Anak Sakit Gigi Tapi Takut Jumpa Doktor? Ini 7 Cara Hilangkan Sakit Gigi Anak Di Rumah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 07/09/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Setiap kali sakit gigi, sudah pasti anda akan terbayang doktor gigi dan klinik gigi yang sangat menakutkan itu. Jika orang dewasa pun begitu, apatah lagi dengan kanak-kanak.

Akan tetapi, pernahkah anda terdengar atau terbaca mengenai ubat sakit gigi tradisional buat kanak-kanak yang anda boleh buat sendiri di rumah? Ingin mengetahui lebih lanjut? Sila ikuti artikel ini.

Masalah gigi & kanak-kanak

Masalah gigi rongak, gigi hitam dan gigi berlubang bukan lagi perkara yang asing untuk kita lihat berlaku pada gigi kanak-kanak. Gigi yang dahulunya putih, bersih dan tersusun rapi kini sudah kian mereput dan menghilang. Masalah kerosakan gigi pada kanak-kanak ini sebenarnya berlaku disebabkan oleh banyak faktor seperti pemakanan dan cara menggosok gigi yang salah.

Bagi mengelakkan masalah kerosakan gigi yang lebih teruk, ibu bapa mesti memastikan penjagaan oral dan gigi kanak-kanak dilakukan secara berterusan setiap hari. Jika gigi anak anda sudah terlalu teruk, ibu bapa perlu gunakan ubat sakit gigi untuk merawatnya.

Kesan jika anak sakit gigi

Bagi seorang kanak-kanak, sakit gigi yang teruk boleh mengakibatkan perkara-perkara berikut:

  • Kehilangan gigi yang terlalu awal akan menyebabkan gigi tumbuh tidak teratur
  • Kebengkakan yang besar akan menyukarkan mereka membuka mulut, mengunyah makanan dan bernafas
  • Menjadi trauma atau pengalaman yang menakutkan buat anak anda

Paling penting, segera bawa anak anda berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan rawatan lanjut dan ubat sakit gigi jika mereka mulai mengadu sakit gigi. Jika tidak, mereka mungkin terpaksa dimasukkan ke dalam hospital jika berlaku sebarang komplikasi yang lain.

Bagaimanakah mencegah sakit gigi?

Ibu bapa disarankan untuk mengehadkan pengambilan minuman bergula terutama di dalam botol untuk kanak-kanak. Selain itu, elakkan daripada memberikan anak menyusu botol sebelum waktu tidurnya.

Pilih ubat gigi kanak-kanak yang mengandungi fluorida, iaitu sejenis bahan mineral yang membantu menghalang kerosakan gigi dan menguatkan lapisan enamel gigi. Fungsi fluorida juga adalah untuk membuatkan gigi bertahan daripada serangan asid yang dihasilkan oleh bakteria.

Elakkan meletakkan madu ataupun manisan pada pacifier atau puting kanak-kanak. Selain itu, minimakan penggunaan puting kerana penggunaan yang kerap akan menyebabkan susunan gigi kekalnya nanti tidak cantik.

Dalam pada itu pula, sakit gigi boleh dicegah dengan amalan-amalan yang berikut:

  • Memberus gigi dan menggunakan flos
  • Dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun
  • Kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan atau minuman manis
  • Makan secara sihat dengan memakan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar

Namun begitu, ia masih tidak akan menjamin gigi anak anda untuk tidak akan mempunyai sebarang masalah. Jika berlaku, segera bawa anak anda berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

ubat sakit gigi

Ubat sakit gigi tradisional untuk anak di rumah

Selain ubat sakit gigi yang anda boleh dapat di klinik gigi atau farmasi, anda juga menggunakan alternatif lain yang mudah dijumpai bahkan di rumah anda sendiri! Berikut merupakan rawatan tradisional sakit gigi yang anda boleh buat sendiri di rumah:

#1. Garam

Jika diikutkan logik akal, ini pasti tidak masuk akal kerana garam sudah pasti akan membuat gigi anak anda lebih sakit. Pun begitu, kandungan sodium yang terdapat di dalamnya sebenarnya mampu menghilangkan sakit gigi berlubang.

Caranya mudah sahaja, larutkan garam ke dalam segelas air suam dan kumurkan larutan tersebut. Anda boleh lakukannya berkali-kali sehingga rasa denyut pada gigi berlubang itu hilang dengan sendiri.

#2. Cengkih

Selain itu, anda juga boleh gunakan cengkih sebagai ubat sakit gigi anak anda. Jika anak anda mempunyai gigi berlubang, anda boleh cuba gunakannya sebagai ubat sapuan.

Caranya, kisarkan beberapa biji cengkih bersama minyak zaitun dan minyak sayur. Setelah sapuan ini siap, sapukan sahaja pada gigi anak anda yang sakit. Selain itu, anda juga boleh jadikan ia ubat kumur sama seperti garam.

#3. Biji asam jawa

Selain baik untuk tekak, asam jawa juga boleh dijadikan penawar untuk melegakan sakit pada gigi. Caranya, ambil segenggam biji asam jawa lalu tumbuk atau kisar ia sehingga halus. Kemudian, sapukan sahaja ia pada gigi yang sakit.

#4. Limau nipis

Siapa kata limau nipis cuma boleh dijadikan makanan, minuman atau cucian semata-mata? Sebenarnya, ia juga boleh dijadikan sebagai ubat sakit gigi kerana ia kaya dengan vitamin C.

Caranya, potong limau nipis lalu perah jusnya ke dalam sebuah bekas. Gunakan sudu kecil untuk mengambil perahan jus itu. Kemudian, titiskan ia sedikit demi sedikit ke gigi untuk mengelakkan rasa pedih.

#5. Bawang putih

Bawang putih adalah bersifat antibiotik dan sangat berkesan untuk mengurangkan sakit gigi berlubang. Caranya, ambil satu atau dua ulas bawang putih, kupas dan tumbuk ia sehingga halus. Selepas itu, sapukan ia pada gigi yang sakit. Ataupun, anda juga boleh minta anak anda untuk mengunyahnya secara terus sahaja.

#6. Bawang merah

Sama seperti bawang putih, bawang merah juga mampu mengurangkan sakit gigi berlubang. Caranya juga lebih kurang sama sahaja iaitu ambil satu atau dua ulas bawang merah, kupas dan tumbuk ia sehingga halus. Sama ada anda sapukan ia ataupun mengunyahnya secara terus, pilihan terletak di tangan anda.

#7. Ais

Akhir sekali, anda boleh menggunakan ais untuk melegakan sakit gigi anak anda akibat gigi berlubang.

Caranya adalah mudah sahaja iaitu ambil beberapa ketul ais daripada peti sejuk lalu masukkan ia ke dalam beg plastik. Kemudian, tuamkan ia di atas bahagian gigi yang sakit. Pun begitu, ini hanyalah langkah untuk mengebas dan meredakan sakit buat sementara waktu sahaja.

Kesimpulan untuk ubat sakit gigi kanak-kanak

Anda perlu tahu bahawa ramuan-ramuan di atas adalah cara tradisional yang mungkin tidak akan memberikan apa-apa kesan bergantung kepada individu.

Jadi, setiap kali anak anda mengalami sakit gigi akibat gigi berlubang ataupun apa-apa sakit berkaitan oral, segera bawa anak anda berjumpa dengan doktor gigi. 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil

    Tahukah anda, kanak-kanak yang minum susu penuh krim kurang berpotensi mengalami obesiti berbanding kanak-kanak yang minum susu rendah lemak! Ini buktinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 10/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sakit Tumbuh Gigi Bongsu, Lagi-lagi Bila Anak Remaja Yang Alaminya, Ini Cara Nak Buat!

    Mencabut gigi geraham itu perkara normal apabila seseorang itu meningkat remaja. Namun tahukah anda penjagaan pasca pembedahan juga penting?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 25/08/2020 . 3 minit bacaan

    Kebersihan Mulut Anak Bukan Setakat Berus Gigi, Si Kecil Pun Dah Kena Mula Flos Gigi Ye, Mama!

    Mungkin ramai yang sudah faham maksud flos gigi namun tidak melakukannya. Kalian perlu tahu bahawa ia penting untuk anda dan juga si kecil. Jom klik ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 12/08/2020 . 3 minit bacaan

    Kenapa Anak Selalu Jatuh Sakit Jika Terkena Hujan? Ini Bukan Salah Hujan, Sebaliknya Ada Sebab Lain!

    Salah faham berkaitan dengan kanak kanak demam berpunca daripada mandi hujan memang sering diperdebatkan. Persoalannya, kenapa perkara tersebut berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 05/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    puting kosong

    Puting Kosong, Objek Ajaib Menenangkan Si Manja! Tapi Ia Boleh Buat Gigi Bayi Jongang?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
    tulisan tangan

    Periksa Tulisan Anak Anda! Kalau Kurang Cantik, Ia Mungkin Tanda Awal Si Kecil Alami ADHD

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    sebab gigi ngilu

    Rasa Ngilu Apabila Minum Air Sejuk? Ini 10 Punca Yang Mungkin Sebabkan Gigi Jadi Ngilu Tiba-tiba

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 07/10/2020 . 3 minit bacaan
    bahasa isyarat orang kelainan upaya OKU

    Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan