backup og meta

Sakit Semasa Kencing Tanda Anda Alami Kencing Kotor, Buat 14 Cara Ini Untuk Atasinya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 04/12/2023

    Sakit Semasa Kencing Tanda Anda Alami Kencing Kotor, Buat 14 Cara Ini Untuk Atasinya!

    Jika anda mengalami sakit ketika kencing, anda mungkin menghidap kencing kotor. Untuk pengetahuan anda, kencing kotor wanita merupakan sesuatu yang lazim. Malah, ia sering dikaitkan dengan ibu hamil.

    Hakikatnya, mana-mana wanita  mudah diserang kencing kotor atau urinary tract infection (UTI) selepas melahirkan bayi, terutamanya jika anda memakai kateter pundi kencing ataupun mendapat epidural semasa proses bersalin.

    Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan lebih lanjut mengenai punca kencing kotor wanita dan mengapa kaum Hawa mempunyai risiko yang lebih tinggi.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, anda boleh dapatkannya di sini.

    Kencing kotor wanita, mengapa ia berlaku?

    kencing kotor wanita

    Wanita lebih mudah mendapat kencing kotor disebabkan saluran air kencing mereka lebih pendek berbanding lelaki.  Apabila jaraknya pendek, kuman dari luar lebih mudah untuk masuk ke dalam pundi kencing sekali gus menyebabkan jangkitan.

    Kencing kotor terjadi kerana jangkitan kuman pada sistem saluran kencing merebak pada buah pinggang, jangkitan dari luar dan masalah tahan kencing.

    Selain itu, antara faktor ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan salur kencing adalah kerana:

    1. Ibu mungkin trauma dan menahan kencing kerana takut luka bersalin mereka pedih atau sakit.
    2. Ibu hamil yang mengambil epidural semasa bersalin juga mungkin akan mengalami gangguan saraf pada pundi kencing sehingga menyebabkannya terdedah kepada masalah kencing kotor.

    Simptom-simptom UTI

    kencing kotor wanita

    Ada beberapa tanda kecing kotor wanita, antaranya:

    Masalah kencing kotor tidak boleh dibiarkan kerana akan menyebabkan masalah lain pada badan anda.

    Jika masalah ini tidak dirawat dengan sempurna akan menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang dalam jangka panjang.

    Selain itu, ibu hamil juga akan mengalami demam jika masalah kencing kotor berterusan.

    Anda mungkin berminat:

    ibu hamil

    Bagi mengatasi dan mengurangkan risiko kencing kotor, ibu disaran untuk melakukan seperti di bawah:

    1. Minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air masak setiap hari bagi mengelakkan dehidrasi dan jangkitan saluran kencing.
    2. Kurangkan minuman kopi, sitrus, tomato, minuman ringan dan minuman bergula serta alkohol bagi mengelakkan iritasi dan membuatkan anda sukar untuk mengawal pundi kencing.
    3. Latih pundi kencing anda untuk kencing setiap 30 minit. Hal ini adalah bagi mengelakkan anda untuk tidak kencing langsung. Kemudian, bolehlah dijarakkan lagi waktu kencing dalam satu jam sekali atau dua jam sekali dan seterusnya.
    4. Kencing sebelum dan selepas melakukan hubungan intim.
    5. Elak melakukan hubungan seks semasa anda dalam rawatan kencing kotor.
    6. Penjagaan kebersihan bahagian intim adalah penting. Selepas membuang air kecil, pastikan anda mengelap kemaluan anda dari depan ke belakang bagi mencegah bakteria di bahagian belakang merebak ke faraj anda.
    7. Ambil vitamin C (250 hingga 500 mg), beta-karotene (25,000 hingga 50,000 IU setiap hari) dan zink (30-50 mg setiap hari) bagi membantu melawan jangkitan.
    8. Elakkan meneran semasa membuang air kecil ataupun besar kerana usus anda tidak boleh memberi tekanan tambahan kepada pundi kencing.
    9. Jangan menggunakan tampon, sebaliknya gunakan pad bagi membantu menyerap kebocoran air kencing anda.
    10. Lakukan senaman kegel bagi memastikan otot sekitar pelvis dan pundi kencing kembali normal. Senaman kegel juga boleh dilakukan semasa anda hendak batuk, tergelak atau bersin.
    11. Elak menggunakan sabun, krim antiseptik, penyembur dan bedak untuk bahagian intim.
    12. Tukar seluar dalam dan sarung kaki setiap hari.
    13. Elakkan memakai seluar yang ketat.
    14. Pakai seluar dalam atau sarung kaki yang diperbuat daripada kain kapas.

    Kencing kotor wanita selepas bersalin mungkin akan berlarutan antara tiga hingga enam bulan atau mungkin lebih lama jika tidak dirawat.

    Jika masih berlanjutan, berjumpalah dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 04/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan