mudah & Banyak Manfaat

    Terdapat pelbagai variasi meditasi yang boleh diamalkan seperti berjalan. Berita baiknya ada banyak manfaat meditasi berjalan yang bagus untuk kesihatan.

    Memahami tentang meditasi berjalan

    Sebelum mengetahui mengenai manfaat meditasi berjalan kepada tahap kesihatan, apa kata anda fahami tentang meditasi ini terlebih dahulu, okay?

    Meditasi berjalan berasal daripada agama Buddha dan boleh digunakan sebagai 1 kaedah latihan kesedaran.

    Mengamalkan meditasi menawarkan banyak manfaat. Ia membantu anda berasa lebih stabil, seimbang dan tenang.

    Di samping itu, meditasi berjalan juga membantu mengembangkan kesedaran berbeza tentang persekitaran, badan dan pemikiran.

    Umumnya, semasa melakukan meditasi ini, anda akan berjalan secara bulatan atau pergi dan balik pada 1 garisan. 

    Anda juga boleh melakukan meditasi ini dengan berjalan kaki pada jarak yang lebih jauh. 

    Ayunan langkah secara perlahan dan bergantung kepada teknik tertentu. Contoh meditasi berjalan seperti:

    • Kinhin
    • Theravada
    • Vipassana 

    Manfaat meditasi berjalan untuk kesihatan

    Meskipun kerajaan mengumumkan kebenaran untuk ke gimnasium sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berlangsung 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020 ini, namun anda boleh melakukan alternatif lain.

    Selain ke gimnasium, ada cara yang lebih mudah untuk anda bersenam, iaitu dengan mencuba meditasi ini.

    Anda boleh melakukannya di taman atau di persekitaran rumah.

    Tidak mahu mencuba kerana tidak percaya berjalan boleh memberikan kelebihan pada kesihatan? Tidak mengapa. 

    Berikut 10 manfaat meditasi untuk kesihatan perlu anda tahu. Mungkin selepas ini anda berminat mencubanya.

  • Meningkatkan aliran darah
  • Meditasi berjalan lazimnya dilakukan oleh individu yang selalu duduk bagi tempoh masa lama. 

    Amalan tersebut membantu melancarkan aliran darah terutamanya pada bahagian kaki. Ia juga mengurangkan kelesuan atau keletihan badan.

    1. Bantu sistem penghadaman

    Berjalan selepas makan adalah cara baik meningkatkan fungsi pencernaan. Ini khususnya jika anda berasa terlalu kenyang.

    Pergerakan yang dilakukan dapat membantu makanan bergerak lebih lancar melalui saluran penghadaman dan mencegah masalah sembelit.

    tahap kesihatan

    1. Mengatasi kegelisahan

    Jika anda sering berdepan tekanan dan mencari cara sesuai untuk mengurangkannya, jom lakukan meditasi berjalan!

    Terdapat kajian pada individu dewasa menunjukkan bahawa manfaat meditasi berjalan yang digabungkan dengan meditasi lain berkesan mengurangkan simptom kegelisahan.

    Perubahan paling ketara adalah pada peserta yang melakukan tafakur sebelum berjalan atau sebaliknya. Setiap sesi meditasi memperuntukkan masa 10 minit sahaja.

    1. Melancarkan peredaran gula dalam darah

    1 kajian kecil berkaitan kelebihan meditasi kepada tahap kesihatan mencadangkan amalan berjalan memberikan kesan positif pada tahap gula dalam darah pesakit diabetes jenis 2.

    1. Mengurangkan kemurungan

    Seiring peningkatan usia, anda amat disarankan untuk kekal aktif. Melakukan senaman secara berkala dapat mengekalkan tahap kecergasan dan meningkatkan mood.

    Kecergasan dan mood, antara aspek paling berisiko untuk merudum apabila anda semakin berusia.

    1 kajian pada 2014 menunjukkan individu lebih berusia akan kurang mengalami simptom kemurungan apabila melakukan meditasi berjalan 3 kali seminggu untuk tempoh 12 minggu.

    Bukan itu sahaja, tahap kesihatan melibatkan fungsi tekanan darah dan kecergasan juga semakin baik. 

    1. Memperbaiki kesejahteraan

    Jika boleh, cuba lakukan meditasi berjalan sambil dikelilingi alam semula jadi, seperti di taman. 

    Secara tidak langsung dapat memberikan manfaat meditasi berhubung kait dengan kesejahteraan diri secara keseluruhan. Ia juga membuatkan anda berasa seimbang.

    Berjalan di taman dengan dikelilingi pokok dan tumbuhan hijau juga menjadikan anda lebih santai serta meningkatkan aktiviti otak.

    1. Menjadikan senaman lebih menyeronokkan

    Menggabungkan aspek ketenangan dan kesedaran dalam rutin kecergasan pastinya menjadikan senaman lebih menyeronokkan dan menyenangkan. 

    Individu yang melakukan senaman berjalan kaki selama 10 minit sambil mendengar lagu yang menenangkan mendapati aktiviti itu menjadi lebih seronok. 

    Sekali gus ini menunjukkan minda yang tenang memberikan lebih inspirasi untuk bersenam.

    1. Meningkatkan tahap kreativiti

    Berada dalam pemikiran dan minda yang tenang membolehkan anda untuk lebih jelas dan fokus pada apa yang ingin dilakukan. Keadaan itu dapat mendorong kreativiti. 

    Anda boleh cuba meneroka untuk melihat bagaimana tahap kesedaran tinggi membantu dalam menyelesaikan masalah atau memberikan idea baharu yang kreatif.

  • Meningkatkan keseimbangan
  • Dalam kajian pada 2019 menunjukkan manfaat meditasi berjalan kepada wanita berusia dapat menggalakkan keseimbangan dan koordinasi pergelangan kaki lebih baik.

    Amalan berjalan kaki itu melibatkan kesedaran pergerakan pada kaki dan pergelangan kaki semasa berjalan perlahan.

    1. Memperbaiki kualiti tidur

    Untuk mendapatkan kebaikan senaman kepada kesihatan, ia tidak memerlukan aktiviti fizikal berintensiti tinggi.

    Kajian mencadangkan senaman sederhana secara berkala dapat memberikan kesan positif kepada kualiti tidur.

    manfaat-meditasi-berjalan

    Dapatkan manfaat meditasi dalam kehidupan seharian

    Mungkin pada permulaan, anda tidak suka lakukan meditasi berjalan. 

    Tetapi semakin anda berlatih, walaupun untuk jangka masa yang pendek, anda akan semakin menyukainya.

    Lama-kelamaan, anda boleh mengaplikasikan tahap kesedaran dan ketenangan yang sama dalam setiap aktiviti harian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan