backup og meta

Bukan Saja-saja! Menangis, Moody @ Marah Ketika Haid Itu Bersebab! Tapi Jangan Buat Alasan Pula Ya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 01/12/2022

    Bukan Saja-saja! Menangis, Moody @ Marah Ketika Haid Itu Bersebab! Tapi Jangan Buat Alasan Pula Ya!

    Adakah anda berasa serabut atau sedih sekitar waktu haid? Sesetengah wanita mendapati mereka mudah marah, menangis, atau campuran kedua-duanya, dek kerana perubahan mood.

    Menstruasi dan ovulasi menimbulkan perubahan hormon sepanjang bulan.

    Turun naik hormon mampu memberi impak emosi yang ‘huru-hara’ selama beberapa minggu sebelum haid.

    Untuk makluman, perkara ini selalunya merupakan sebahagian daripada sindrom pramenstruasi (PMS).

    Emosi perempuan ketika haid, normalkah?

    Sehingga 75% wanita mengalami simptom PMS pada tahap yang berbeza-beza, menjadikannya bersifat unik. Bukan setakat emosi, faktor fizikal juga boleh terkesan.

    Oleh itu, jika anda berasa tertekan, cemas, mudah marah, atau menangis, lebih-lebih lagi dalam tempoh beberapa hari pertama haid, ketahuilah bahawa anda tidak bersendirian.

    Boleh dikatakan kebanyakan wanita mengalaminya, termasuklah mereka yang tidak mengalami simptom PMS lain.

    Mengapa emosi perempuan ketika haid berlaku?

    Walau bagaimanapun, punca sebenar di sebalik emosi kesedihan dan PMS sebelum dan semasa haid anda masih tidak diketahui secara pasti.

    Pun begitu, para pakar percaya penurunan estrogen dan progesteron, yang berlaku selepas ovulasi, adalah pemicunya.

    Hormon-hormon ini mengurangkan pengeluaran serotonin, suatu bentuk neurotransmitter kimia.

    • Perubahan selera makan

    emosi perempuan ketika haid

    Perubahan selera makan, craving makanan bergula atau tinggi karbohidrat adalah perkara biasa, terutamanya dalam kalangan wanita dengan PMS. Tapi, makanan ini boleh memberi kesan buruk kepada emosi perempuan ketika haid.

    Menurut kajian tahun 1995, karbohidrat buat sementara waktu meningkatkan tahap serotonin.

    Hal ini boleh menjadi jawapan mengapa anda cenderung mengidam makanan manis dalam cubaan untuk menenangkan diri.

    Namun, perlu kalian tahu bahawa kesannya hanya sementara dan bahkan boleh menyebabkan perasaan tertekan kembali dengan lebih teruk.

    • Tahap serotonin rendah

    Serotonin, lebih dikenali sebagai bahan kimia yang membuatkan kita berasa bahagia.

    Ia bantu mengatur mood, selera makan, dan kemampuan anda untuk tidur nyenyak.

    Apabila serotonin berapa pada tahap rendah, tidak mustahil perasaan sedih boleh terjadi, walaupun tiada apa pun yang berlaku kepada anda. Masuk akal bukan?

    • Kualiti tidur yang buruk

    Ya, kualiti tidur juga mempengaruhi mood kita. Tahap serotonin yang rendah menyulitkan kalian untuk mendapatkan rehat yang secukupnya, maka anda cenderung untuk kekurangan tidur, keletihan mental dan fizikal.

    Tidak memperoleh rehat mencukupi berisiko menyebabkan emosi perempuan ketika haid bertambah celaru.

    Malangnya, ia adalah kitaran yang ‘kejam’ dek perasaan sedih atau tertekan yang dialami berupaya mengganggu kesejahteraan diri.

  • Tidak bersenam

  • Simptom-simptom PMS lain, seperti sakit dan kekembungan, mungkin membuatkan anda hanya ingin terlantar di atas katil sepanjang hari, apa lagi bersenam, kan?

    Pun begitu, gaya hidup tidak aktif juga menyumbang kepada penurunan mood lantas menjejaskan emosi.

    Oleh itu, walaupun anda dalam keadaaan yang kurang selesa, jangan terlampau melayan perasaan itu okey!

    Kuatkan semangat, dan kekal produktif agar emosi perempuan ketika haid dapat diuruskan dengan baik.

    Apakah cara-cara merawat mood perempuan period?

    Kalau hendak diikutkan, perubahan hormon yang dialami hingga menyebabkan perasaan sedih, marah malah menangis ketika haid akan hilang dengan sendiri dalam masa beberapa hari.

    Jika tidak, atau sekiranya perasaan sedih anda semakin meluap-luap, berbincanglah dengan doktor. Mereka mungkin boleh memberi ubat yang dapat membantu.

    Ini termasuk pil perancang, seperti pil pencegah kehamilan. Kontraseptif akan menghentikan ovulasi dan turun naik hormon, lantas membuatkan wanita berasa lebih stabil.

    Selain kontraseptif, anda juga mungkin diberikan ubat antidepresi, seperti selective serotonin reuptake inhibitors (SSRI).

    Bolehkah saya mencegah emosi perempuan ketika haid?

    Depresi yang ringan dan menangis seringkali hilang dengan perubahan diet atau gaya hidup sihat:

    emosi perempuan ketika haid

    • Daripada ‘melayan’ tekak yang inginkan sebatang aiskrim, cuba makan ikan berlemak atau makanan lain yang tinggi kandungan asid lemak omega-3. Ia dipercayai mengurangkan perasaan tertekan dan stres
    • Cuba selitkan senaman atau aktiviti fizikal ke dalam hidup, walaupun anda sedang alami kekembungan atau senggugut. Senaman membantu badan kalian melepaskan bahan kimia endorfin, yang boleh meningkatkan mood
    • Jika kekembungan menghalang anda daripada bersenam, pastikan untuk mengelakkan makanan masin, yang boleh menyumbang kepada water retention
    • Yoga, senaman ini secara semula jadi berfungsi meningkatkan tahap serotonin dan meningkatkan mood gembira. Ia juga membantu mengurangkan tekanan
    • Sekiranya insomnia memburukkan lagi simptom, ubah rutin waktu malam anda untuk menjadikannya lebih kondusif untuk tidur. Perkara yang perlu dicuba, termasuk mematikan peranti elektronik sejam sebelum tidur, dan mengelak kafein pada waktu malam
    • Aromaterapi juga boleh membantu! Cubalah minyak pati yang diketahui mempunyai kualiti menenangkan, seperti lavender, mawar, dan chamomile

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 01/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan